Cara Carum KWSP Sendiri, Mudah & Banyak Manfaatnya

CARA CARUM KWSP UNTUK DIRI SENDIRI

Dah tentu kita tahu antara kepentingan ada KWSP ni adalah untuk simpanan hari tua.

Dalam musim pandemik ini, mungkin ada yang diberhentikan kerja dan mengambil inisiatif untuk bekerja sendiri seperti dengan mengusahakan perniagaan atau pekerjaan freelance.

Selain itu, ada juga yang membuat simpanan tetap di KWSP untuk hari tua melalui skim i-Saraan.

i-Saraan KWSP / Caruman Sendiri

Simpanan di KWSP ni walaupun sedikit, ia boleh membantu kita disiplin dan mencapai matlamat kewangan.

Selain daripada duit simpanan yang telah kita carumkan ini, kita juga boleh menikmati dividen tahunan ke atas simpanan persaraan kita tadi.

Lagi kelebihan mencarum KWSP ini adalah kita boleh dapat pengecualian cukai pendapatan sehingga RM4,000. Malah, bantuan kematian sebanyak RM2,500 pun ada.

Jangan risau, tiada komitmen atau paksaan untuk menyimpan kerana tiada jumlah minimum yang diletakkan untuk mencarum!

Anda boleh rujuk info selanjutnya melalui pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan

Di sini kami kongsikan langkah-langkah carum KWSP sendiri yang ditunjukkan oleh Erni Abdul Rahman dan Bonnie Wong di Facebook.

Caruman Sukarela KWSP

Caruman KWSP tidak dihadkan hanya kepada mereka yang diwajibkan di bawah Akta KWSP 1991. Penyertaan sukarela daripada mereka yang tidak tertakluk di bawah undang-undang KWSP adalah sangat dialu-alukan.

Tambahan pula, ianya merupakan satu kelebihan bagi anda untuk menyimpan simpanan bagi kegunaan di hari persaraan.

SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia & Pemastautin Tetap
  2. Ahli KWSP

HAD BAYARAN CARUMAN

  • Minimum : Tiada had
  • Maksimum : RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela
  • (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

LANGKAH-LANGKAH

Anda boleh membuat transaksi secara online melalui i-Akaun melalui bank berikut:

  • Alliance Bank
  • Bank Islam
  • Bank Muamalat
  • BSN
  • CIMB Bank
  • Hong Leong Bank
  • Kuwait Finance House
  • Maybank
  • MBSB
  • Public Bank
  • RHB Bank

Sila rujuk langkah yang ditunjukkan di bawah:

LANGKAH 1 :

Log masuk ke i-Akaun KWSP melalui pautan https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login

cara daftar i akaun kwsp

LANGKAH 2 :

Tekan butang TAMBAH CARUMAN.

LANGKAH 3 :

Isikan jumlah caruman anda.

Berikut adalah terma dan syarat :

LANGKAH 4 :

Pilih perbankan dalam talian bagi bank pilihan anda.

LANGKAH 5 :

Teruskan langkah pembayaran seperti biasa.

Anda akan mendapat notis setelah transaksi pemindahan berjaya dilakukan dari bank pilihan ke akaun KWSP anda.

Maklumat lanjut & FAQ : https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/self-contribution

Cara Carum KWSP Sendiri Melalui Maybank2u

Langkah-langkah nak carum EPF guna Maybank2u.

Carum Untuk diri sendiri boleh untuk orang lain pun boleh. Ini saya buat untuk diri sendiri.

Tapi sebelum tu sediakan dulu pastikan anda:

  • Ada no ahli KWSP, nombor IC dan nama penuh.
  • Ada Maybank2u
  • Ada duit (tiada jumlah minimum, had maksimum pula ialah RM60,000 setahun)

Rujuk langkah di bawah untuk membuat caruman KWSP untuk diri sendiri.

LANGKAH 1

Pergi ke laman web maybank2u.com.my

(Gunakan website, jangan guna app).

carum kwsp sendiri

LANGKAH 2

Klik menu Investment > EPF

carum kwsp sendiri
carum kwsp sendiri

LANGKAH 3

Isikan maklumat pencarum.

carum kwsp sendiri
carum kwsp sendiri

Boleh setkan as favourite terus.

Kalau ada penama lain / pekerja, boleh tambah lagi (tekan Add).

carum kwsp sendiri

LANGKAH 4

Boleh mulakan mencarum (Self Contribution).

NOTA: JIKA DAH DAFTAR I-SARAAN / I-SURI BOLEH PILIH I-SARAAN / I-SURI KAT SITU OK

LANGKAH 5

Isikan amaun yang ingin dicarum.

LANGKAH 6

Buat bayaran.

Selesai!

Kredit : Erni Abdul Rahman

Untuk maklumat lanjut tentang caruman KWSP untuk diri sendiri (self-contribution), sila rujuk info di laman web KWSP melalui pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/self-contribution

Baca juga: Cara Kemaskini Nombor Telefon KWSP

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: