in

Barang Rosak / Hilang? Ini Cara Buat Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM)

tuntutan tribunal pengguna malaysia
ADVERTISEMENT

Pelanggan yang berdepan masalah kerosakan barang kiriman boleh memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) jika aduan dan tuntutan kepada peniaga serta syarikat penghantaran barang gagal menemui penyelesaian.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid, berkata tuntutan ke TTPM adalah langkah terakhir sekiranya gagal mendapat penyelesaian antara pengguna dan pihak berkaitan.

Sebagai satu saluran alternatif kepada mahkamah sivil, bidang kuasa tribunal adalah untuk pengguna menuntut tebus rugi berkenaan pembelian barang atau perkhidmatan yang dibenarkan di bawah bidang kuasa, jumlah amaun tuntutan tidak melebihi RM50,000 dan tuntutan yang dijelaskan dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.

Jumlah tuntutan tidak melebihi RM50,000 itu berkuat kuasa selepas Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Pengguna (Pindaaan) 2019 diluluskan di Dewan Rakyat pada 8 Julai 2019 bagi menggantikan jumlah lama tidak melebihi RM25,000.

Ramai juga yang memberi respon berkongsi pengalaman mereka yang telah berjaya di Tribunal Pengguna! Tahniah!

ADVERTISEMENT
Sumber: Facebook JumpaKatMahkamah.com

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dan cara membuat tuntutan TTPM untuk makluman bersama.

Apakah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)?

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 [Akta 599]. Tribunal beroperasi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Objektif utama penubuhan Tribunal adalah untuk menyediakan saluran alternatif kepada pengguna untuk memfailkan tuntutan  tebus rugi secara mudah, murah dan cepat

Jenis Tuntutan Yang Boleh Difailkan

Had Amaun Tuntutan Yang Dibenarkan

Jumlah amaun tuntutan yang dibenarkan adalah tidak melebihi RM50,000 dan tuntutan yang dijelaskan dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.

Cara Buat Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM)

Pengguna boleh memfailkan tuntutan dengan menggunakan cara-cara berikut:

(i)  hadir di kaunter TTPM di seluruh negara.
(ii) pemfailan secara online di https://ttpm.kpdnhep.gov.my.

tuntutan tribunal pengguna malaysia

Secara ringkasnya, prosedur pemfailan dan pendaftaran sesuatu tuntutan adalah seperti berikut :-

Langkah 1:

Pergi ke laman sesawang https://ttpm.kpdnhep.gov.my/portal/home kemudian click pada kotak 3 garisan yang berada pada atas kanan skrin anda. Kemudian klik log in.

aduan tribunal

Langkah 2:

Daftar akaun anda dengan memasukkan nama, nombor kad pengenalan, alamat tempat tinggal. Tiada bayaran.

Bila dah selesai, login semula menggunakan username & kata laluan yang anda telah cipta sendiri.

Langkah 3:

Klik pada fail tuntutan dan isi maklumat diri anda. Setelah selesai, masukkan nama pihak yang anda mahu saman itu (penentang).

Anda mesti mempunyai maklumat pihak tersebut seperti nama individu/syarikat, nombor pendaftaran dan alamat mereka. Jika ia adalah syarikat, boleh buat carian online SSM di https://www.mydata-ssm.com.my/homePage

tuntutan aduan tribunal

Langkah 4:

Setelah selesai memasukkan maklumat pihak-pihak, anda bolehlah terus ke keterangan tuntutan dan nyatakan jenis transaksi anda serta apakah tuntutan anda ke atas pihak penentang.

Anda juga boleh menyertakan dokumen sokongan seperti gambar atau video untuk menyokong tuntutan anda.

Langkah 5:

Setelah selesai, anda bolehlah buat bayaran pendaftaran. Cuma RM5 sahaja. Tribunal akan mengarahkan anda untuk menyerahkan saman ini kepada penentang. Anda boleh serah secara personal (by hand) atau menggunakan pos berdaftar.

Kemudian hadir ke Tribunal pada tarikh yang telah ditetapkan untuk mengemukakan kes anda di hadapan Pengerusi Tribunal.

Bagaimana, mudah kan? Tak perlu lagi ke pejabat TTPM untuk daftar kes, semua online sahaja. Murah, mudah & cepat!

tuntutan tribunal pengguna malaysia

Baca juga: 9 Tips Pilih Durian Banyak Isi, Sedap & Tak Keras. Baru Berbaloi!

BORANG 2 (PEMBELAAN / TUNTUTAN BALAS – JIKA ADA)

Borang 2 hendaklah difailkan dalam 4 salinan di pejabat Tribunal yang sama di mana Borang 1 difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penentang menerima Borang 1;

Bayaran bagi pemfailan Borang 2 adalah sebanyak RM5.00 dan resit resmi akan dikeluarkan kepada penentang;

Borang 2 akan didaftarkan, ditarikhkan, ditandatangani dan dimeterai dengan meterai Tribunal oleh Setiausaha Tribunal. Dua salinan Borang 2 yang telah dimeterai akan dikembalikan kepada penentang untuk serahan satu salinan kepada Pihak Yang Menuntut.

Pihak yang menuntut yang telah menerima Borang 2 daripada penentang hendaklah membuat pembelaannya kepada tuntutan balas penentang (jika ada) dalam Borang 3 yang boleh didapati secara percuma daripada pejabat Tribunal;

BORANG 3

Borang 3 hendaklah difailkan dalam 4 salinan di pejabat Tribunal yang berkenaan dalam masa 14 hari dari tarikh pihak yang menuntut menerima Borang 2. Tiada fi pemfailan bagi Borang 3.

Borang 3 akan didaftarkan, ditarikhkan, ditandatangani dan dimeterai dengan meterai Tribunal oleh Setiausaha Tribunal dan 2 salinan Borang 3 yang telah dimeterai akan dikembalikan kepada Pihak Yang Menuntut untuk diserahkan satu salinan kepada penentang.

Perhatian:

Borang-Borang 1, 2, 3 dan 12 boleh juga didapati melalui laman web : www.kpdnhep.gov.my atau https://ttpm.kpdnhep.gov.my

Panduan/Senarai Semakan mengenai cara pengisian Borang 1, 2, 3 dan 12 boleh juga didapati daripada Pejabat Tribunal.

NOTA: Pengguna perlu membuat laporan kepada syarikat penghantaran barang terlebih dulu atau merujuk kepada peniaga yang kemudiannya akan memeriksa dengan syarikat penghantaran barang. Namun, jika ia tidak dapat diselesaikan pengguna yang teraniaya boleh memfailkan tuntutan ke TTPM bersama bukti dan dokumen lengkap.

tuntutan tribunal pengguna malaysia

Baca juga: Kenapa Ada Orang Boleh Dijangkiti Covid-19 Untuk Kali Kedua?

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan tindakan yang perlu dilakukan bagi membuat proses tuntutan, sila rujuk di pautan berikut: https://www.kpdnhep.gov.my/ms/kepenggunaan/hak-pengguna/tribunal-tuntutan-pengguna-malaysia/latar-belakang-tribunal.html

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

No.13, Aras 5 (Podium 2),
Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 Putrajaya, Malaysia.
Telefon: 03 – 8882 5822
Faks: 03 – 8882 5831
Laman web: Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

Rujukan: Facebook JUMPAKATMAHKAMAH.com, KPDNHEP

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Resepi Popia Basah Homemade. Lengkap Dengan Cara Buat Kulit Popia.

MediaTek Melancarkan Lagi Cip Terbaharu?Ketahui Lebih Lanjut Disini