Ramai Keliru, Ini Penjelasan Tarikh Sekolah Dibuka Bagi Fasa 1, 2, 3 & 4 PPN
Tarikh Sekolah Dibuka Mengikut Fasa PPN
Mungkin ada yang masih keliru bila tarikh mula sekolah yang ditetapkan oleh KPM sebelum ini.
Sepertimana yang telah dimaklumkan dalam Sidang Media pada lalu oleh Menteri Kanan Pendidikan – Dr Radzi Jidin, sesi PdPR akan diteruskan sehingga 3 Oktober 2021.
Oleh kerana ramai yang masih keliru, Dr Radzi Jidin telah membuat satu rumusan ringkas berkenaan siapa yang perlu ke sekolah berula 3 Oktober ini.
Berikut dikongsikan penjelasan ringkas oleh CikguCtiey bagi mereka yang masih keliru tentang tarikh yang ditetapkan oleh KPM (rujuk video).
Sumber: Tiktok CikguCtiey9681
RINGKASAN TARIKH SEKOLAH DIBUKA MENGIKUT FASA PPN
FASA 1
Semua institusi pendidikan ditutup
Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara PdPR sahaja.
FASA 2
Semua institusi pendidikan ditutup
Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara PdPR sahaja
Hanya kelas peperiksaan boleh ke sekolah
FASA 3
Semua institusi pendidikan dibuka institusi di bawah KPM dibuka secara berperingkat, tertakluk kepada ketetapan KPM dan penilaian risiko
FASA 4
Semua institusi pendidikan dibuka sepenuhnya, tertakluk kepada penilaian risiko semasa.
Sementara itu, Dr Radzi turut memaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022.
Diharapkan dengan penjelasan Dr Radzi Jidin ini, tak ada lagi yang keliru tentang tarikh mula persekolahan bagi Fasa 1, 2 , 3 dan 4 PPN.
Perincian SOP pengoperasian sekolah telah diumumkan melalui sidang media pada jam 3 petang, 12 September 2021.
Bacaan lanjut:
https://harianpost.my/tarikh-buka-sekolah-2021/