KWSP Digesa Percepat Kelulusan i-Sinar, Ramai Ingin Tukar Amaun Pengeluaran
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digesa mempercepatkan proses kelulusan iSinar tanpa syarat serta mengemaskini sistem permohonan susulan keputusan pemansuhan semua syaratnya sebelum ini.
Menurut Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, pihak mereka mendapat banyak aduan dam maklum balas daripada pemohon berkaitan i-Sinar yang jelasnya masih keliru dengan keputusan baharu itu.
Baca juga: Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat: Semakan Status Kelulusan Automatik
“Masih terdapat butiran yang perlu memuatnaik dokumen sokongan, maklumat pengurangan pendapatan, dokumen sokongan untuk pertimbangan bagi meneruskan proses permohonan baharu i-Sinar tanpa syarat ini.
“KWSP perlu mempercepatkan kemaskini sistem permohonan i-Sinar dengan memansuhkan butiran dokumen sokongan ini. Ternyata rakyat masih keliru sama ada syarat pengeluaran i-Sinar sudah dimansuh atau belum,”
Tambahnya, ramai pemohon mengadu ingin menukar jumlah pengeluaran pada kadar maksimum selepas pengumuman rasmi tentang pengeluaran dan kelulusan iSinar tanpa syarat yang akan diberikan kepada pemohon melalui Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz minggu lalu.
Baca juga: Permohonan Rumah Harapan Rakyat RM60,000 / Seunit
Terdahulu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengumumkan pemansuhan adalah berikutan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambahbaik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas rakyat.
*Sumber : BH via xtra.com.my