Cara Order Tealive (Menu Recommended & Wajib Cuba)

“Peningnya aku tengok menu ni, macam mana cara nak order Tealive yang sedap ye? Selalu minum yang boba biasa je, ingat nak cuba yang lain pulak.”

Jenama minuman Tealive sudah tidak asing lagi bagi penggemar bubble tea di Malaysia.

Bukan sekadar bubble tea, Tealive juga menyajikan pelbagai menu dari kopi sehingga ke sparkling drink. Bagi menyajikan kelainan, Tealive juga sering memperkenalkan menu limited edition dari semasa ke semasa.

Tapi pernahkah anda tertanya-tanya, menu apa di Tealive Malaysia yang paling sedap dan menarik untuk dicuba selain Boba Tea yang biasa kita minum tu kan?

Jom belajar cara order minuman Tealive!

Cara Order Menu Tealive

LANGKAH 1: Pilih Jenis Minuman

Dengan pelbagai jenis minuman yang disajikan, anda pasti akan menemukan satu minuman yang bakal menjadi kegemaran anda.

Sebagai permulaan, anda boleh pilih minuman ‘recommended’ mengikut jenis-jenis yang tersedia :

1. Milk Tea (Teh Susu Beraroma – sesuai digabungkan dengan pearl atau grass jelly)

• Signature Brown Sugar Peal Milk Tea
• Classic Roasted Milk Tea With Grass Jelly
• Hazelnut Milk Tea

2. Crafted Tea (Teh Berperisa atau Beraroma)

• Radiant Roselle Tea
• Earl Grey Tea Latte

3. Matcha ( Teh hijau istimewa dari Jepun)

• Nishio Matcha Smoothies with Red Bean
• Nishio Matcha Red Bean Milk Tea

4. Smoothies (Ice Blended )

• Strawberry Pudding Smoothies
• Mango Passion Fruit Smoothies

Kredit Foto : Tealive Bukit Jelutong

5. Sparkling Juice (Minuman buah berkarbonat, rasanya agak masam tapi menyegarkan)

• Sparkling Honey Lemon with Aloe Vera
• Sparkling Lychee with 3Q Jelly

6. Coco (Bagi rangkaian menu coco, anda boleh pilih dari minum koko panas atau sejuk atau smoothies)

• Superior Coco
• Hazelnut Coco
• Coco Smoothies with Oreo Cookie Pieces

7. Kopi

(Seperti Coco, Coffee juga didatangkan dalam bentuk minuman panas atau sejuk dan smoothies)

• Signature Coffee
• Bang Bang Coffee with Brown Sugar Warm Peals
• Coffee Smoothe Choc Shaka Lava with Oreo Cookie Pieces

Kredit Foto : Tealive

LANGKAH 2: Pilih Topping

Ada macam-macam topping yang boleh dicuba. Antara topping yang laris di Tealive ialah pearl, grass jelly dan pudding.

Namun, ada sesetengah minuman yang didatangkan sekali dengan topping seperti rangkaian menu Bang Bang, Strawberry Pudding Smoothie dan Nishio Matcha Red Bean. Harga topping pula sekitar RM 1.10 ke Rm 2.00

cara order tealive

Kredit Foto : Tealive Bukit Jelutong

LANGKAH 3: Pilih Saiz Minuman

Terdapat 2 saiz minuman iaitu Regular dan Large. Biasanya untuk ‘upsize’ ke large, anda hanya perlu menambah sekitar RM 1 sahaja. Sesetengah minuman terutamanya Smoothies didatangkan dalam saiz Large sahaja seperti Coco Smoothies with Oreo Cookie Pieces dan Strawberry Pudding Smoothies.

TIPS TAMBAHAN: Nak Kurang Gula atau Kurang Ais? Boleh Customize Minuman Anda ! 

Anda juga boleh customize air mengikut citarasa anda.

Anda boleh ‘request’ pada tearista untuk buatkan minuman dengan kurang gula (half sugar/none) dan kurang ais (half/none).

Sesetengah minuman juga boleh disediakan panas. Jika berminat, anda boleh tanyakan kepada tearista.

Baca juga : Cara Order Subway Sedap & Berbaloi (Bonus: Tips Dari Pekerja Subway)

Kalau selalu sangat order menu yang sama atau kebuntuan idea, apa kata anda cuba menu yang di’recommend’ oleh tearista Tealive ni?

1. Signature Milk Tea

Rasanya tak sah kalau tak cuba Signature Milk Tea di Tealive. Kalau nakkan kelainan daripada pearl, boleh tukarkan ke topping black diamond.

Topping baru ini rasa macam pudding caramel. Sangat sedap bila dipadankan dengan Signature Milk Tea.

