MidJourney : Cara Guna & Tips Menghasilkan Gambar / Prompt

MidJourney ~ Baru-baru ini, heboh mengenai aplikasi ChatGPT yang mula mendapat perhatian ramai terutamanya buat individu yang bekerja secara digital. 

Selain itu, terdapat juga pelbagai lagi aplikasi AI dan juga program digital terkini yang dicipta yang seiring dengan perkembangan teknologi dan zaman digitalisasi ini, termasuklah aplikasi MidJourney. 

BACA JUGA: Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap | Bantuan Kemudahan Internet 2023

Apa Itu MidJourney?

MidJourney adalah merupakan sebuah platform atau program/aplikasi yang mampu membantu pengguna menghasilkan gambar serta mewujudkan gambar melalui prompt (teks).

Platform ini menggunakan teknologi yang canggih (AI) untuk menghasilkan gabungan unik daripada gambar dan prompt yang dapat mencetuskan imaginasi serta kreativiti pengguna dengan maksimum. 

Dengan ciri-ciri kreatifnya, aplikasi ini dapat menjadi alat yang sangat berguna bagi individu yang bekerja dalam bidang kreatif seperti penulis, pereka, dan seumpamanya. 

Cara Menggunakan MidJourney

1. Daftar akaun anda di pautan berikut: 

https://www.midjourney.com/home/?callbackUrl=%2Fapp%2F

2. Kemudian, klik “Sign In”

3. Anda akan dibawa ke halaman Discord > klik “Authorize”

4. Pergi ke saluran #newbies dan taip langgan.

5. Pilih pelan anda & pilih kategori gambar atau prompt yang inginkan. Terdapat pelbagai kategori, seperti alam, seni, fiksi, ilmu pengetahuan, dan banyak lagi. 

6. Kembali ke Discord, dan mula menjana imej.

NOTA: Pastikan anda mempunyai akaun Discord sebelum mendaftar akaun MidJourney. 

Tips Menghasilkan Gambar/Prompt Menggunakan MidJourney

1. Cuba terokai pelbagai kategori imej dan prompt yang tersedia dalam MidJourney. Dengan itu, anda boleh mendapatkan pelbagai inspirasi yang menarik daripada kategori yang berbeza.

2. Masukkan prompt yang spesifik dengan imaginasi anda.

3. Apabila melihat gambar atau membaca prompt, cuba kaitakan dengan pengalaman peribadi, emosi atau idea yang anda miliki. Ini boleh membantu anda mendapat inspirasi dan konteks yang relevan. 

4. Teruskan mencuba. Jangan takut untuk mencuba gabungan imej dan prompt yang berbeza. Dengan menggabungkan unsur-unsur yang diluar kotak, anda boleh mencipta kepingan yang unik dan asli.

5. Catat idea-idea anda: Sentiasa catat idea yang anda dapatkan semasa menggunakan MidJourney. 

6. MidJourney juga merupakan platform yang membolehkan anda bekerjasama dan berkongsi dengan komuniti pengguna. Jika anda ingin meluaskan perspektif anda dan memberi inspirasi kepada orang lain, pertimbangkan untuk berkongsi hasil kerja anda dengan rakan pengguna yang lain. 

7. Sertai group Facebook dan belajar daripada individu yang lebih berpengalaman, antaranya group Midjourney Creators Malaysia.

BACA JUGA: Cara Hilangkan Objek / Orang Pada Gambar (CleanUp Picture)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: