5 Tips Elak Air Rebusan Melimpah Keluar Semasa Merebus!

Merebus merupakan salah satu teknik masakan yang sering dilakukan oleh orang ramai. Antaranya adalah merebus daging, sayuran, telur, spegeti dan lain-lain lagi. Namun, pernahkah anda mengalami masalah air rebusan melimpah ketika merebus sesuatu?

Ini kerana air rebusan yang melimpah keluar dari periuk akan menyebabkan kawasan dapur menjadi comot dan kotor. Oleh itu, terdapat banyak helah untuk mengelakkan air rebusan daripah melimpah keluar.

Antaranya adalah:

1. Jangan menggunakan suhu tinggi.

Berita Jangan Rebus Air Yang Sudah Matang Terbaru Hari Ini - Sajian Sedap
Kredit gambar: Sajian sedap

Anda boleh perlahankan api masakan semasa merebus makanan supaya air rebusan tidak melimpah keluar. Teknik ini boleh gunakan semasa anda memasak makanan yang berasakan santan dan susu supaya kedua bahan ini tidak pecah minyak dan kekal berlemak.

2. Gunakan sukatan air yang tepat.

Ingin Sehat Jangan Konsumsi 5 Jenis Air Berikut, Nomer Terakhir Sering  Nggak Sadar
Kredit gambar: Grid.ID

Sukatan air yang tepat dan tidak terlalu banyak juga adalah salah satu teknik untuk mengelakkan air rebusan daripada melimpah keluar. Jika anda ingin menambah air didalam masakan anda, pastikan kuantiti air itu tidaklah terlalu penuh.

3. Sentiasa kacau.

5 Tips Agar Air Rebusan Tidak Meluap, Gak Perlu Panik Lagi!
Kreditn gambar: Cookinglight.com

Untuk mengelakkan daripada air rebusan melimpah keluar, anda juga perlu sentiasa kacau masakan itu. Teknik ini juga boleh dilakukan sesama memasak makanan yang bersantan dan susu supaya bahan-bahan itu tidak pecah minyak.

4. Jangan tutup periuk.

5 Cara Rebus Ayam Cepat Empuk & Masak Sempurna.
Kredit gambar: RASA

Semasa merebus, anda tidak digalakkan untuk menutup periuk. Ini kerana, semasa periuk ditutup, wap akan semakin panas dan menyebabkan penglimpahan air berlaku. Manakala jika periuk yang tidak ditutup pula akan membantu dalam pengeluaran wap panas.

5. Letakkan senduk kayu diatas periuk.

Kredit gambar: Twitter Damia

Selain itu anda juga boleh meletakkan senduk kayu diatas permukaan periuk untuk mengelakkan daripada air rebusan melimpah keluar. Cara ini mungkin ada sudah biasa dengar dan menjadi salah satu tips orang zaman dahulu.

Boleh juga lihat video penuh dibawah salah satu tips yang menggunakan senduk kayu yang viral di Twitter.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: