Ini Saranan Dr Noor Hisham Terbaru Sebagai Pelindung Diri

Menurut kadar bilangan status terkini Covid-19 di Malaysia, semakin hari semakin membimbangkan. Ini kerana wujudnya varian terbaru iaitu Varian Delta yang hanya boleh menjangkiti seseorang dalam tempoh 15 saat sahaja.

Oleh kerana kebimbangan tersebarnya virus ini lebih meluas lagi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah menyarankan orang awam penggunaan face shield di samping memakai pelitup muka berganda bagi melindungi diri daripada dijangkiti virus Covid-19 ini.

Menurut beliau, penggunaan alat pelindung muka bersama pelitup muka berganda mampu memberi perlindungan sehingga 96 peratus daripada dijangkiti varian Delta yang kini telah dominan di negara kita.

Menurut beliau lagi, penggunaan alat pelindung muka perlu dimasukkan sebagai sebahagian daripada strategi mengurangkan penularan dalam masyarakat awam.

Pelitup Muka Berganda Dan Face Shield Varian Delta
Image

Walaupun sejumlah besar masyarakat di negara kita telah mendapat suntikan vaksin dos pertama dan kedua. Ini tidak bermakna mereka tidak akan dijangkiti virus merbahaya ini, kerana virus varian Delta ini sangat ganas dan boleh membiak melalui hidung bagi individu yang sudah di vaksin.

Oleh itu, Kerajaan dan pihak Kementerian Kesihatan sangat menyarankan bahawa masyarakat sentiasa berwaspada dan melindungi diri dengan mempergandakan lagi perlindungan diri. Sentiasa menjaga SOP yang ditetapkan dan jangan berada di kawasan yang padat dan sesak.

Pelitup Muka Berganda Dan Face Shield Varian Delta

Kajian menunjukkan dengan hanya memakai Medical Face Mask tidak cukup berkesan

Kajian terbaharu penyelidik dari Universiti Waterlo di Kanada mendapati sebahagian besar Medical Face Mask berwarna biru didakwa tidak memberi kesan yang cukup untuk melindungi diri daripada terkena jangkitan virus Covid-19 semasa pendemik lalu. Ini kerana Medical Face Mask biru diperbuat daripada kain dan menjadi popular semasa pandemik, namun begitu kajian mendakwa bahawa hanya 10% sahaja berkesan kerana ianya tidak menutupi wajah dengan betul.

Disposable 3-ply Medical Face Mask with Ear Loops (50 pcs/box) - MediDent Supplies
Sumber: Google

Manakala pelitup muka jenis N95 atau KN95 le­bih baik dan memberikan kesan yang bagus untuk menghalang titisan air liur atau aerosol daripada mulut pemakainya.

China Reusable N95 Surgical Mask 5-Layer Anti Virus Particulate Respirators Surgical Face Mask 5 Layer Activated Carbon Breathable Dust Filter Medical Masks - China Reusable N95 Surgical Mask, 5-Layer Anti Virus Particulate
Sumber: Google

Ketua kajian Serhiy Yarusevych yang merupakan seorang profesor bidang kejuruteraan mekanik dan mekatronik itu berkata, “Terdapat perbezaan ketara mengenai keberkesa­nan pelitup muka yang berbeza dalam menahan titisan aerosol”.

Pakar kesihatan awam dan ahli epidemiologi seluruh dunia menyatakan bahawa amat penting meneruskan amalan kesihatan awam yang baik, di samping mengambil vaksin yang di berikan.

Oleh itu, kemungkinan satu-satunya jalan keluar yang berkesan untuk mengahdapi dan membanteras penyakit berjangkit ini, masyarakat awam haruslah mengamalkan norma baharu di samping mendapatkan vaksinasi yang diberikan oleh Kerajaan.

Sumber: Odisi