Cara Keluarkan Duit Di ATM Maybank Tanpa Kad (Cardless Withdrawal)

Tahukah anda bahawa kini anda boleh keluarkan duit di ATM tanpa menggunakan kad?

Dengar macam satu perkara yang ‘bahaya’, namun ia sebenarnya selamat dan amat berguna dalam kes kecemasan contohnya apabila kita tertinggal dompet.

Inilah perkhidmatan yang dikenali sebagai cardless withdrawal.

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang perkhidmatan Cardless Withdrawal di Maybank dan cara membuat pengeluaran.

Apakah Maybank Cardless Withdrawal?

Yang pertama seumpamanya di Malaysia, perkhidmatan baru oleh Maybank ini akan membolehkan pelanggan Bank melakukan pembayaran pindahan dana secara peribadi dan mudah.

Pengenalan Perkhidmatan ini akan merevolusikan cara orang menghantar dan menerima wang kerana anda hanya perlu memiliki telefon bimbit untuk menerima dana, walaupun anda bukan pelanggan Maybank.

Perkhidmatan Pengeluaran Tanpa Kad membolehkan pengguna Maybank2u melakukan pemindahan dana ke mana-mana nombor telefon bimbit Malaysia.

Setelah pemindahan dilakukan, Penerima akan menerima kod selamat melalui SMS untuk melakukan pengeluaran tanpa kad di mana-mana Mesin ATM Maybank di Malaysia tanpa memerlukan Kad ATM.

Ini adalah cara yang cepat dan mudah untuk mengirim dana tunai kepada keluarga dan rakan anda ketika mereka sangat memerlukannya.

Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar wang tunai kepada diri anda setiap kali anda tidak mempunyai kad ATM anda!

keluarkan duit maybank tanpa kad

Baca juga: Cara Check Baki Tabung Haji Melalui Maybank2u & Transfer Online

Adakah Ia Selamat?

Mungkin ada yang ragu-ragu dengan perkhidmatan ini dan tertanya-tanya adakah ia selamat dan tidak disalahguna.

Jangan risau, untuk menggunakan perkhidmatan ini, pengguna perlu mengisikan butiran dan akan mendapat kod keselamatan.

Tambahan pula, had pengeluaran harian telah ditetapkan pada kadar RM300 sahaja setiap hari.

Baca juga: Cara Semak Baki & Transfer Duit Ke ASB Melalui Maybank (Maybank2U)

Cara Keluarkan Duit Di ATM Maybank Tanpa Guna Kad Bank

  1. Masuk Maybank2u apps
  2. Klik pada simbol “mobile” di bawah hujung
  3. Klik pada “cardless ATM withdrawal”
  4. Letak no telefon
  5. Pilih amaun yang mahu di keluarkan
  6. Pergi ke mesin ATM, pilih keluarkan duit tanpa kad
  7. Ikut dua langkah penting ni:
    • Masukkan ID 16 digit
    • Masukkan kod 6 digit
  8. Dah boleh keluarkan duit.

Senang kan?

Lepas ni tak perlulah risau lagi kalau terlupa bawa kad bank bila nak keluarkan duit. Ikut saja tips ni.

Ikut gambar step by step di bawah ini ya:

Mula-mula pastikan ada Maybank2u Apps macam di bawah ini.

keluarkan duit maybank tanpa kad

Ok lepas tu tekan ikon ‘Mobile’ di penjuru kanan bawah.

pengeluaran maybank tanpa kad

Pilih transaksi ‘Cardless ATM Withdrawal’.

Isikan nama dan butiran seperti di bawah:

keluarkan duit maybank

cardless withdrawal maybank

Dah siap, boleh pilih berapa amaun yang ingin dikeluarkan.

cardless withdrawal maybank

Anda akan menerima notifikasi begini.

keluarkan duit maybank

Setelah berada di ATM, boleh ikut 2 langkah mudah ini:

  1. Masukkan ID 16 digit
  2. Masukkan kod 6 digit
keluarkan duit maybank

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Cardless Withdrawal Maybank, sila rujuk laman web rasmi Maybank Malaysia di sini: https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/services/funds_transfer/local/Cardless_withdrawal.page?

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: