Cara Order Subway Sedap & Berbaloi (Bonus: Tips Dari Pekerja Subway)
“Peningnya tengok menu ni… Banyak betul pilihan. Macam mana cara nak order Subway yang sedap ye?”
Subway merupakan antara restoran ‘fast food’ yang tak kurang popular di Malaysia. Biasanya orang akan pergi Subway bila dah bosan dengan pizza, burger atau ayam goreng.
Subway juga lebih sesuai untuk dimakan kalau sedang berdiet kerana salad pun ada dijual di sini.
Tapi nak order sandwich di sini pun boleh tahan rumitnya sebab pelanggan pun terlibat sama dalam pembuatan sandwich.
Dari pilihan, roti, isi sandwich hingga ke sos, semuanya disediakan segar atas permintaan. Kalau tersilap pilih, mungkin akan dapat yang tak kena dengan citarasa.
Kalau kurang bernasib baik, kena pula caj mahal sebab tak tahu trick / cara order Subway yang betul.
So, kalau nak dapatkan sandwich yang sedap dan berbaloi dengan harga, jom belajar cara order Subway ni!
Cara Order Subway Sedap & Harga Berbaloi
Ada 5 langkah bila memesan sandwich di subway :
- Pilih menu
- Pilih jenis roti
- Pilih isi sandwich
- Pilih sayur
- Pilih sos
1. Pilih Menu
Di Subway, bukan sahaja ada sandwich, malah anda juga boleh pilih wrap atau salad.
Salad pula ada 6 inch untuk saiz sandwich biasa atau ‘footlong’ untuk sandwich panjang.
Baca juga : Cara Order Numee Gardenia Untuk Doorgift. Harga RM1.50 Je, Berbaloi!
2. Pilih Jenis Roti
Di Subway ada 2 jenis roti putih dan 3 jenis roti wholemeal.
Roti Putih:
- Italian Bread – Roti putih biasa.
- Parmesan Oregano – Roti putih dengan parmesan.
- Heart Italian – Roti putih tetapi rasa lebih keras dan rangup berbanding semua roti di Subway.
Roti Wholemeal :
- Wheat – Roti wholemeal biasa .
- Honey Oat – Roti Wholemeal dengan topping oat.
Roti akan dibakar dahulu sementara anda pilih isi sandwich. Kalau nak roti dibakar lama sedikit, boleh pesan dengan sandwich artist untuk buat “double toast”.
3. Pilih Isi Sandwich
Ada macam-macam pilihan untuk isi sandwich dari seafood hingga isi daging. Menu untuk isi sandwich dibahagikan kepada 3, mengikut harga masing-masing.
Jom kita semak menu isi sandwich di Subway :
Classic :
- Seafood Sensation – Untuk penggemar makanan laut tapi lebih kepada rasa ketam.
- Steak and Cheese – Isi daging cincang yang diperap enak. Kalau nak lagi sedap, tambahkan salt & pepper.
- Chicken teriyaki – Isi ayam perapan sos teriyaki. Lebih kepada rasa manis. Boleh minta sos Sweet Onion untuk rasa lebih sedap.
- Meatball Marinara – Rasa macam makan meatball dengan kuah spaghetti. Tapi susah sikit nak makan sebab bebola daging bentuk besar.
- Spicy Italian – Isi hirisan daging lembu pepperoni dan salami yang pedas dan sedikit masin. Tambahkan sos Chipotle Southwest, sos BBQ & sos cili untuk rasa lebih ‘kick’.
- Veggie Delite – Sesuai untuk orang yang tengah diet atau vegetarian. Isinya 100% tanpa daging.
Favorites :
- Tuna – Sesuai untuk penggemar tuna. Bagi yang tak biasa makan tuna, mungkin akan rasa sedikit muak. Elakkan letak mayonis sebab isi tuna sudah cukup rasa creamy.
- Chicken Slice – Antara menu popular di Subway. Isi hirisan ayam sesuai untuk penggemar ayam.
- Turkey Breast – Kalau nakkan kelainan daripada ayam, boleh cuba sandwich dengan hirisan daging ayam belanda. Rasanya sedikit masin dan kurang kalori berbanding ayam.
- Turkey Breast & Chicken Slice – Campuran hirisan daging ayam & ayam belanda.
- Roast Beef – Menu wajib untuk penggemar daging. Daging dengan hirisan daging lembu. Sedapkan lagi rasa sandwich dengan pilihan sos BBQ, sos cili, sos tomato, mayonnaise dan honey mustard (untuk rasa manis).
- Chicken Tandoori – Pernah popular di iklan TV, rasa sama macam makan ayam tandoori. Masam dan berempah.
- Roasted Chicken – Isinya rasa macam nugget. Boleh dipadankan dengan sos cili, mayonnaise & thousand island untuk rasa lebih sedap.
- BBQ Chicken – Rasa isi ayam yang diperap dengan Sos BBQ.
