Pindaan i-Sinar KWSP: Semakan Status Mulai 18 Mac 2021

Seperti yang dimaklumkan oleh KWSP kepada pemohon melalui maklum balas e-mel, semakan pindaan i Sinar boleh mula dibuat mulai 18 Mac 2021.

Berdasarkan FAQ i-Sinar yang telah dimuatnaik oleh pihak KWSP terdahulu, dijangkakan kelulusan pindaan akan diberitahu dalam tempoh 5 hari selepas tarikh permohonan.

Sesetengah pemohon dikhabarkan telahpun menerima bayaran manakala sebahagian lagi masih menunggu jawapan.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang semakan pindaan i Sinar untuk makluman bersama.

Cara Buat Semakan Status Pindaan i Sinar KWSP

Untuk membuat semakan status, sila rujuk langkah berikut:

Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal isinar.kwsp.gov.my

  1. Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
  3. Isikan maklumat yang diminta
  4. Status kelulusan akan dipaparkan
tukar amaun isinar

Cara Semakan Status iSinar Melalui i-Akaun

Bagi anda yang dah install i-Akaun di telefon bimbit, bolehlah check terus melalui apps tersebut.

  1. Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/
  2. Login ke i-Akaun menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
  3. Semak bahagian WITHDRAWAL
  4. Klik WITHDRAWAL HISTORY
  5. Status permohonan iSinar akan dipaparkan beserta maklumat tarikh pembayaran

Cara Semakan Bayaran Pindaan i Sinar Yang Diluluskan

Perbezaan amaun yang dipinda akan dibahagikan secara sama rata berdasarkan baki bilangan bayaran pengeluaran.

Berdasarkan cara pembayaran kali pertama, bayaran bulanan seterusnya akan dibuat pada

  • tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama 6 Januari, bayaran kedua pun sekitar 6 Februari jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
  • maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
  • sebelum akhir bulan berkenaan

Untuk maklumat lanjut tentang semakan tarikh bayaran i-Sinar, sila rujuk: Cara Check Tarikh Pembayaran i-Sinar Masuk Bank (Jadual Bulanan)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848. atau rujuk Soalan Lazim (FAQ) i-Sinar di SINI.

Untuk sebarang urusan di kaunter KWSP, sila buat janji temu terlebih dahulu: Cara Buat Janji Temu KWSP Online Untuk Urusan Di Kaunter

Sila ikuti perkembangan terkini di media sosial KWSP atau layari portal rasmi https://www.kwsp.gov.my/ms/home.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: