Cara Isi Borang 17A (Khas 2021): Kekalkan Caruman KWSP 11% Dari 9%
Makluman bagi pekerja / ahli KWSP yang ingin kekalkan kadar caruman asal 11%, sila dapatkan Borang Caruman KWSP 17A (Khas 2021) mulai 1 Disember seperti di bawah:
Ini adalah lanjutan daripada pengumuman Belanjawan 2021, di mana kadar berkanun caruman syer pekerja yang baharu ialah 9%. (Diturunkan sebanyak 2%; berbanding 11% kadar asal).
Dengan pelaksanaan ini, para pekerja akan memperoleh pendapatan boleh guna bulanan (take home pay) yang lebih banyak setiap bulan tetapi caruman untuk simpanan KWSP bagi bulan yang berkenaan akan berkurangan.
Tarikh Kuatkuasa Caruman KWSP Baharu 9%
Tarikh kuat kuasa kadar berkanun caruman syer pekerja yang baharu adalah bagi tempoh upah bulan Januari 2021 (caruman Februari 2021) sehingga upah bulan Disember 2021 (caruman Januari 2022).
Untuk makluman, bagi Caruman 7% yang dipilih mulai caruman Februari 2020 akan berkuatkuasa sehingga caruman Januari 2021 sahaja.
Baca juga: Cara Semak Baki & Daftar i-Akaun Di Kiosk KWSP (RHB, Bank Rakyat, CIMB, Maybank, UTC, Aeon dll)
Kadar caruman KWSP 2021 dan cara isi dan hantar Borang 17A (Khas 2021) yang diperlukan adalah seperti di bawah.
Cara Isi Borang 17A (Khas 2021) Untuk Kekalkan Caruman KWSP 11%
Untuk pekerja yang ingin kekalkan caruman KWSP 2021 dengan 11% dan bukannya 9% (kadar wajib), anda hanya perlu ikuti langkah mudah berikut:
- Muat turun Borang KWSP 17A (Khas 2021) di pautan berikut https://bit.ly/39C4bNM
- Lengkapkan dan Kemukakan borang yang lengkap diisi itu kepada majikan
- Majikan perlu kunci masuk maklumat permohonan ke dalam i-Akaun (Majikan)
- Majikan simpan borang tersebut sebagai rekod.
NOTA:
- Majikan yang telah menerima makluman daripada pekerja melalui Borang KWSP 17A (Khas 2021) boleh membuat pendaftaran melalui i-Akaun (Majikan) pada / mulai 14 Disember 2020.
- Secara umum, pihak majikan boleh menerima permohonan dari ahli melalui pelbagai media saluran contoh: e-mel, Whatsapp, SMS dan sebagainya.
- Justeru, pekerja juga dibenarkan untuk tidak menandatangani Borang KWSP (Khas 2021) berdasarkan pemakluman dari pelbagai media seperti yang dinyatakan di atas.
- Bagi pekerja berumur 60 tahun dan ke atas, kadar caruman KWSP 2021 berkanun bagi syer pekerja adalah kekal seperti kadar berkanun semasa.
Jumlah Caruman Sebenar Mengikut Kadar Berkanun Syer Pekerja Yang Baharu
Jumlah caruman sebenar mengikut kadar berkanun caruman syer pekerja yang baharu adalah sepertimana di dalam Jadual Ketiga Akta KWSP 1991.
Rujukan Caruman KWSP 2021 adalah seperti berikut:
- Pekerja Warganegara Malaysia belum mencapai umur 60 tahun (Bahagian A – Jadual Ketiga).
- Pekerja Bukan Warganegara Malaysia belum mencapai umur 60 tahun (Bahagian B – Jadual Ketiga).
Jadual Ketiga ini boleh diperoleh di Laman Web KWSP www.kwsp.gov.my mulai 15 Disember 2020
Baca juga: Cara Daftar i-Akaun KWSP Online, Semak Penyata & Mohon Pengeluaran
Maklumat Lanjut Tentang Borang Caruman KWSP 2021
Untuk maklumat dan info lanjut tentang caruman KWSP 2021, anda boleh baca soalan lazim (FAQ) dari laman web KWSP di sini : https://bit.ly/2KSY79z
Sebarang pertanyaan, sila rujuk medium berikut:
- Facebook Rasmi KWSP
- Talian Perkhidmatan Pelanggan KWSP: 03-8922 6000
- Pastikan anda buat Janji Temu Online sebelum ke Pejabat KWSP: janjitemu.kwsp.gov.my
- Layari laman web rasmi http://www.kwsp.gov.my/