Cara Check Tarikh Pembayaran i-Sinar Masuk Bank (Jadual Bulanan)

CARA CHECK TARIKH PEMBAYARAN iSINAR ONLINE MELALUI i-AKAUN KWSP (JADUAL BULANAN)

Kepada abang-abang, kakak-kakak, makcik dan pakcik, marilah kita belajar bagaimana nak check tarikh pembayaran i-Sinar anda.

Kesian saya tengok ada yang asyik berulang-alik ke bank untuk check duit tapi tak masuk sebab tarikh bayaran hari lain.

Dan kalau boleh anak-anak tu bantulah mak ayah atau adik beradik kamu daftarkan untuk mereka i-Akaun KWSP untuk kemudahan bersama.

Benda ini penting bagi kita semua jangan ambil tak kisah sahaja.

Ok lihat di bawah ini saya kongsikan macam mana cara nak check tarikh pembayaran iSinar untuk yang telah atau belum daftar i akaun di kauter / kiosk KWSP.

Cara Check Tarikh Pembayaran iSinar Yang Bakal Diluluskan Tak Lama Lagi

1. Mula-mula pergi ke laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my atau melalui Google seperti di bawah.

tarikh pembayaran isinar

2. Lepas tu siapa yang belum daftar i-Akaun, sila daftar dulu.

Klik DAFTAR.

tarikh pembayaran isinar

3. Cara daftar i-Akaun macam yang diterangkan di laman web KWSP di bawah ni:

Kita boleh aktifkan i-AKaun melalui kaunter atau kios KWSP.

Kalau nak aktifkan di kiosk KWSP lebih mudah sebab ada banyak dan kurang orang. Anda boleh rujuk cara lengkap di sini: Cara Daftar i-Akaun Di Kiosk KWSP (RHB, Bank Rakyat, CIMB, Maybank, UTC, Aeon dll)

4. Log masuk

Lepas daftar bolehlah log masuk macam biasa.

5. Masukkan nombor IC yang telah didaftarkan dan diaktifkan di kaunter atau kios tu.

6. Masukkan password.

7. Bila dah login, klik bahagian menu WITHDRAWAL, macam dalam anak panah di bawah ni:

bila isinar masuk bank

8. Kemudian tekan WITHDRAWAL HISTORY.

9. Klik pada WITHDRAWAL TYPE.

Pilihlah nak tengok i-Lestari ke, i-Sinar ke atau apa-apa permohonan pengeluaran yang lain jika ada.

tarikh pembayaran isinar

10. Tarikh pembayaran akan dipaparkan.

Inilah tarikh pembayaran yang akan diterima nanti. (boleh refer anak panah dalam gambar di bawah)

tarikh pembayaran isinar

Amaran!! Kalau yang belum daftar i-akaun dan nak pergi Pejabat KWSP jangan terburu dan pastikan buat temu janji online terdahulu sebelum nak melulu ke mana-mana cawangan KWSP ok.

Bagaimana nak buat temu janiji online ??

Boleh rujuk: Cara Buat Janji Temu KWSP Online Untuk Urusan Di Kaunter

Anda boleh minta bantuan rakan-rakan atau saudara-mara / keluarga sendiri untuk buatkan temu janji online itu untuk dapatkan tarikh dan masa di temu janji online yang telah dibuat barulah pergi pada tarikh dan masa yang telah diberi.

Sekian semoga membantu.

*Kredit : Safwan Aidil

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: