e-Invois LHDN: Pengenalan, Tarikh Pelaksanaan & Garis Panduan

e-Invois LHDN: Pengenalan, Tarikh Pelaksanaan & Garis Panduan | Seiring dengan usaha kerajaan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi digital serta bagi  mengukuhkan infrastruktur perkhidmatan digital dan mendigitalkan pentadbiran cukai, sebuah sistem yang dikenali sebagai e-Invois diwujudkan dan dilaksanakan secara berperingkat. 

e-Invois akan membolehkan pengesahan dan penyimpanan transaksi hampir masa nyata, memenuhi transaksi Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B), Perniagaan-ke-Pengguna (B2C) dan Perniagaan-ke-Kerajaan (B2G).

Jom baca info lebih lanjut mengenainya di bawah. 

BACA JUGA: MyTax LHDN – Cara Daftar Untuk e-Filing, Login Pertama & Semakan Cukai

Apa Itu e-Invois LHDN?

e-Invois merupakan representasi dalam bentuk digital bagi transaksi yang dilaksanakan antara penjual dan pembeli. 

e-Invois menggantikan penggunaan dokumen kertas atau elektronik seperti dalam format PDF, JPEG, DOC dan lain-lain.

e-Invois mengandungi maklumat penting yang sama seperti dokumen tradisional, contohnya, butiran penjual dan pembeli, keterangan item, kuantiti, harga tanpa cukai, cukai dan jumlah keseluruhan, yang merekodkan data transaksi untuk operasi perniagaan harian.

Kebaikan e-Invois

Pelaksanaan e-Invois akan meningkatkan kecekapan dan melancarkan operasi perniagaan pembayar cukai serta meningkatkan tahap pematuhan cukai. 

Manfaat e-Invois termasuklah:

  1. Mengurangkan proses manual dan kesilapan
  2. Memudahkan mengemukakan borang nyata
  3. Meningkatkan kecekapan operasi
  4. Mendigitalkan pelaporan percukaian dan kewangan 
e-Invois LHDN: Pengenalan, Tarikh Pelaksanaan & Garis Panduan

Gambaran Keseluruhan Model e-Invois

Untuk memudahkan peralihan kepada e-Invois, pembayar cukai boleh memilih mekanisme yang paling sesuai untuk menghantar e-Invois kepada LHDNM, berdasarkan keperluan perniagaan mereka dan keadaan tertentu.

Terdapat dua (2) pilihan mekanisme penghantaran e-invois yang boleh dipilih oleh pembayar cukai:

  1. Portal MyInvois
    • Portal yang dihoskan oleh LHDNM
    • Boleh diakses oleh semua pembayar cukai tanpa sebarang kos
    • Juga boleh diakses oleh pembayar cukai yang perlu mengeluarkan e-Invois ketika mana sambungan Application Programming Interface (API) tidak tersedia
  2. Application Programming Interface (API)
    • API adalah satu set kod pengaturcaraan yang membolehkan penghantaran data secara langsung antara sistem pembayar cukai dan Sistem MyInvois
    • Memerlukan pelaburan awal dalam teknologi dan pelarasan kepada sistem sedia ada
    • Sesuai untuk pembayar cukai besar atau perniagaan dengan jumlah transaksi yang besar

Rajah di bawah menunjukkan gambaran keseluruhan aliran kerja pelaksanaan e-Invois yang bermula dari penyediaan e-Invois melalui Portal MyInvois atau API hingga ke proses penyimpanan dokumen e-Invois yang telah disahkan dalam pangkalan data LHDNM untuk pembayar cukai melihat sejarah e-Invoisnya.

e-Invois LHDN: Pengenalan, Tarikh Pelaksanaan & Garis Panduan

Tarikh Pelaksanaan

e-Invois akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan pelaksanaan yang lancar.

Pertimbangan dan perancangan yang teliti telah dibuat dengan mengambil kira julat pendapatan atau jualan tahunan, bagi memastikan pembayar cukai mempunyai tempoh masa yang mencukupi untuk menyediakan dan menyesuaikan diri dengan pelaksanaan e-Invois.

Garis Panduan dan Katalog e-Invois

BACA JUGA: Resit & Dokumen Cukai LHDN Yang Perlu Disimpan 7 Tahun

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklum balas atau pertanyaan mengenai e-Invois, sila e-mel [email protected] 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: