Cara Daftar & Aktifkan BSN Online Banking. Tak Perlu Beratur Lagi!

CARA DAFTAR BSN ONLINE BANKING

Sekarang ni semua bank dah buat sistem online untuk memudahkan pengguna.

Kalau ada akaun bank online, lebih mudah kita nak semak akaun dan gunakan wang secara atas talian.

Akaun BSN juga adalah akaun yang sering digunakan dalam pelbagai perkhidmatan kerajaan seperti bantuan dan pembelian no PIN UPU.

Jadi, sebab tu senang kalau kita ada akaun myBSN online.

Di sini kami kongsikan cara daftar BSN online banking dengan mudah dan cepat. Tak sampai 10 minit dah siap!

Apakah myBSN Online?

MyBSN merupakan portal internet yang mengandungi semua maklumat yang anda ingin tahu tentang BSN daripada maklumat korporat serta produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Yang paling penting, kita boleh menjimatkan masa dengan pelbagai pautan perkhidmatan perbankan melalui internet seperti menyemak baki, membayar bil, memindahkan wang dan banyak lagi mengikut keselesaan kita sendiri.

Baca juga: Semakan Penyata Pencen Online Pesara Kerajaan 2021 & Kenaikan 2%

Cara Daftar BSN Online Banking

Untuk berurusan secara dalam talian dengan MyBSN, PERTAMA SEKALI kenalah ada Akaun Simpanan dengan kad ATM dan PIN ATM.

Kalau ada, get ready kad tu depan komputer atau handphone untuk mendaftar dengan MyBSN.

Ikut saja langkah di bawah ini:

  1. Mula-mula, sila ke portal rasmi https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
  2. Klik butang REGISTER untuk mendaftar keahlian baru di portal myBSN online
  3. Pastikan anda telah membaca kesemua terma & syarat yang ditetapkan oleh BSN untuk menggunakan perkhidmatan mereka. Tekan pada kotak ruangan ACCEPT.
  4. Tekan butang NEXT.
  5. Isi No. Kad Bank anda beserta no CVV2 (iaitu nombor 3 digit) yang terletak di belakang kad anda.
  6. Masukkan tarikh luput kad yang tertera di bawah nombor kad anda dan isi di ruangan EXPIRY DATE.
  7. Masukkan no kad pengenalan pada kotak yang disediakan dan tekan butang NEXT untuk ke halaman seterusnya
  8. Masukkan USERNAME dan PASSWORD yang kita nak guna dan senang ingat. Pastikan PASSWORD melebihi 8 angka atau abjad.
  9. Masukkan PASSWORD yang sama di ruang CONFIRM NEW PASSWORD.
  10. Tekan REQUEST OTP dan sahkan nombor telefon anda yang telah didaftarkan untuk akaun BSN dan tekan butang CONFIRM.
  11. Kod OTP tersebut akan diterima melalui no telefon yang anda daftarkan untuk akaun BSN secara SMS daripada BSN.
  12. Pilih satu imej pilihan dalam ONLINE IMAGE sebagai pengesahan semasa setiap kali anda login MyBSN.
  13. Akhir sekali, tekan butang SUBMIT dan anda bolehlah login myBSN online banking selepas ini.

Rujuk panduan bergambar di bawah:

Cara Login MyBSN Internet Banking Kali Pertama

Selepas selesai daftar BSN online banking, kita dah bolehlah gunakan perkhidmatan internet banking seperti membuat semakan baki akaun, penyata bank, pembelian dalam talian, pemindahan atau pengeluaran, dan sebagainya.

daftar bsn online banking

Ikuti langkah di bawah untuk log masuk buat kali pertama :

  1. Pergi ke laman web rasmi BSN online banking https://www.mybsn.com.my/mybsn/login/login.do
  2. Masukkan USERNAME yang telah didaftarkan
  3. Klik butang LOGIN untuk ke halaman seterusnya
  4. Pastikan ONLINE IMAGE yang telah dipilih semasa mendaftar sama dengan paparan yang ditunjukkan
  5. Masukkan PASSWORD yang telah didaftarkan
  6. Kemaskini maklumat peribadi anda
  7. Pilih soalan rahsia anda, dan sertakan sekali jawapan bagi setiap soalan yang anda pilih itu
  8. Selesai, anda kini boleh menggunakan perkhidmatan myBSN internet banking.

Baca juga: Cara Daftar Kelahiran Online JPN. Mudah & Cepat Dalam Tempoh PKP

Lupa Password MyBSN Online

Kalau dah lama tak login dan dah terlupa password atau username, jangan risau.

Kalau terlupa PASSWORD, anda cuma perlu klik Forgot Password dan masukkan butiran kad dan pin.

Kalau terlupa USERNAME, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan myBSN di talian 1300 88 1900 atau +603-2613 1900 (Luar negara).

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut anda boleh rujuk dan hubungi saluran berikut :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: