ePenyata Gaji : Semakan Penyata Gaji Online Penjawat Awam

29/12/2022 

PENGUMUMAN:

YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

Pelaksanaan Semakan Tambahan (Second Validation) Pembayaran Emolumen Pegawai Awam

Adalah dimaklumkan, semakan tambahan (second validation) ke atas pembayaran emolumen pegawai awam akan dilaksanakan pada suku pertama 2023 bagi meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan akauntabiliti pembayaran Kerajaan.

Sehubungan itu YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan, perlu memastikan maklumat Nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank di dalam sistem iGFMAS adalah SAMA dengan maklumat di sistem bank.

Perbezaan maklumat antara sistem iGFMAS dan sistem bank akan menyebabkan pembayaran gaji pegawai tidak berjaya.

Kerjasama YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Dato’ Seri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan dipohon untuk menyemak dan mengemas kini maklumat Nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank (jika perlu) di dalam sistem iGFMAS atau sistem bank.

Sekian, terima kasih

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

29 Disember 2022

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang sistem ini.

Apakah ePenyata Gaji Penjawat Awam?

Pengguna Sistem ePenyata Gaji dan Laporan terdiri daipada PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN seperti Jabatan Kewangan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Jabatan atau Kementerian seumpamanya TIDAK TERMASUK kerajaan negeri, badan berkanun, agensi berkanun dan tentera.

Cara Mendapatkan Penyata Gaji & Laporan

Tatacara penggunaan Sistem ePenyata Gaji dan Laporan boleh diakses di laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia di pautan berikut:

Tatacara Penggunaan Sistem

Sekiranya anda menggunakan telefon pintar, dimaklumkan bahawa bagi mengakses dokumen penyata gaji adalah bergantung kepada aplikasi telefon anda.

Sekiranya aplikasi telefon anda tidak menyokong untuk membaca format PDF, anda akan gagal mendapatkan penyata gaji anda. Oleh itu sila pasang aplikasi pdf reader didalam telefon pintar anda terlebih dahulu.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: