Tarikh Bayaran i-Sinar September 2021 (Diawalkan)
Ramai tertanya-tanya bila agaknya tarikh bayaran i-Sinar bulan September ini akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing, dan bilakah tarikh akhir pembayaran i-Sinar?
Ini kerana, ada antara kita yang telah menerima pembayaran terakhir i-Sinar bulan ini – terutamanya bagi yang telah menerima kelulusan seawal Januari lalu (Kategori 1).
Seperti yang kita tahu, bayaran iSinar akan dibuat dalam tempoh sehingga 6 bulan. Bermakna selepas 6 bulan kita menerima duit i-Sinar, tiada lagi bayaran yang akan diterima selepas itu.
Ini bermaksud, bagi penerima yang diluluskan dalam Kategori 2, atau mungkin telah membuat pindaan, maka anda mungkin akan masih menerima bayaran dalam bulan September ini sebagai pembayaran terakhir.
Kalau nak dapatkan kepastian, bolehlah buat semakan ok!
Berikut adalah makluman tarikh anggaran bayaran i-Sinar KWSP bagi bulan September 2021 dan cara membuat semakan melalui i-Akaun.
Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan September 2021
Seperti bulan-bulan sebelum ini, bayaran i-Sinar bulan September akan dibuat secara berperingkat mulai minggu pertama hari bekerja, bermula 26 Ogos 2021.
Pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa 1-5 hari bekerja bergantung kepada bank masing-masing.
Menurut KWSP, bayaran bulanan i-Sinar biasanya ditetapkan seperti berikut:
- tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama pada 6 Mac, bayaran kedua pun sekitar 6 April, dan bulan Mei dan Jun juga pada 6 haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
- maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
- sebelum akhir bulan berkenaan
Menurut pegawai KWSP juga, pemohon juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang maklumat pembayaran.
Baca juga: MyVac: Langkah Pendaftaran Sebagai Sukarelawan, Elaun RM100 Sehari
Semakan Tarikh Akhir Pembayaran i-Sinar
Seperti yang dimaklumkan semasa permohonan, bayaran i-Sinar akan dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.
Anda boleh membuat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran i-Sinar pada bahagian ‘Monthly Recurring End Payment Date’ di i-Akaun KWSP.
Bagi yang telah membuat pindaan amaun, (contohnya, sebelum ni akaun dah expired sebab KWSP dah bayar habis dah jumlah yang dipohon) nanti bila buat pindaan, akaun kembali berstatus Active dan ada Recurring Date sampai ke tarikh akhir bayaran yang akan dibuat.
Maka, status pembayaran akhir bergantung kepada tarikh kelulusan dan pembayaran pertama anda. Anda boleh membuat semakan melalui i-Akaun masing-masing mengikut langkah di bawah ini.
Cara buat semakan tarikh bayaran i-Sinar bulan Julai melalui i-Akaun:
Cara Semak Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan Julai 2021
Bagi yang dah ada i-Akaun KWSP dan nak tahu tarikh anggaran pembayaran iSinar Julai, sila rujuk langkah di bawah:
- Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
- Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
- Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
- Klik ‘WITHDRAWAL HISTORY’
- Seterusnya klik di column kedua yang ada tulis i-Sinar
- Tarikh bayaran akan dipaparkan untuk rujukan anda seperti contoh di bawah
Bagi yang belum ada i-Akaun KWSP, anda boleh mendaftar dengan merujuk step-by-step di sini: Cara Daftar i-Akaun KWSP Online, Semak Penyata & Mohon Pengeluaran
Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal i-Sinar
- Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
- Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
- Isikan maklumat yang diminta
- Status kelulusan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan
Tarikh Akhir Memohon i-Sinar
Tarikh akhir anda boleh memohon i-Sinar adalah pada 30 Jun 2021.
Jadi bagi anda yang masih belum memohon dan ingin membuat pengeluaran Akaun 1, sila pastikan anda tidak terlepas tarikh yang dinyatakan ini ya!
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi hotline khas i-Sinar di 03 – 8922 4848 atau ELYA Live Chat melalui pautan INI : https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/connect-with-us
Anda juga boleh mendapatkan info terkini melalui media sosial rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP Malaysia).
Semoga info ini bermanfaat!