Dah Kecut Jangan Buang, Boleh Kembang & Wangi Kalau Rendam. Jimat!
TIPS RENDAM GLADE SCENTED GEL, BOLEH KEMBANG & WANGI LAGI WALAUPUN DAH KECUT
Ramai tak yang guna pewangi jenis gel macam ni?
Selalu bila gel pewangi ni dah kering dan mengecut kita terus buang je kan…
Tapi ada satu tips yang dikongsikan oleh Aine Soaudi ini, kalau kita rendam gel pewangi yang dah kecut ni semalaman, ia akan kembang balik dan masih wangi!
Menarik kan? Dapat jimat banyak sebab boleh pakai dalam 2-3 minggu lagi sebelum beli yang baru.
Jom kita tengok perkongsian penuh tips rendam gel pewangi Gel Scented Glade ini.
Cara Rendam Glade Scented Gel Yang Dah Kecut
Satu tips Yong nak share, bila kering rendam gel dalam air semalaman.
P/S: Sekali saja rendaman lepas tu bila dah kecut boleh letgo.
Ini gel pewangi yang dah kecut tu.
Saya rendam dalam air biasa semalam.
(Dalam 12 jam macam tu lah atau bila nampak dah kembang tu boleh angkat.)
Taraaa esok nya akan kembang balik dan bau wangi tu masih elok ya walaupun mungkinlah tak sekuat macam baru beli tu.
Bolehlah jimat dan pakai dalam 2-3 minggu lagi.
Baca juga: 16 Channel Youtube Terbaik Untuk Anak. Best & Banyak Boleh Belajar!
Memang Jimat & Menjadi!
Wah, nampaknya ramai yang suka dengan idea ini dan ada yang dah cuba dah pun…
Hasilnya memang memuaskan dan masih ada bau wangi lagi tau!
So lepas ni bolehlah kita sama-sama berjimat dan cuba tips rendam Glade Scented Gel ini.
Mudah je… Tak percaya? Kenalah try dulu!
Baca juga: Kreatif! Ibu Ini Cipta 37 Aktiviti Bersama Anak Yang “Fun” Sepanjang PKP
*Kredit: Aine Saoudi