in

Diskaun Saman PDRM 50% Sempena Hari Polis Ke-214 (2021)

diskaun saman polis 2021 (1)
ADVERTISEMENT

Sempena Hari Polis ke-214 pada 22 Mac 2021 ini, PDRM Malaysia telah menawarkan pengurangan / diskaun saman sebanyak 50 peratus.

Secara umumnya, diskaun saman 50% sempena Hari Polis 2021 ini adalah untuk semua jenis saman KECUALI:

  • Saman Kemalangan Tahun 2020 & 2021
  • Saman status No Compound (NC) Tahun 2018 / 2019 / 2020 & 2021
  • Saman status bicara mahkamah (m)
  • Saman Berkaitan Kesalahan M / Lori
  • Saman Potong Secara Bahaya / Potong Q Tahun 2020 / 2021
  • Smana menggunakan lorong kecemasan Tahun 2020 / 2021
  • Saman jalan semasa lampu isyarat merah Tahun 2020 / 2021
  • Saman potong di garisan berkembar tahun 2020 /2021
  • Saman berkaitan ubahsuai ekzos yang dikeluarkan bermula 1/3/2021

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Pengurangan saman 50% ini boleh dibuat secara online atau manual (di beberapa IPD terpilih).

ADVERTISEMENT

Diskaun Saman 50% Melalui Portal MyBayar Saman

Sempena pelancaran Portal MyBayar Saman yang dilancarkan hari ini, 25 Mac 2021, semua pengguna boleh menikmati diskaun 50% melalui pembayaran online di portal tersebut.

Mybayar saman

Kempen pengurangan saman PDRM 50% ini berlangsung dari 25 Mac hingga 11 April 2021.

Mybayar saman
Mybayar saman

Sila daftar sebagai pengguna dan buat bayaran secara online di laman web MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my

Rujuk cara pendaftaran dan cara membuat bayaran melalui artikel ini – MyBayar Saman : Pendaftaran & Diskaun Saman 50% Hingga 11 April 2021

Selain bayaran online, anda juga boleh membuat bayaran manual.

Berikut dikongsikan beberapa poster hebahan oleh IPD Polis yang terlibat di daerah / negeri yang terlibat untuk rujukan anda.

Bayaran Manual Saman 50% Sempena Hari Polis 2021 (Mengikut Negeri)

NEGERI SEMBILAN

Tarikh: BERMULA 22 MAC 2021 HINGGA 7 APRIL 2021.

diskaun saman 2021

*Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban

PAHANG

IPD Kuantan

Tarikh: BERMULA 22 MAC 2021 HINGGA 2 APRIL 2021.

diskaun saman 2021 hari polis

Raub, Pahang

Tarikh: BERMULA 22 MAC 2021 HINGGA 4 APRIL 2021.

Lipis, Pahang

Tarikh: BERMULA 22 MAC 2021 HINGGA 4 APRIL 2021.

diskaun saman 2021 hari polis

*Sumber: Polis Daerah Lipis

MELAKA

PENGURANGAN SAMAN 50% DI MELAKA SEMPENA HARI POLIS KE 214 BERMULA 25-27 MAC 2021.

Tarikh: Bermula 25 hingga 27 Mac 2021

*Sumber: Polis Melaka Tengah

PERAK

Tarikh: Bermula 15 Mac 2021 hingga 31 Mac 2021.

*Sumber: Polis Daerah Manjung

NOTA:

  • Orang ramai diingatkan agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang COVID19.
  • Diskaun ini TIDAK ditawarkan di seluruh Malaysia. Bagi mengetahui sama ada di daerah anda menawarkan pengurangan saman ini, sila hubungi balai polis terdekat di kawasan anda.

Baca juga: 3 Kategori Kompaun PKP 2021 & Kadar Pengurangan Yang Ditetapkan

Untuk membuat semakan saman, sila rujuk panduan Sistem Semakan Saman Online PDRM di artikel SSO PDRM: Sistem Semakan Saman Polis Online & Status Repot

Jangan lepaskan peluang untuk menyelesaikan saman-saman trafik tertunggak anda dengan tawaran diskaun 50% sempena sambutan hari Polis ini!

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

tarikh gkp permai tambahan

Bayaran GKP Tambahan (PERMAI) Mulai 25 Mac 2021 – Tengku Zafrul

semakan saman polis

SSO PDRM: Sistem Semakan Saman Polis Online & Status Repot