46 Lokasi Terkini Tanah Runtuh Di Selangor Dan Kuala Lumpur, 9 Kritikal

KUALA LUMPUR: Terkini, sebanyak 46 lokasi tanah runtuh dilaporkan di Selangor dan Kuala Lumpur dengan 9 daripadanya dikategori pada tahap kritikal setakat hari ini, menurut Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).

Laporan Kejadian Tanah Runtuh Monsun Timur Laut yang dikeluarkan JMG hari ini memaklumkan sembilan lokasi tanah runtuh itu membabitkan dua lokasi di sini, iaitu Kampung Palimbayan di Sungai Penchala dan Taman Duta di Seri Duta.

Selebihnya adalah di Selangor iaitu Taman Nusa, Subang; Apartment Teratai, Selayang; Jalan Bunga Anggerik, Taman Melawati; Jalan Melati 7, Taman Seri Melati; Kampung Sepakat, Batu 16, Rawang; Jalan Saidina Hamzah, Kampung Bukit Sungai Puteh, Ampang; dan Jalan Haji Abdul Latif, Kampung Bukit Kapar, Klang.

Operasi Tanah Runtuh di Kondominium Sri Duta 1 Kuala Lumpur. / Foto kredit : Balai Bomba Sentul
Operasi Tanah Runtuh di Kondominium Sri Duta 1 Kuala Lumpur. / Foto kredit : Balai Bomba Sentul
tanah runtuh terkini
Operasi Tanah Runtuh di Kondominium Sri Duta 1 Kuala Lumpur. / Foto kredit : Balai Bomba Sentul
tanah runtuh terkini
Operasi Tanah Runtuh di Kondominium Sri Duta 1 Kuala Lumpur. / Foto kredit : Balai Bomba Sentul

Baca juga : Cara Semakan Info Banjir Terkini & Notis Jalan Ditutup

Kesemua kawasan kritikal itu termasuk 36 lokasi tanah runtuh yang telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan, malah JMG telah membuat penilaian serta menjalankan pemantauan berterusan di tapak kejadian tanah runtuh berkenaan.

Menurut laporan itu, 10 lagi tapak kejadian tanah runtuh sedang dalam tindakan secara berperingkat mengikut keutamaan antaranya membabitkan kawasan di Taman Keramat dan Jalan Kia Peng, di sini.

Selain itu di Selangor melibatkan antaranya Taman Zooview; Riverdale Park Apartment, Ampang; Jalan Wangsa 1; Taman Melur, Ampang; Kampung Sungai Kelambu, Banting; Ukay Perdana, Ulu Klang; Jalan Selayang-Rawang; Jalan Banglo, Batu Arang.

Bagi anda yang ingin memulakan perjalanan, semak dahulu lokasi perjalanan sama ada ia masih terkesan dengan banjir atau ditutup.

tanah runtuh terkini

Untuk mendapatkan maklumat Notis Penutupan Jalan dan info tanah runtuh terkini, sila ke Portal Rasmi Pengurusan Bencana JKR di pautan berikut http://bencanaalam.jkr.gov.my/index.php

Amaran kawasan berisiko dinaiki air / banjir juga boleh disemak melalui laman web Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) di pautan ini : https://publicinfobanjir.water.gov.my/

Sumber : BERNAMA via Astro Awani

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: