Ar Rahnu Biznita YaPEIM: Permohonan Modal Perniagaan Untuk Wanita
Menerusi Belanjawan 2021 yang diumumkan, mungkin ramai yang tak perasan bahawa terdapat peruntukan khusus untuk memperkasakan wanita dalam bidang perniagaan atau keusahawanan di bawah program pembiayaan Ar Rahnu Biznita Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM).
Menurut Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM Parihah Hasan, ini adalah pertama kali YaPEIM disebut dalam Belanjawan Negara dan program ini diharap dapat menjadi ‘batu loncatan’ kepada usahawan wanita untuk mengembangkan perniagaan mereka sekali gus membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.
“Kita lihat semasa situasi pandemik COVID-19, ramai usahawan wanita menggunakan aset (emas) yang mereka ada untuk mendapatkan pembiayaan bagi meneruskan dan menceburi bidang perniagaan baharu.“
“Jadi ia (Ar-Rahnu BizNita) datang pada masa yang tepat sejajar dengan pakej lain yang disediakan YaPEIM antaranya bimbingan perniagaan, jalinan rangkaian dan pensijilan halal bagi memperkasakan lebih ramai usahawan wanita di luar sana,” katanya .
Di sini kami kongsikan serba sedikit tentang pembiayaan tersebut.
Apakah YAPEIM Ar Rahnu Biznita?
Berdasarkan data agensi itu pada tahun lalu, 64% daripada lebih 8,000 penggadai adalah dalam kalangan usahawan wanita dengan jumlah gadaian sebanyak RM100 juta.
Ini menjadi salah satu faktor lahirnya inisiatif Ar Rahnu Biznita untuk memudahkan golongan wanita mendapatkan pembiayaan yang cepat, mudah dan diyakini dalam masa 15 minit sahaja.
Berbanding jika membuat pembiayaan di institusi perbankan, mungkin ia akan mengambil masa yang lama, serta penyediaan dokumen yang sukar untuk melayakkan wanita tersebut.
Oleh itu, Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YaPEIM) menyasarkan lebih 2,500 usahawan wanita bakal menerima manfaat menerusi aktiviti pembiayaan Islam Ar-Rahnu BizNita berjumlah RM50 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021.
Baca juga: Ringkasan Belanjawan 2021 Yang Mungkin Anda Terlepas
Kelebihan YaPEIM Ar Rahnu Biznita
Menurut wawancara dalam Selamat Pagi Malaysia (RTM) 13 November, berikut adalah antara kelebihan Ar Rahnu Biznita:
- Meningkatkan aksesibiliti wanita kepada pembiayaan di bawah Program Mikro Kredit Ar Rahnu sebagai medium mendapatkan modal bagi tujuan perniagaan terutama yang tidak mempunyai akses kepada pinjaman di institusi kewangan dengan menjadikan emas sebagai aset mudah cair.
- Proses permohonan modal perniagaan yang pantas, patuh syariah dan diyakini iaitu dalam masa 15 minit.
- Margin pembiayaan sehingga 80% nilai emas.
- Upah simpan serendah 0.03 sen sehari.
- Menggalakkan wanita menyimpan emas sebagai pelaburan alternatif.
- Menggalakkan keusahawanan bagi meningkatkan pendapatan keluarga serta menyumbang dalam pembangunan sosioekonomi.
Syarat & Cara Permohonan
Salah satu syarat utama untuk membuat permohonan adalah:
- Dibuka untuk usahawan wanita
- Mempunyai lesen Syarikat / Sijil SSM yang sah dan aktif
Untuk makluman, permohonan pembiayaan Ar Rahnu Biznita ini akan dibuka pada tahun 2021 nanti.
Maklumat lanjut tentang cara dan proses permohonan akan dikemaskini oleh pihak YaPEIM dari semasa ke semasa.
Baca juga: Wilayah Bebas Berniaga: Cara Mohon Lesen Penjaja Sementara Di Putrajaya & KL (Percuma 6 Bulan)
Info Lanjut
Untuk mendapatkan info selanjutnya tentang program pembiayaan ini atau produk-produk YaPEIM yang lain, sila layari laman web https://www.arrahnuyapeim.net/
ATAU