16 Channel Youtube Terbaik Untuk Anak. Best & Banyak Boleh Belajar!

16 Channel Educational Di Youtube Yang Best Untuk Anak (2021)

Dalam zaman serba moden begini, memang diakui tak mudah untuk ibu bapa menidakkan penggunaan gajet atau peranti elektronik kepada anak-anak.

Ianya bukan saja memudahkan ibu bapa, tetapi ia juga digunakan sebagai medium pendidikan yang berkesan dan lebih menarik minat mereka.

Di sini kami senaraikan 16 Channel Educational di Youtube yang menarik untuk ibu ayah tonton bersama anak-anak di rumah hasil perkongsian Facebook oleh Hanis Athirah Rusli.

Semuanya memang menyeronokkan, selamat ditonton oleh anak kecil terutamanya ketika cuti sekolah akhir tahun yang panjang sekarang ni.

Baca juga: Takwim Persekolahan 2021: Tarikh Perayaan & Cuti Sekolah 2021

Setiapnya mempunyai kelebihan tersendiri dan kontennya dapat membantu mereka belajar Sains, Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Arab, dan macam-macam lagi.

Jom tengok senarai tersebut di bawah ini.

16 ‘Educational Channel’ Di Youtube Untuk Anak. Memang Best!

1. LEARN WITH ZAKARIA – Boleh belajar Bahasa Arab, Huruf Arab dan hafazan surah-surah pendek. Yang ni best sangat. Rasa tak bersalah bila anak tonton. Bukan je anak, mama pun boleh recall balik Bahasa Arab yang belajar zaman sekolah dulu

2. OSRATAUNA TV – Sama dengan Channel ni, best sangat Muslim Kid Video ni Ada lagu lagu kanak-kanak dalam Bahasa Arab

NAT GEO KIDS – Ni semua tahu best sangat dan sesuai bagi anak tonton. Sebab bila anak tonton makhluk Allah dan ciptaan Allah yang real dan sukar kita nak tunjuk live, anak akan rasa terpegun dan kagum dengan ciptaan Allah.

https://www.youtube.com/watch?v=zRWB_MauCGY&list=PLQlnTldJs0ZRkwC_8OxeiawRFpm19KLof&index=3

NUMBERBLOCKS – Numberblocks memberi visual yang menarik untuk anak-anak memahami konsep nombor dengan lebih jelas dan seronok. Contohnya, mereka boleh ‘tangkap’ konsep pengiraan gandaan 2, gandaan 10, penambahan dan penolakan secara visual. Ini antara Channel Youtube untuk anak yang paling mereka teruja nak tengok apabila mereka diberi screen time.

ALPHABLOCKS – Lebih kurang macam Numberblock, Alphablocks pula menekankan pengenalan terhadap Huruf (Alphabets). Ia mengajar anak-anak untuk mengenal bunyi dan Phonics supaya mereka familiar dengannya. Banyak sight words yang digunakan adalah mudah untuk membantu mereka cepat membaca.

PEEKABOO KIDZ – Peekaboo Kidz ni kontennya lebih kepada Sains dan Pengetahuan Am. Contohnya ‘Why Do We Forget’, atau ‘What Causes Bad Breath’ yang mungkin kita sebagai ibu bapa pun susah nak terangkan pada anak-anak. Yang ni kalau anak umur 5 tahun ke atas sangat sesuai. Kita pun boleh sama-sama tambah pengetahuan juga sambil tonton dengan anak!

SMILE AND LEARN ENGLISH – Channel Youtube untuk anak yang ini pun dipenuhi dengan fakta sambil belajar English. Macam-macam topik boleh belajar contohnya Sains dan Pengetahuan Am.

KASTARI SENTRA – Channel Indonesia berunsur Islamik. Best comel je sambil belajar huruf Hijaiyah. Banyak sangat konten yang menekankan nilai murni dan Al-Quran untuk kanak-kanak. Ada juga Doa Harian dan Asmaul Husna untuk anak-anak.

ALIF SOFIA – Animasi tempatan pun ada juga konten Islamik yang baik contohnya Alif dan Sofia. Perkara asas dalam Islam contohnya Rukun Islam, Rukun Iman pun cepat anak-anak dapat tangkap dan hafal bila dengar melalui Channel ni. Sebab anak-anak lagi senang tangkap bila dengar lagu kan.

https://www.youtube.com/watch?v=KfTCcHE_m1o

OMAR & HANA – Ramai kanak-kanak kat Malaysia kenal Omar Hana ni kannn. Rasanya tak perlu diperkenalkan lagi. Koleksi lagu anak-anak Islam ini dihasilkan oleh Digital Durian. Omar & Hana padat dengan kandungan mengenai ciri-ciri Islam yang baik dan nilai-nilai moral.

THE BAZILLIONS – Channel ni banyak belajar Grammar English. Macam-macam video yang disampaikan dalam bentuk interaktif comel.

LINGO KIDSBesttt! Highly recommended sebab boleh perbanyakkan vocabulary (kosa kata) anak-anak. Dah lah kartun comel.

https://www.youtube.com/watch?v=Pu0BXUrJvzQ

JACK HARTMANN – See It, Say It, Sign It. Haaa ni kalau tonton kita sekali gerak-gerak tangan joget macam Mr Jack NI. Kalau dengar memang terngiang-ngiang je. Sambil tu boleh ajak anak-anak melompat ikut gaya dia. Barulah keluar peluh sikit. Besttt! Banyak anak boleh belajar English dari Channel ni.

KIDS LEARNING TUBE – Yang ni pun antara Channel Youtube untuk anak yang sangat menarik dengan konten yang solid. Paling suka lagu ‘Countries Of The world With Flags’. Lagu ‘Malaysia Geography’ pun ada. Patriotik bila tonton. Lagu dia pun santai.

ART FOR KIDS HUB – Mama jangan risau kalau tangan keras tapi anak-anak suka melukis. Boleh bagi anak belajar lukis step-by-step. Best sangat. Macam hari tu search How To Draw Zebra. Nampak je simple tapi bila kita nak lukis susah jugak kalau tak ada idea kan. So bila dapat idea dari video ni boleh tiru sikit-sikit.

THE STORYTIME FAMILY – Comel sangat gaya penyampaian Read Aloud yang dibuat. Kita pun suka dengar sebab bolehlah betulkan cara sebutan dan bacaan kita sama. Secara tak langsung, dapat galakkan anak membaca dan sukakan buku cerita, kan?

Menarik, kan?

Pssss. Post ni bukan nak hasut ibu-ibu bagi anak-anak tonton YouTube Kids semata yaa. Sebaik mana pun Video, ilmu yang ibu berikan direct paling terbaik. Apa-apa kena limit screen time yaa!

Dan paling penting mesti wujudkan komunikasi 2 hala semasa menonton. Senarai ini adalah dikompilasikan melalui cadangan ibu-ibu di Facebook Idea Homeschool Anak. Jadi ini antara Channel Youtube untuk anak yang padat dengan ilmu pengetahuan untuk anak-anak.

Jadi ibu ayah bolehlah sama-sama tonton video berbentuk pendidikan ini bersama anak-anak.

*Rujukan sumber dari posting asal Hanis Athirah Rusli dan telah diubahsuai serta ditambah konten oleh HarianPost.my.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: