Cara Order Starbucks Sedap & Harga Berpatutan. (Menu Custom Drink Viral)
Nak tahu cara order Starbucks menu sedap dengan harga berpatutan ? Walaupun harga minuman Starbucks mahal, kita mesti rasa teringin nak minum kan?
Kalau sekali sekala belanja diri sendiri apa salahnya. Masalahnya bila dah sampai kedai Starbucks lidah mesti kelu sebab tak reti order, banyak sangat ‘terms’ yang kita sendiri pun tak faham maksudnya.
Nak tanya macam-macam takut lambatkan pelanggan lain yang tunggu di belakang pula. Jom kita belajar cara order Starbucks!
Baca juga : Sedap Dan Viral! Ini 5 Kedai Kopi Lokal Yang Anda Boleh Cuba
Cara Order Starbucks Sedap & Harga Berpatutan
1. Saiz Minuman
Mula-mula kita kena kenal ‘terms’ bagi saiz minuman starbucks. Di Starbucks mereka gunakan term ‘tall’ untuk short atau small, ‘grande’ untuk medium, dan ‘venti’ untuk large. Beza setiap saiz minuman lebih kurang RM 1.00.
Kredit Foto : Twitter @myjoe
2. Jenis Minuman
Di Starbucks, ada 5 jenis minuman untuk dipilih.
- Kopi (Panas/Sejuk)
- Frappe (Ice Blended) – paling famous di media sosial
- Teh (Panas/Sejuk)
- Coklat (Panas/Sejuk)
- Jus (Sejuk)
3. Menu Paling Famous
Bagi yang baru nak try Starbucks, apa kata anda cuba yang terlaris iaitu Frappucino. Antara menu yang ‘famous’ ialah
- Chocolate Cream Chip Frappucino
- Java Chip Frappucino.
Pilih dari menu yang di dalam petak kuning di bawah. Tak perlu pening-pening untuk pilih susu atau add-on topping bagi ‘beginner’.
Sebenarnya add-on topping yang buatkan order Starbucks jadi susah dan boleh buatkan minuman kita mencecah hampir RM 30.
Boleh juga rujuk premium secret recipe Starbucks macam dalam senarai kat bawah ni:
4. Cara Order Starbucks yang Betul
Dah tahu apa nak pesan? Jom cuba order ikut langkah-langkah ini ! :
- Pilih jenis minuman – Contoh : Frappucino, Coffee
- Pilih Saiz – Tall,Grande,Venti
- Bayar & Ambil Minuman
- Jangan Lupa Selfie !
Contoh cara pesan minuman : Saya nak pesan Java Chip Frappucino Grande satu.
Kalau dah biasa beli, bolehlah upgrade minuman dengan buat ‘custom drink’ iaitu minuman yang diolah dengan tambah topping macam-macam.
Ramai peminat Starbucks yang dah ‘pro’ dan rajin kongsi menu ‘custom drink’ di sosial media seperti Twitter dan TikTok.
Memang menarik dan nampak sedap untuk dicuba! Kalau rasa lidah berbelit, satu lagi cara senang untuk pesan ialah tunjukkan screenshot menu minuman yang nak dipesan. Lagi mudah!
Antara ‘custom drink’ yang boleh dicuba :
- Java Frappucino Venti Tambah Almond Nut (RM 19.50)
- Green Tea Cream Frappucino Venti Tambah Caramel Upside Down & Frappe Chips (RM 21.50)
- Iced Asian Dolce Latte Venti Tambah Cold Foam & Caramel Upside Down (RM 21.00)
- Caramel Cream Frappucino Grande Tambah Hazelnut Syrup , Chocolate Chips & Extra Caramel Drizzle (RM 16.00)
- Iced Shaken Lemon Passion Tea Tambah Dolce Sauce, Vanilla Syrup & Cold Foam (RM 17.50)
*Harga mungkin berubah mengikut harga pasaran semasa
Menu Starbucks Sedap & Viral Di Media Sosial
Berikut adalah antara cadangan menu menarik yang dikongsikan oleh netizen di media sosial untuk dicuba bersama.
Menarik juga ni kan?
1. Green Tea Frappuccino + vanilla cream + drizzle choc
2. Asian Dolce Latte
3. Cocoa Caramel Coffee Frappucino + vanilla whipping cream
4. Choc Cream Chip + whipping vanilla cream + cornflakes + drizzle Choc
5. Dragon Fruit Frappucino + Vanilla Bean Frappe + Add Dragon fruit & Blackberry Inclusion
6. Twix Frappucino
7. Coffee Frappe
8. Double Chocolate Chip Frap + Java Chips + Caramel Drizzle
9. Strawberry Cheesecake
10. Caramel Frappe + Caramel & Mocha Drizzle
11. Mango Dragonfruit Refresher
12. Cosmo & Wanda Frappucino
13. Berrylicious Frappucino
14. Banana Split Frappucino
15. Pink Cotton Candy Frappucino
16. Apple Pie Frappucino
17. Churro Frappucino
18. Dragon Black Frap
Kredit Foto : Facebook
Terkini: 20 Secret Menu Starbies Family Berserta Harga
Terkini, di media sosial juga hangat dengan menu-menu menarik yang dikongsikan oleh Starbies Family.
Anda boleh save gambar..then sebut je apa yang ditulis tu.
Harga pun ada disertakan sekali agar dapat disesuaikan dengan bajet. Cuma mungkin ada berbeza sikit mengikut musim atau promosi yang berjalan.
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya Starbucks selalu adakan promosi. Waktu itulah anda boleh dapat pesan minuman Starbucks dengan harga jauh lebih murah.
Antara promosi yang selalu dibuat ialah Beli 1 Percuma 1 atau 50% diskaun.
Rajin-rajinlah jenguk sosial media Starbucks Malaysia kalau nak tahu promosi terbaru!