Harga : RM 6.50 (Regular) / RM 7.45 (Large)

2. Cocoa Mocha

Sesuai untuk penggemar kopi yang ‘mild’. Gabungan koko dan kopi bertambah sedap bila digabungkan dengan susu segar.

Cocoa Mocha juga boleh dipesan sebagai minuman panas.

3. Bang Bang Milk Tea

Sejak diperkenalkan, Bang Bang Milk Tea telah menjadi antara menu yang paling popular di Tealive.

Berbanding Signature Milk Tea, Bang Bang Milk Tea dibuat dengan gabungan ‘brown sugar’ . ia juga didatangkan dengan topping pearl percuma.

Harga : RM 7.05 (Regular)/ RM 8.00 (Large)

4. Strawberry Pudding Smoothie

Bagi yang tidak gemarkan minuman manis, anda boleh cuba Strawberry Pudding Smoothie.

Bagi menambahkan rasa smoothie ini, ia diblend sekali dengan ‘coconut jelly’ dan susu segar. Pudding nya juga tersangat sedap !

Harga : RM 8.35 (Large)

cara order tealive

Kredit Foto : Tealive Dungun 

5. Bang Bang Coffee

Jika anda penggemar kopi, anda wajib cuba Bang Bang Coffee! Rasa kopinya agak kuat.

Seperti menu Bang Bang lain, Bang Bang Coffee juga dicampurkan dengan ‘brown sugar’ dan topping pearl.

Harga : RM 7.90 (Regular) / RM 8.90 (Large)

6. Mango Passion Smoothie

Anda sukakan jus buah-buahan. jangan lupa untuk cuba Mango Passion Smoothie!

Rasanya menyegarkan seperti jus mangga yang dicampur dengan buah markisa.

Harga : RM 8.35 (Large)

Kredit Foto : Tealive Dungun 

7. Sparkling Mango with 3Q Jelly

Bagi yang teringin air bergas dan masam , anda boleh cuba minuman dari rangkaian sparkling.

Sparkling Mango with 3Q jelly ialah antara menu sparkling drink yang popular dan didatangkan dengan 3 jenis topping iaitu sago, coconut jelly dan pearl.

Harga : RM 6.50 (Regular) / RM 7.50 (Regular)

Menu Baru & Limited Edition Terkini

Untuk menu limited edition pada waktu ini, Tealive memperkenalkan dua jenis menu iaitu “Oatsem KAW!” dan “Grape Velvet”.

“Oatsem KAW!” iaitu minuman yang dicampurkan dengan kebaikan susu oat organik. Antara minuman yang anda boleh cuba :

• Oatsem Kaw Pearl Milk Tea
• Bang Bang Oatsem Kaw
• Oatsem Kaw Coco Latte

Menu Grape Velvet pula diperbuat khas daripada anggur merah premium dengan pelbagai toping. Anda boleh cuba 3 jenis minuman dari rangkaian Grape Velvet :

• Sparkling Grape Velvet with 3 Q Jelly
• Grape Velvet Smoothie with Coconut Jelly
• Grape Velvet Milk with Black Diamond

cara order tealive

Promosi Khas

RM 5 Bagi Menu Kopi Setiap Hari Sehingga  12 p.m.
Mulakan pagi anda dengan kopi yang dibru istimewa dari Tealive. Anda boleh mendapatkan kopi kegemaran anda dengan harga RM 5 sahaja di cawangan Tealive yang terpilih. Anda boleh semak cawangan terpilih di sini. 

cara order tealive

Dapatkan Keistimewaan Sebagai Ahli Tealive Elite Members! 

Daftarlah keahlian ‘Tealive Elite Members’ untuk pelbagai keistimewaan dan penjimatan dalam setiap pembelian. Antara keistimewaan menjadi ahli ‘Tealive Elite Members’ ialah minuman percuma pada hari jadi anda dan minuman kedua berharga RM 1.10 setiap hari Khamis! Lawati cawangan Tealive terdekat untuk keterangan lanjut.

Kredit Foto : Instagram Tealive 

Anda pasti tidak akan bosan dengan pelbagai menu yang ditawarkan di Tealive. Anda juga boleh cuba menu limited edition yang sering diperbaharui untuk kelainan. Bukan itu sahaja, anda juga boleh ‘customize’ minuman mengikut cita rasa anda seperti kurang manis, atau kurang kurang ais.

Baca juga: Cara Order Starbucks Sedap & Harga Berpatutan. (Bonus : Menu Custom Drink Dengan Harga)

Maklumat Lanjut

Nak tahu lebih lanjut tentang menu terkini dan cara order Tealive bolehlah follow Laman Sosial Rasmi Tealive dan laman web mereka di saluran berikut:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: