Pengumuman Dividen Bank Rakyat Bagi Tahun Kewangan 2021
DIVIDEN BANK RAKYAT 2022 / 2021
Bank Rakyat akan mengumumkan pembayaran dividen bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 pada jam 11.15 pagi melalui LIVE di media sosial Facebook.
Pada tahun 2021, Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen 13 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 yang lalu.
Bagaimanakah prestasi Kewangan Bank Rakyat dan kadar dividen yang akan diterima tahun 2022 ini?
Berikut dikongsikan maklumat terkini tentang kadar dividen Bank Rakyat yang diumumkan untuk makluman ahli-ahli.
Tarikh Pengumuman Dividen Bank Rakyat 2022
Pengumuman Dividen Bank Rakyat dan Prestasi Kewangan Kumpulan Bank Rakyat Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2021 akan diumumkan pada 25 April 2022 mulai jam 11.15 pagi secara langsung di laman media sosial rasmi Bank Rakyat
Kadar Dividen
Sukacitanya Bank Rakyat mengumumkan dividen sebanyak 15% bagi tahun kewangan berakhir 30 Disember 2021.
Sejarah Dividen
Berapa agaknya kadar dividen bagi tahun 2022 ini?
Untuk tahun ini, kadar dividen belum diumumkan secara rasmi.
Namun di sini kami kongsikan sejarah kadar dividen bagi 5 tahun sebelumnya.
Tahun | Kadar Dividen |
2020 | 13% |
2019 | 14% |
2018 | 13% |
2017 | 15% |
2016 | 15% |
2015 | 13% |
2014 | 15% |
2013 | 15% |
2012 | 18% |
2011 | 20% |
2010 | 15% |
Baca juga: Cara Print & Isi Borang Poslaju Online (e-Connote/e-Konsainan)
*Info penuh: https://www.facebook.com/myBANKRAKYAT/
Info Bank Rakyat
Bank Rakyat telah ditubuhkan pada Bulan September 1954 dibawah Ordinan Koperasi 1948, berikutan perkembangan pergerakan koperasi di Semenanjung Malaysia.
Bagi memudahkan perkembangan pergerakan koperasi, pihak koperasi telah menubuhkan bank persatuan masing-masing bagi menyediakan kemudahan kewangan kepada ahli-ahli mereka.
Pada 28 September 1954, 11 daripada bank persatuan membuat keputusan untuk bergabung dan membentuk Bank Agong (Apex Bank)
Pada tahun 1967, Bank Kerjasama Malaysia Berhad telah menggantikan Bank Agong dengan membuka keahlian tidak hanya terhad kepada koperasi, tetapi juga kepada individu. Berikutan pertukaran kepada undang-undang kecil juga telah menyebabkan penubuhan subsidiari syarikat dan pembukaan cawangannya bagi melayan pelanggan dan juga keahlian.
Pada 6 Januari 1973, nama Bank tersebut telah ditukar kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat.
Bank Rakyat diselia oleh Undang-undang dan Akta Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad 1978 (Peruntukan Khas 202), yang membenarkan Bank Rakyat menyediakan pembiayaan kepada bukan ahli.
Pada tahun 1989, Bank Rakyat telah diletakkan dibawah Kementerian Pembangunan Tanah dan Koperasi dan Kementerian Kewangan.
Pada tahun 1993, Akta Koperasi telah disemak semula bagi membenarkan Bank beroperasi di Sabah dan Sarawak.
Pada bulan Mei 8 1993, Bank Rakyat telah mengorak langkah ke arah bank koperasi syariah dengan memperkenalkan produk perbankan islam di empat cawangannya.
Bank Rakyat menjadi bank koperasi islam sepenuhnya pada tahun 2002. Sehubungan itu, dengan perkembangan penting ini, Bank Rakyat telah mencipta satu lagi peristiwa penting dimana ianya telah menjadi bank ketiga yang menawarkan produl perbankan islam secara sepenuhnya di Malaysia.
Pada 15 Februari 2002, Bank Rakyat bersama-sama dengan enam institusi kewangan dan pembangunan telah diletakkan dibawah kawalan Bank Negara Malaysia menurut Akta Pembangunan Institusi Kewangan (DFIA).
Pada 27 Mac 2004, Bank Rakyat telah diletakkan dibawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan.
Pada 15 April 2009, selepas penyusunan semula kabinet, Bank Rakyat telah diletakkan dibawah Kementerian Kewangan dan kemudiannya dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Pada tahun 2018, Bank Rakyat diletakkan di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang memainkan peranan terhadap pembangunan keusahawanan negara dan industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Sehingga kini, Bank Rakyat mempunyai sebanyak 147 cawangan yang menawarkan kemudahan perbankan Islam kepada pelanggannya.