Ujian Komputer Lesen Memandu 2023 KPP JPJ
Ujian Komputer Lesen Memandu 2023: Contoh Soalan & Tips Lulus ~ Seperti yang kita ketahui, untuk mengambil lesen kereta, setiap individu perlu menduduki ujian komputer sebagai salah satu syarat untuk lulus lesen memandu.
Ujian ini sebenarnya mudah sahaja sekiranya anda tahu trik dan tips nya. Nak tahu lebih lanjut, jom teruskan membaca.
BACA JUGA: MyJPJ | Cara Daftar Lesen Memandu (e-LMM) & Cukai Jalan Digital (e-LKM)
Ujian Komputer Lesen Memandu – KPP JPJ
Ujian Komputer Lesen Memandu atau Ujian KPP JPJ juga dikenali sebagai ujian amali. Ujian ini perlu diambil sebaik sahaja anda menghadiri kelas amali atau bengkel KPP01.
Anda perlu lulus ujian teori berkomputer ini untuk mendapat lesen L sebelum meneruskan KPP02 – Latihan Litar (Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu) bagi mendapatkan lesen memandu yang anda inginkan.
Objektif utama ujian komputer ini dilakukan bagi memastikan calon mempunyai pengetahuan asas berkaitan undang-undang jalan raya, papan tanda dan sebagainya.
Untuk mengambil ujian ini, anda perlu pergi ke Pusat Ujian Komputer MyEG berdekatan. Sila dapatkan info lebih terperinci dengan bertanya kepada guru memandu anda.
Anda perlu membaca buku yang dibekalkan oleh pihak institusi memandu untuk menjawab ujian ini dengan cemerlang.
Format Ujian Komputer Lesen Memandu
Ujian Komputer Lesen Memandu ini terdiri daripada 4 bahagian iaitu, Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C serta Ujian Buta Warna.
Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C mempunyai 50 soalan dan dalam bentuk objektif. Soalan yang bakal ditanya adalah seperti papan tanda, undang-undang, soalan sistem kejara dan sebagainya.
BACA JUGA: Ujian Memandu Percuma Untuk Kelas B2,Teksi, Bas, eHailing
Bahagian A:
1. Tujuan Bahagian ini adalah untuk menguji kefahaman calon tentang tanda simbol / papan tanda jalan raya.
2. Terdapat 15 soalan.
Bahagian B:
1. Tujuan Bahagian ini adalah untuk menguji kefahaman calon tentang peraturan jalan raya.
2. Terdapat 25 soalan.
Bahagian C:
1. Tujuan bahagian ini adalah untuk menguji kefahaman calon tentang jalan raya, undang-undang dan soalan kejara.
2. Terdapat 10 soalan.
Ujian Buta Warna:
Ujian buta warna mengandungi lapan soalan dan perlu dijawab dalam tempoh masa 15 minit sahaja. Anda perlu menjawab kesemua soalan dengan betul bagi membolehkan anda lulus ujian buta warna.
Skor Lulus
Untuk lulus ujian ini, anda perlu mendapatkan skor 42/50. Ini bermakna anda hanya boleh salah maksima 8 soalan sahaja.
Tips Lulus Ujian Komputer Lesen Memandu 2023
1. Banyakkan buat latihan. Anda boleh muat turun aplikasi seperti KPP Test – KPP01 Malaysia di Google Play Store atau App Store untuk membuat latihan. Terdapat banyak aplikasi yang anda boleh muat turun untuk membuat latihan.
2. Jawab semua soalan.
3. Jangan terburu-buru dalam menjawab soalan. Baca dengan teliti dan pilih jawapan yang tepat.
4. Buat semakan sebelum menghantar jawapan anda. Elakkan bersikap terlalu yakin walaupun anda merasakan soalan tersebut mudah dijawab kerana kebanyakan soalan bersifat ‘tricky’ dan perlukan jawapan yang TEPAT.
5. Baca buku yang dibekalkan semasa anda mendaftar. Dengar penjelasan guru memandu anda semasa menghadiri kelas amali atau bengkel KPP01 dengan teliti.