SSO PDRM: Sistem Semakan Saman Polis Online & Status Repot
Sistem Semakan Online (SSO) adalah sebuah sistem khas oleh PDRM yang dilancarkan bagi memudahkan semakan status saman, repot dan perkhidmatan polis secara atas talian.
Walaupun ada banyak cara untuk buat semakan saman polis dan buat bayaran secara online seperti MyEG dan Rileks, dalam adalam artikel ini kami akan kongsikan cara membuat semakan saman polis online melalui portal rasmi PDRM di sso.rmp.gov.my ini.
Baca juga: mySIKAP: Cara Renew Lesen JPJ Online & Roadtax Tanpa Ke Kaunter
Perkhidmatan Yang Boleh Dilakukan Secara Online Di Portal SSO PDRM
1. Semak Status Saman Polis (PDRM)
Setelah Berjaya log masuk ke dalam Sistem SSO, anda perlu klik pada ikon “Status Saman” dan anda boleh membuat semakan saman ke atas No. Kad Pengenalan atau No. Kenderaan anda.
Anda hanya boleh membuat semakan ke atas No. Kad Pengenalan anda sahaja.
2. Semak Status Repot Polis
Laporan polis (kecuali Repot Kemalangan Jalan Raya) yang dibuat di Kuala Lumpur dan Selangor sejak 1 Ogos 2011 boleh disemak melalui sistem ini.
Untuk laporan polis yang dibuat di lain-lain kawasan, semakan hanya boleh dibuat bagi laporan polis yang bertarikh bermula dari 1 April 2015.
Makluman
- Kod ID Internet hanya sah untuk pendaftaran dalam tempoh 3 hari daripada tarikh laporan polis. Anda digalakkan mendaftar sebagai pengguna SSO untuk mendapatkan lain-lain perkhidmatan atas talian PDRM.
- Penyemakan status repot boleh dilakukan dengan memasukkan No. Repot Polis atau Kod ID Internet sekiranya pengadu telah mendaftar sebagai pengguna kekal SSO.
3. Semak Pengambilan Jawatan PDRM
Semakan di laman sesawang Sistem Semakan Online (SSO) Polis Diraja Malaysia di https://sso.rmp.gov.my bagi menyemak kelayakan menghadiri Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal.
NOTA:
Semakan status permohonan pengambilan Eksesais Pemeriksaan Ujian Fizikal Jawatan Konstabel Polis Ggred YA1 (lelaki) hendaklah membuat semakan di SISTEM E-PENGAMBILAN POLIS DIRAJA MALAYSIA.
Pendaftaran / Log Masuk Sistem Semakan Saman Polis (sso.rmp.gov.my)
Anda perlu mendaftar sebagai pengguna dan log masuk ke dalam sistem dengan mengunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
Untuk mendaftar, sila ikuti langkah berikut:
- Layari Portal rasmi SSO PDRM di sini: https://sso.rmp.gov.my
- Klik pada gambar Daftar Baru Pengguna
- Masukkan no kad pengenalan sebagai ID pengguna
- Masukkan kata laluan dan taip sekali lagi untuk buat pengesahan
- Masukkan email dan taip sekali lagi untuk buat pengesahan
- Sila isikan juga:
- Soalan Keselamatan: Tempat lahir dan nama ibu
- Maklumat pengguna
- Nama
- Jantina
- Nombor kad pengenalan
- Tarikh lahir
- Alamat, poskod dan bandar
- Nombor telefon
- Kod pengesahan
- Klik Serah
- Selesaikan proses pendaftaran
Baca juga: Diskaun Saman PDRM 50% Sempena Hari Polis Ke-214 (2021)
Maklumat Lanjut / Maklum Balas
Ruangan maklum balas ini adalah untuk mendapatkan cadangan penambahbaikan Sistem Semakan Online dan maklum balas permasalahan teknikal yang berkaitan.