Kes Positif Hari Ini Berjaya Diturunkan Ke ‘Level’ 4000

KKM hari ini mengumumkan kes positif adalah 4,949 kes.

Sehingga 14 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 4,949 kes (662,457 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,523 (216,481)
WPKL – 503 (67,719)
Sabah – 273 (66,316)
Johor – 430 (65,069)
Sarawak – 744 (56,187)
Negeri Sembilan – 323 (34,105)
Pulau Pinang – 214 (32,324)
Kelantan – 214 (32,267)
Perak – 136 (23,782)
Kedah – 199 (22,070)
Melaka – 119 (14,969)
Pahang – 61 (11,675)
Terengganu – 86 (10,653)
WP Labuan – 113 (6,155)
WP Putrajaya – 10 (2,126)
Perlis – 1 (559)

Sebelum ini dimaklumkan bahawa kerajaan akan menilai semula pelaksanaan ketat prosedur operasi standard (SOP) sekatan penuh pergerakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuat kuasa sejak 1 Jun lepas, jika jumlah jangkitan harian COVID-19 turun bawah 4,000, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun katanya itu tidak bermakna kerajaan akan menamatkan PKP.

“Saya dimaklumkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bahawa apabila sampai ‘level’ 4,000 kes, kita akan ‘review’ balik PKP ini. Bukan bermakna kita tamatkan PKP, tapi mungkin kita ‘review’ balik dari segi SOP yang mana boleh kita longgarkan sedikit,” katanya pada sidang media hari ini.

Baca selanjutnya di https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1971412

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: