Le Tour De Langkawi 2023 : Tarikh & Jadual Perlumbaan Terkini
Le Tour De Langkawi adalah merupakan acara tahunan yang diadakan di Malaysia, dan bagi tahun 2023, acara ini akan diadakan pada 23-30 September 2023 dan akan meliputi 1,280 kilometer merentasi 11 negeri di Semenanjung Malaysia.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.
Pengenalan Le Tour De Langkawi
Le Tour de Langkawi adalah merupakan acara perlumbaan basikal dengan beberapa peringkat yang diadakan di Malaysia. Ia telah diadakan sejak tahun 1996 lagi.
Biasanya, perlumbaan akan bermula di Langkawi dan trek laluan akan termasuk mercu tanda utama seperti Genting Highlands dan Dataran Merdeka.
Namun tahun ini, perubahan yang berlaku adalah Langkawi tidak termasuk sebagai salah satu laluan kerana disebabkan oleh kos tambahan yang besar diperlukan dan laluan di Langkawi juga bukanlah yang terbaik untuk menganjurkan perlumbaan itu. Perubahan ini bukanlah kali pertama berlaku.
Acara berprestij ini telah diilhamkan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir dengan objektif untuk meletakkan Malaysia di peta sukan dan pelancongan dunia.
Acara perlumbaan basikal ini juga merupakan antara perlumbaan terbesar di Asia dan diiktiraf oleh Union Cycliste Internationale (UCI) sebagai ProSeries di bawah struktur perlumbaan tiga peringkat UCI.
Perlumbaan ini kerap menarik pasukan teratas dari seluruh dunia serta pasukan kebangsaan dari beberapa negara Eropah dan Asia.
BACA JUGA: Georgetown Festival 2023: Tarikh & Senarai Program Bakal Diadakan
Tarikh Le Tour De Langkawi
Acara perlumbaan basikal ini dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan bakal bermula pada 23 September sehingga 30 September 2023. Ia akan meliputi 1,280 kilometer merentasi 11 negeri di Semenanjung Malaysia.
Tema Le Tour De Langkawi
Tema Le Tour De Langkawi 2023 untuk edisi ke 27 ini ialah “Beat The Heat”.
Tema ini diambil berdasarkan gambaran cabaran cuaca panas terik yang bakal diharungi oleh para pelumba di samping teriakan dan sorakan hangat daripada peminat di sepanjang laluan perlumbaan di seluruh negara.
Peringkat Le Tour De Langkawi
Perlumbaan basikal lebuh raya LTdL 2023 akan melalui lapan peringkat perlumbaan yang akan merentasi 11 buah negeri di Semenanjung Malaysia dengan jarak keseluruhan sejauh 1,280 kilometer (km) seperti berikut:
- Peringkat 1 (23 Sep): Kerteh ke Kuala Terengganu (184.4km)
- Peringkat 2 (24 Sep): Kuala Terengganu ke Kota Bharu (186.2km)
- Peringkat 3 (25 Sep): Jeli ke Baling (177.1km)
- Peringkat 4 (26 Sep): Bukit Mertajam ke Meru Raya (140.0km)
- Peringkat 5 (27 Sep): Slim River ke Genting Highlands (133.3km)
- Peringkat 6 (28 Sep): Karak ke Melaka (176.6km)
- Peringkat 7 (29 Sep): Muar ke Seremban (125.7km)
- Peringkat 8 (30 Sep): Setia Alam ke Kuala Lumpur (157.0km)
BACA JUGA: Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1444H/2023M
Senarai Pasukan Bertanding
Penyertaan Le Tour De Langkawi 2023 melibatkan minimum tiga tiga pasukan dunia (UCI World Team) dan tujuh pasukan Pro (UCI Pro Team).
11 pasukan benua berstatus Pro Series (UCI Continental) dan wakil tunggal tempatan – pasukan kebangsaan Malaysia juga bakal bersaing pada kejohanan LTdl 2023 ini.
Manakala bagi senarai rasmi pasukan yang akan mengambil bahagian pada edisi kali ini akan dimuktamadkan tidak lama lagi.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Le Tour De Langkawi 2023 LTdl Edisi Ke-27, sila hubungi:
Majlis Sukan Negara Malaysia, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia.
- Tel : +603 8992 9877
- E-mel : [email protected]
- Website : https://www.letourdelangkawi.my/
- Facebook : https://www.facebook.com/letourdelangkawi