Permohonan Rumah Rumah Mampu Milik N9, Port Dickson Dari RM80,000
Untuk makluman, Permohonan Rumah Mampu Milik Di N9 iaitu Type A Taman Quasar, Bandar Springhill, Daerah Port Dickson kini dibuka.
Dasar Perumahan Negeri Sembilan menggariskan empat (4) perkara utama dalam
Perumahan Mampu Milik iaitu komponen pembangunan dan harga perumahan,
komposisi pembangunan perumahan, keluasan dan saiz perumahan serta pemilikan dan kuota bumiputera.
Sebanyak 50% daripada keseluruhan kawasan pembangunan perumahan adalah ditetapkan sebagai perumahan mampu milik.
Berikut adalah info tentang pemaju dan unit rumah berkenaan.
Syarat Permohonan Rumah Mampu Milik Type A, Bandar Springhill, Port Dickson, N9
- Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM3,500 Sebulan
- Keutamaan diberikan kepada pemojon yang menetap atau bekerja di dalam daerah Port Dickson serta telah berkahwin.
- Keutamaan kepada pemohon yanh belum memiliki rumah atau tanah.
- Permohonan yanh tidak lengkap, tidak disertakan dejgan salinan dokumen-dokumen seperti yang diminta (Bahagian J) serta tidak mematuhi ketetapan akan ditolak.
Baca juga : Cara Mohon Rumah PPR Serendah RM35K, Sewaan RM124/ Sebulan
Cara Permohonan Rumah mampu Milik N9
PERHATIAN!
*SILA BACA DAN FAHAMI KENYATAAN DIBAWAH SEBELUM MENGISI BORANG PERMOHONAN.
- Sila baca dengan teliti dan pastikan maklumat yang diisi adalah betuk dan sama seperti di dalam dokumen yang dimuat turun.
- Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan jelas. Borang permohonan yanh tidak jelas dan lengkap akan ditolak.
- Sertakan salinan dokumen yang berkaitan dan dikehendaki kepada alamat e-mel berikut: [email protected].
- PASTIKAN SALINAN DOKUMEN JELAS DAN BOLEH DIBACA. PERMOHONAN AKAN DITOLAK SEKIRANYA DOKUMEN KABUR, TIDAK JELAS DAN TIDAK BOLEH DIBACA.
Pilihan Lot & Harga
PEMOHON ADALAH DIBENARKAN MEMBUAT 1 PILIHAN LOT SAHAJA.
Pemohon juga dinasihatkan untuk membuat pilihan berdasarkan kemampuan kewangan seisi rumah.
- Lot tengah (intermediate): RM 80,000
- Lot tepi (end lot) : RM 80,000
- Lot tepi bertanah ( end lot with land) : RM100,000
- Lot penjuru (corner lot) : RM108,000 – RM 135,000
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan ini https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScZ5Etelci1-udBM8jeun-rpU4nTekBBtNR9ZH0ccZ79s4-Jw/viewform
atau
Terus bungi pemaju, West Synergy Sfn Bhd seperti dalam butiran di bawah.