Cara Print & Isi Borang Poslaju Online (e-Connote/e-Konsainan)

Sekarang ni boleh isi borang Poslaju online dan print secara digital di kaunter nanti.

Proses hantar parcel semakin mudah, dah tak penat lagi nak menulis nota konsainan secara manual.

Jom kita tengok bagaimana cara nak print dan isi borang Poslaju Online melalui laman web www.pos.com.my ATAU menggunakan apps Poslaju.

Cara Print & Isi Borang Poslaju Online (e-Connote/e-Konsainan)

Mungkin ada yang baru tahu sekarang POSLAJU dah menggunakan sistem baharu dan sesetengah cawangan tidak lagi menerima slip pos tulis tangan tu.

Hanya perlu isikan maklumat, imbas QR kod dan print e-Nota Konsainan di mana-mana pejabat pos dan cawangan Pos Laju.

Di sini saya share sikit kebaikannya dan cara nak isi borang Poslaju Online.

Kelebihan e-Connote / e-Konsainan

  • Dah siap ada harga ikut berat & destinasi. (tak perlulah beratur untuk timbang untuk semata-mata tanya harga terkini)
  • Maklumat terus masuk dalam sistem.
  • Jimat kertas.
  • Elak slip consigment note tercicir dari parcel (e-connote guna teknologi thermal print sticker)
  • Tak perlu terhegeh-hegeh bertenggek kat kaunter pos lama-lama semata-mata untuk tulis alamat. Pastu kalut bila lupa bawa pen @ pen habis dakwat
  • Tak lenguh tangan tulis, sejuk mata abang posmen nak baca alamat.

Kelemahan

  • Kena ada handphone & line internet yang baik.
  • Maksimum print 20 e-connote je.

Baca juga: Nak Pakai Braces? Ini Harga, Tips & Prosedur Pendakap Gigi Di Malaysia

Cara Isi Borang Poslaju Online (e-Connote / e-Konsainan)

Ini langkah nak isi borang, senang je.

  1. Install apps POS MALAYSIA atau pergi ke laman web https://www.pos.com.my/
  2. Klik pada E-Consigment Note.
  3. Pilih lokasi Pejabat Pos yang boleh Print E-Connote.
  4. Isi alamat pengirim.
  5. Isi alamat penerima.
  6. Isi berat (kalau tak tahu boleh letak berat anggaran) & deskripsi ringkas berkenaan parcel serta nilai item dalam parcel tersebut.
  7. Nanti akan tertera harga yang perlu dibayar untuk kita bayar di kaunter nanti.
    *Letak je anggaran senang kita sediakan duit siap-siap. atau kita boleh cari kurier lain kalau kos mahal sangat. Nanti dekat kaunter dia akan timbang juga & caj ikut harga berat sebenar.
  8. Akan keluar QR CODE kalau korang dah betul-betul depan kaunter bolehlah terus klik bar SCAN & PRINT
  9. Tapi kalau korang nak taip dulu di rumah kemudian baru pergi ke pejabat pos maka pilihlah SAVE TO MY PARCEL.
  10. Kalau korang dari rumah, buka apps & klik MY PARCEL.
  11. Dekat bahagian TO PRINT adalah untuk korang pilih E-Connote mana yang nak di print. klik icon printer di tepi tu.
  12. Nanti akan keluar QR CODE untuk scan pada device di Kaunter poslaju.
  13. Slip akan dicetak & ditampal pada parcel dan boleh buat bayaran sekali.

NOTA: E-connote ni tak boleh print dari rumah ye. Sebab sistem ini dibina untuk customer walk-in je.

Tengok gambar di bawah untuk step-by-step bergambar.

i) Cara Print Borang e-Consignment Note Poslaju Melalui Laman Web

Ini paparan terbaru di laman web pos.com.my

econsignment note poslaju
Sumber: Harianpost.my

Klik menu E-Consignment Note macam dalam gambar di atas.

econsignment note poslaju
Sumber: Harianpost.my

Sila isikan maklumat selengkapnya.

Lokasi Poslaju yang menggunakan sistem e-Consignment note adalah seperti dalam senarai di bawah:

https://mobile-app.pos.com.my/PDF/e-Connote%20locations.pdf

Seterusnya, isikan makluman pengirim dan penerima.

Sumber: Harianpost.my

Isikan anggaran berat tu untuk kita dapatkan harga (lebih kurang). Tak tahu berat tak apa. Nanti akan ditimbang di kaunter dengan tepat.

borang poslaju online
Sumber: Harianpost.my

OK dah siap isi, akan keluar QR code ni.

Tekan butang Download & Print. Kita boleh simpan kod QR ni dalam handphone atau nak print pun boleh.

QR code ni akan digunakan untuk kita print e-Consignment note tadi di Pejabat Pos yang terpilih.

borang poslaju online

ii) Cara Print Borang e-Consignment Note Poslaju Melalui Apps

Sila install apps Pos Malaysia terlebih dahulu.

borang poslaju online

Pilih menu New Consigment Note macam di bawah ni.

borang poslaju online

Kat sini dia keluar pop-up info di mana lokasi Pejabat Pos yang boleh Print E-Connote .

kalau dah tahu nak pergi pejabat pos yang mana bolehlah klik pangkah je [ x ]

Isi alamat pengirim dan penerima.

Isi berat (kalau tak tahu boleh letak berat anggaran) & deskripsi ringkas berkenaan parcel serta nilai item dalam parcel tersebut.

Nanti akan tertera harga yang perlu dibayar di kaunter nanti.

Kalau tak tahu berapa berat barang tu takpe, kita letak je anggaran tu supaya senang kita sediakan duit siap-siap.

Jangan risau sebab nanti kat kaunter dia akan timbang juga & caj ikut harga berat sebenar.

Akan keluar QR CODE kalau korang dah betul-betul depan kaunter bolehlah terus klik bar SCAN & PRINT

Tapi kalau korang nak taip dulu di rumah kemudian baru pergi ke pejabat pos maka pilihlah SAVE TO MY PARCEL.

Dekat bahagian TO PRINT adalah untuk korang pilih E-Connote mana yang nak di print. Klik icon printer di tepi tu.

Nanti akan keluar QR CODE untuk scan pada device di Kaunter poslaju.

Macamnilah slip tu dicetak & ditampal pada parcel.

Oh ya duit pos jangan lupa bayar di kaunter ya.

Kalau nak cetak ni percuma saja.

Baca juga: Cara Order Starbucks Sedap & Harga Berpatutan. (Bonus : Menu Custom Drink Dengan Harga)

Maklumat Lanjut

Untuk info penuh, boleh layari laman web https://www.pos.com.my/ atau tonton video di sini:

https://www.facebook.com/watch/?v=2947869098827384

*Sumber: FB Ayuni Sarah Baharuddin

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: