Senarai Harga Maksimum Barang Kawalan Hari Raya 2021
SENARAI HARGA BARANG KAWALAN SKIM HARGA MAKSIMUM MUSIM PERAYAAN HARI RAYA PUASA 2021
Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) telah dilaksanakan bermula tahun 2000 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (dahulu Akta Kawalan Harga 1946).
Di bawah Skim ini, beberapa jenis barang keperluan dikenalpasti sebagai barang harga terkawal musim perayaan untuk ditetapkan harga maksimum di peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit dalam suatu tempoh tertentu. Skim ini dilaksanakan di seluruh Malaysia dan harga yang ditetapkan adalah berbeza mengikut kawasan dan daerah.
Sehingga kini, musim perayaan merangkumi:
- Hari Raya Puasa
- Tahun Baru Cina
- Deepavali
- Hari Krismas
- Pesta Kaamatan
- Hari Gawai
Baca juga: Cara Keluarkan Duit Di ATM Maybank Tanpa Kad (Cardless Withdrawal)
Senarai Harga Barang Kawalan Hari Raya Aidilfitri 2021
Berikut adalah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2021 bagi barangan kawalan yang ditetapkan oleh KPDNHEP.
Tarikh kuatkuasa bermula 21 April hingga 20 Mei 2021 (30 hari).
Kewajipan Peniaga
- Meletakkan label berwarna merah jambu khusus bagi barang harga terkawal sahaja. Label tersebut hendaklah menunjukkan harga bagi setiap unit, perihal dan gred atau kualiti barang berkenaan.
- Tidak boleh menjual barang tersebut melebihi harga maksimum yang ditentukan.
- Memastikan bekalan barang harga terkawal yang dijual mencukupi.
Denda boleh dikenakan nagi peniaga yang ingkar atau tidak mengikuti harga barang kawalan yang ditetapkan oleh KPDNHEP.
- Orang Perseorangan – Maksimum RM 100,000 dan/atau tiga tahun penjara
- Pertubuhan Perbadanan – Maksimum RM500,000
Aduan Pengguna
Sebarang aduan berkaitan harga barang kawalan yang tidak mematuhi had yang ditetapkan ini, pengguna boleh membuat aduan ke saluran berikut:
- 1800-886-800
- eaduan.kpdnhep.gov.my
- Whatsapp 019-2794317
https://www.kpdnhep.gov.my.html
*Sumber: KPDNHEP
#SHMMPHariRayaPuasa2021