Signature :
- Italian BMT – Isinya sama macam Spicy Italian, cuma ada ekstra hirisan ayam. Rasanya pula pedas dan sedikit masin.
- Subway Club – Rasa enak dari gabungan chicken slice, roast beef & turkey breast.
- Subway Melt – Gabungan chicken slice, turkey breast dan hirisan daging.
Sekarang ada lagi 3 menu baru bagi hidangan Signature :
- [BARU] Bulgogi Chicken with Mozarella Cheese – Isi ayam dengan perapan sos bulgogi dan topping keju mozarella.
- [BARU] Breaded Chicken Cutlet with Spicy Mayo Sauce – Isi kepingan ayam tebal yang digoreng. Orang kata rasa macam Zinger burger KFC.
- [BARU] Smoky Chicken with Hot Pepper Sauce – Hot pepper memang cukup pedas dan padan dengan rasa isi ayam salai.
Menu Breakfast Subway Malaysia
Bagi yang nakkan kelainan untuk sarapan pagi, boleh cuba sandwich breakfast bermula 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Harganya juga lebih murah sekitar RM 7 ke RM 8 untuk 6 inch berbanding sandwich biasa yang berharga RM 11 ke RM 13.
Breakfast Menu juga boleh digandingkan dengan kopi dengan tambahan RM 1 sahaja. Memang berbaloi!
Ada 4 breakfast menu yang boleh dipilih :
- Egg and Cheese – Sandwich sayur dengan telur dan keju. Sesuai untuk vegetarian.
- Chicken Slice, Egg and Cheese – Sandwich dengan hirisan ayam, telur dan keju
- Beef Strip, Egg and Cheese – Sandwich dengan daging, telur dan keju.
- Tuna, Egg and Cheese – Antara menu yang paling terhangat di Subway waktu sarapan pagi. Gabungan tuna dan telur memang sepadan dan cukup sepadan.
Dengan caj tambahan, anda juga boleh campurkan isi sandwich lain dan ekstra keju.
4. Pilih Sayur
Ada 9 jenis sayur boleh dipilih :
- Lettuce
- Tomato
- Timun
- Bell Pepper
- Bawang
- Black Olive
- Jalapenos (jeruk cili)
- Pickels (jeruk timun)
Tips : Boleh pilih semua sayur tanpa cas tambahan. Boleh request kalau nak sayur lebih tapi tak boleh banyak sangat nanti susah nak bungkus pesanan.
5. Pilih Sos
Ada 11 jenis sos yang boleh dipilih, tapi untuk pastikan sandwich kekal sedap, lebih baik pilih maksimum tiga sahaja.
Ada sos yang biasa kita dengar, ada yang tak pernah.
Boleh semak di bawah sebagai panduan :
- Sos Cili
- Sos Tomato
- Mayonnaise
- Thousand Island
- Honey Mustard – Rasa manis dan berlemak
- BBQ Sauce – untuk tambah rasa ‘smoky’ pada sandwich
- Chipotle Southwest – Rasa pedas dan masin
- Ranch Dressing – Rasa seakan mayonnaise, tapi lebih masam. Sesuai juga untuk dipadankan dengan salad.
- Mustard – Rasa masam dan rasa macam kunyit
Anda juga boleh tambahkan minyak zaitun (olive oil), garam dan lada sulah (salt & pepper) pada sandwich anda.
Hmmm….
Banyak juga nak ingat tu kan?
Kalau malas nak pening kepala, apa kata guna mudah untuk order Subway yang dikongsikan oleh bekas staf di Subway ni.
Tips Tambahan Oleh Bekas Pekerja Subway
Promosi Terkini Subway Malaysia
Memang tak dinafikan harga sandwich di Subway sedikit mahal.
Tapi kalau tahu cara order Subway ikut promosi, anda boleh dapatkan sandwich dengan harga lebih murah.
Promosi harian pun ada – Anda boleh dapatkan harga istimewa RM 10.90 setiap hari untuk menu sandwich BBQ Chicken, Veggie Deluxe, Seafood Sensation dan Meatball Marinara.
Everyday Value Combo ini juga didatangkan dengan air. Memang jimat kan?
Kalau tak berapa gemar 4 menu di atas, anda boleh beli sandwich dengan lebih murah mengikut hari tertentu dengan promosi 7 Flavours, 7 Days.
Dari Isnin hingga Ahad ada menu Subway masing-masing yang dijual dengan harga RM 9.90 sahaja!
Kalau dah tahu cara order Subway, bolehlah makan Subway ramai-ramai dengan kawan atau isi keluarga.
Jom dapatkan penjimatan dengan Subway Family Bundle dengan harga bermula RM 39.90.
Jangan lepaskan promosi terkini daripada Subway dengan layari laman web Subway Malaysia.
Kini dengan adanya Subway, semua orang boleh nikmati makanan sihat yang lazat!
Sumber :