Cara Semakan Penyata Baki Pinjaman PTPTN Online
Semakan baki PTPTN online kini lebih mudah melalui laman web PTPTN.
Dengan adanya semakan secara online, peminjam akan dapat mengetahui baki pinjaman pendidikan PTPTN mereka secara cepat dan tepat sekaligus memudahkan pelajar untuk membuat pembayaran hutang.
Untuk makluman, setiap peminjam perlu membuat bayaran balik pinjaman PTPTN dalam tempoh 12 bulan selepas tamat pengajian.
Kos upah (Ujrah) secara bulanan akan dikenakan bermula pada bulan ke 13.
Peminjam yang membuat bayaran balik lebih awal tidak akan dikenakan kos upah dalam tempoh 12 bulan tersebut. Jadi, kalau kita mula bayar lebih awal, lagi jimatlah!
Tapi bagaimana nak tahu berapa baki PTPTN yang masih perlu dibayar?
Jom tengok cara semakan baki PTPTN secara online dan cara memohon penangguhan bayaran sekiranya anda mengalami masalah kewangan.
Cara Semakan Baki PTPTN Secara Online
- Layari portal rasmi PTPTN di pautan https://www.ptptn.gov.my/ dan pergi ke menu Bayaran Balik.
- Pilih menu Penyata Pinjaman Online
- Masukkan No. Kad Pengenalan
- Masukkan Kata Laluan
- Bagi pengguna kali pertama pula, anda perlu klik pada kotak ‘Permohonan Kali Pertama’ dan isikan maklumat pendaftaran sebelum log masuk ke laman web PTPTN untuk membuat semakan.
- Klik Penyata Pinjaman
- Penyata baki PTPTN anda akan dipaparkan
Rujuk panduan bergambar di bawah:
LANGKAH 1
Layari Portal PTPTN.
Pergi ke menu Bayaran Balik.
LANGKAH 2
Pilih menu Penyata Pinjaman Online.
LANGKAH 3
Masukkan nombor kad pengenalan dan tekan ikon carian.
Masukkan kata laluan.
LANGKAH 4
Pilih menu Penyata Pinjaman.
Penyata pinjaman PTPTN anda akan dipapsrkan seperti di bawah:
Cara Mohon Penangguhan Bayaran Balik / Penstrukturan Semula
Jika peminjam mempunyai masalah untuk membuat bayaran balik, terdapat 2 pilihan yang boleh dilakukan oleh peminjam iaitu :
- Memohon penangguhan bayaran balik PTPTN, atau
- Memohon penjadualan / Penstrukturan semula Bayaran Ansuran Bulanan
Berikut adalah maklumat tambahan tentang cara membuat kedua-dua permohonan berikut.
1) Memohon Penangguhan PTPTN
Pemohon boleh membuat permohonan untuk membuat penangguhan bayaran balik PTPTN atas sebab-sebab tertentu seperti kehilangan punca pendapatan , menghadapi masalah kewangan dan sebagainya.
Syarat Kelayakan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN
Mereka yang layak memohon penangguhan bayaran balik PTPTN adalah seperti berikut:
l | Kategori Kelayakan | Tempoh Penangguhan |
---|---|---|
1. | Peminjam yang telah menamatkan pengajian terdahulu dan menyambung semula pengajian secara sepenuh masa. | Sepanjang tempoh pengajian baru. |
2. | Peminjam yang mengikuti kursus berkembar secara 2+1 atau 2+2 yang memerlukan peminjam tersebut meneruskan pengajian di luar negara. | Sepanjang tempoh pengajian di luar negara. |
3. | Peminjam yang menambah tempoh pengajian (Extend Semester). | Sepanjang tempoh perlanjutan yang dibenarkan oleh IPT. |
4. | Tidak bekerja. | Tempoh penangguhan hanya diberikan 6 bulan pada setiap permohonan dan tidak melebihi tempoh maksimum 24 bulan. |
Syarat Permohonan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN
- Permohonan perlu dikemukakan kepada PTPTN melalui surat permohonan rasmi penangguhan atau borang permohonan penangguhan.
- Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Surat tawaran pengajian terkini daripada IPT menyatakan tarikh sebenar tamat pengajian;
- Surat akuan sumpah tidak bekerja;
- Penyata KWSP terkini atau Surat pengesahan dari KWSP yang mengesahkan peminjam belum mencarum.Nota:
- Bagi pemohon yang masih belajar dokumen yang diperlukan adalah item (i) sahaja.
- Bagi pemohon yang belum bekerja dokumen yang diperlukan adalah item (ii) dan (iii).
- Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
- Kos upah dikenakan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik.
- Tempoh penangguhan bayaran balik ditetapkan oleh PTPTN.
- Permohonan penangguhan hanya akan diluluskan setelah pertukaran Ujrah dilakukan.
- Adalah dimaklumkan penangguhan yang diberikan hanya mengecualikan daripada tindakan penguatkuasaan sahaja dan tidak menghalang PTPTN mengambil tindakan berikut, iaitu:
- Menyenaraikan nama peminjam di dalam rekod Central Credit Reference Information System (CCRIS); dan
- Menyalurkan nama kepada pihak ketiga lain bagi maksud pemantauan.
- Ansuran bulanan dan kos upah sepanjang tempoh penangguhan adalah jumlah tertunggak yang perlu dibayar sebaik sahaja tempoh penangguhan tamat/batal.
- Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan melalui surat kepada peminjam.
- Bagi peminjam yang telah diluluskan penangguhan tetapi berhasrat untuk memulakan bayaran balik pinjaman lebih awal, peminjam boleh berunding untuk penstrukturan semula pinjaman.
- PTPTN berhak membatalkan kelulusan penangguhan ini sekiranya:
- Didapati peminjam menerima gaji atau elaun dalam tempoh penangguhan.
- Didapati peminjam memberikan maklumat palsu untuk mendapatkan kelulusan permohonan penangguhan.
NOTA: PEMINJAM YANG TERKESAN DENGAN PKP 3.0 BOLEH MEMOHON PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PTPTN
2) Penjadualan / Penstrukturan semula Bayaran Balik PTPTN
Bagi mengurangkan bebanan ansuran balik secara bulanan, peminjam juga boleh membuat penjadualan atau penstrukturan semula.
Penjadual adalah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk menjadualkan semula jadual Bayaran Balik (JBB) bagi membolehkan peminjam menyelesaikan hutang mengikut tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan.
Penstrukturan pula adalah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam mengubah struktur JBB dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam.
Melalui kaedah ini , tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga peminjam mencapai umur 60 tahun.
Syarat-syarat Memohon Penstrukturan/ Penjadualan Semula PTPTN
- Terbuka kepada pinjaman Ujrah sahaja. Peminjam konvensional boleh memohon penstrukturan/ penjadualan semula semasa permohonan pertukaran Ujrah.
- Berkuatkuasa 1 Julai 2015, bagi permohonan penstrukturan semula, peminjam perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan, serta kos pelbagai (jika ada) terlebih dahulu seperti kos penguatkuasaan, WPP (sekiranya tidak dijelaskan akan dikira sebagai prinsipal baru), hutang duti setem, hutang takaful dan yuran pemprosesan.
- Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa, KECUALI dalam tempoh 27 haribulan bulan semasa hingga 5 haribulan bulan berikutnya.
- Tiada caj pemprosesan dikenakan bagi penstrukturan/ penjadualan semula pada kali pertama, manakala bagi kali kedua dan seterusnya, caj yang dikenakan adalah seperti berikut:
- Kali kedua : RM50;
- Kali ketiga : RM100;
- Kali keempat : RM150; dan
- Kali kelima dan seterusnya : RM200
Peminjam yang ingin memohon penstrukturan/penjadualan semula dikehendaki hadir sendiri ke mana-mana kaunter PTPTN untuk memudahkan rundingan, penjelasan dan penerimaan dokumen tawaran.
Maklumat Lanjut Tentang Semakan Baki PTPTN Online
Pelanggan boleh berkomunikasi dengan PTPTN dalam tempoh PKP melalui kaedah berikut:-
- Menghubungi pegawai seperti yang dipaparkan di pautan https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn
- Mengemukakan pertanyaan di pautan https://bit.ly/eAduanPTPTN.