Cara Order Numee Gardenia Untuk Doorgift. Harga RM1.50 Je, Berbaloi!
CARA ORDER NUMEE GARDENIA GIFTBOX UNTUK DOORGIFT (2021)
Majlis dah boleh diteruskan, tapi mungkin masih ramai lagi yang mencari doorgift yang sesuai untuk tetamu.
Maklumlah dalam tempoh PKP ni kita mesti nak berjimat, tapi dalam berjimat tu tentu nak pilih barangan yang berbaloi, cantik dan boleh digunakan oleh tetamu kan?
Jangan risau, apa kata cuba order mee kuning Gardenia (Numee Giftbox) ni sebagai doorgift.
Kalau dulu orang order roti Gardenia, sekarang Gardenia juga dah keluarkan mee kuning Numee, dan harganya juga jauh lebih murah iaitu RM1.50 saja termasuk kotak.
(Kalau Roti Gardenia sebungkus harganya dalam RM2.65).
Baca juga: Cara Order Starbucks Sedap & Harga Berpatutan. (Bonus : Menu Custom Drink Dengan Harga)
Cara Order Numee Gardenia Doorgift
Jika berminat, boleh hubungi Jabatan Jualan Gardenia di talian 03-51613228!
Untuk dapatkan NuMee pada harga RM1.50 bersama giftbox PERCUMA ini, cuma perlu buat tempahan minima sebanyak 50 pek sahaja.
Semuanya ada 4 design kotak, macam dalam gambar di bawah ni.
Ini contoh gambar salah satu design di atas.
Gambar dari jarak dekat.
Ok sangat kan?
Jangan tunggu lagi, jom tempah Numee Gardenia Giftbox ni direct dari Gardenia sementara stok masih ada.
Nanti melepas Mak Ngah, Kak Cik dan Mak Long nak merasa NuMee dari doorgift majlis anda.
Tetapi ingat ya, sentiasa ikuti SOP untuk majlis keramaian yang ditetapkan!
*Info lanjut: Numee Gardenia
Baca juga: Cara Print & Isi Borang Poslaju Online (e-Connote /e-Konsainan)