Permohonan Nikah Online & Prosedur Isi Borang Nikah SPPIM

CARA ISI BORANG NIKAH ONLINE SPPIM

Tahukah anda, permohonan berkahwin kini boleh dilakukan secara online melalui Portal SPPIM ( Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia).

Di sini kami kongsikan prosedur untuk anda yang nak bernikah tu, sebab tak nak nanti ada yang kecewa dan stres bila terpaksa ulang-alik ke kariah / Pejabat Agama.

Jom fahamkan prosedurnya!

ASAS MEMOHON KEBENARAN NIKAH YANG ANDA PERLU TAHU

  1. Anda boleh mula sediakan dokumen-dokumen penting permohonan anda dalam masa 6-3 bulan dari tarikh akad nikah yang anda rancang atau tetapkan.
  2. Selesaikan dulu perkara yang akan memakan masa seperti:
    • Kursus kahwin samaada kursus secara online atau semuka.
    • Result test HIV (valid 6 bulan).
    • Wali dan dapatkan dokumen penting wali – adakah anda ada wali? IC wali, surat nikah ibu bapa atau sijil kematian wali.
  3. Dalam masa 3 bulan – daftar dalam sistem permohonan online Jabatan Agama Islam negeri (sistem ikut negeri @ SPPIM).
  4. Untuk kebanyakan sistem permohonan online negeri, anda “tidak boleh daftar lebih awal dari 90 hari” dari tarikh akad nikah.
    • Sekiranya anda daftar lebih awal dari 90 hari dari tarikh akad nikah anda dan tiada borang atau dokumen dihantar kepada PAID atau Jabatan Agama Islam Negeri – maklumat anda dalam sistem permohonan online akan expired.
      Jadi, anda kena daftar semula.
  5. Anda perlu isi semua maklumat yang perlu dalam borang permohonan online dan print.
  6. Pastikan anda sediakan semua dokumen yang perlu seperti yang ada dalam senarai atau checklist dalam sistem permohonan online.
  7. Bawa borang beserta dokumen dan jumpa Penolong Pendaftar Nikah kariah atau Imam Jurunikah di kariah masjid anda untuk buat pengesahan.
  8. Bagi negeri-negeri selain Wilayah Persekutuan (KL, Labuan dan Putrajaya) – anda perlu bawa 2 saksi sewaktu jumpa Penolong Pendaftar Nikah kariah atau Imam Jurunikah kariah di kariah masjid anda untuk buat pengesahan.
Sumber gambar: Berita Harian

Sistem Permohonan Kebenaran Berkahwin Di Malaysia

SISTEM YANG DIGUNAKAN OLEH JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI UNTUK PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN DI MALAYSIA

1. Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya), Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka , Selangor dan Johor – www.sppim.gov.my

2. Pulau Pinang – http://emunakahat.penang.gov.my

3. Kelantan – http://eqaryah.jaheaik.gov.my

4. Sarawak – http://e-munakahat.sarawak.gov.my

5. Pahang – https://emunakahat.pahang.gov.my atau Pejabat Agama Islam daerah (PAID)

6. Terengganu – http://emunakahat.terengganu.gov.my atau Pejabat Agama Islam daerah (PAID)

7. Sabah – Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)

Ringkasan Prosedur Hantar Borang Nikah SPPIM

Bagi mengelakkan anda pening, kami ringkaskan prosedur memohon kebenaran nikah online seperti berikut:

  1. Isi Borang Nikah Online di SPPIM
  2. Buat HIV test & kursus kahwin
  3. Lelaki pergi kariah
  4. Lelaki submit borang dekat PAID
  5. Lelaki pass borang lengkap pada Perempuan
  6. Perempuan pergi kariah
  7. Perempuan submit borang dekat PAID

NOTA PENTING

  • Bagi pemohon perempuan, wajib bawa wali sekali.
  • Sekiranya anda dan pasangan berlainan kariah, daerah atau negeri – pemohon perempuan perlu tunggu pemohon lelaki dapatkan surat kebenaran nikah terlebih dahulu.
  • Setelah pemohon perempuan dapat surat kebenaran nikah dari pemohon lelaki – barulah pemohon perempuan dapat jumpa Penolong Pendaftar Nikah kariah atau Imam Jurunikah kariah di kariah masjid anda untuk buat pengesahan borang dan dokumen.
  • Setelah anda dapat pengesahan borang serta dokumen dari Penolong Pendaftar Nikah kariah atau Imam Jurunikah kariah – barulah anda dapat hantar borang serta dokumen yang telah disahkan kepada PAID atau Jabatan Agama Islam Negeri.
  • Dengan borang serta dokumen yang telah disahkan tersebut – PAID atau Jabatan Agama Islam Negeri akan keluarkan surat kebenaran berkahwin untuk anda.
  • Setelah itu, anda sudah boleh book Penolong Pendaftar Nikah kariah atau Imam Jurunikah kariah di tempat anda hendak melangsungkan majlis akad nikah.
  • Setiap negeri mempunyai sedikit perbezaan proses dan prosedur permohonan kebenaran nikah.
  • Untuk test HIV, setiap klinik KKM juga mempunyai sedikit perbezaan proses atau peraturan dari segi tarikh, masa serta dokumen yang diperlukan sewaktu test HIV. (Temujanji boleh dibuat melalui MySejahtera – Rujuk cara-cara membuat temujanji di sini: Cara Tempah Temujanji Saringan Pra Perkahwinan Di MySejahtera)

CARA ISI BORANG NIKAH ONLINE (SPPIM)

Berikut dikongsikan cara nak isi borang nikah secara online menggunakan web SPPIM.

Sebenarnya tak susah pun nak isi borang ni. 20 minit pun dah boleh selesai kalau maklumat lengkap dah ada.

Yang nak jadi susah tu , bila takda maklumat macam maklumat wali, maklumat kariah dan sebagainya.

Okeylah , Ni panduan untuk awak semua yang nak menikah nanti.

PANDUAN ISI BORANG NIKAH ONLINE (SPPIM)

LANGKAH 1

Layari Portal Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) di pautan https://www.sppim.gov.my/

Dan klik BENAR NIKAH ONLINE (ikon sebelah kanan dalam gambar di bawah ni).

borang nikah online

LANGKAH 2

Kemudian , klik PERMOHONAN BARU. Ni untuk yang pertama kali nak isi borang.

Untuk carian pemohon tu , kalau yang dah isi , nak edit semula maklumat. Just masukkan no ic dan no BNO anda.

borang nikah online

LANGKAH 3

Kemudian isi semua detail

  • Maklumat Pemohon Laki
  • Maklumat Pemohon Perempuan
  • Maklumat Kebenaran
  • Maklumat Wali

WAJIB ISI SEMUA YANG BERTANDA *

sppim

Dah selesai semua , klik hantar 

LANGKAH 4

Kemudian klik saya bersetuju. Pastikan semua maklumat yang diberi adalah betul.

LANGKAH 5

Sila cetak borang dan cetak senarai semak.

** kalau kedua dua pemohon dari negeri yang perlu isi SSPIM akan ada borang untuk kedua dua pemohon
** borang perlu dicetak dalam dua salinan – tak kisah berwarna mahupun hitam putih
** borang yang tak lengkap/tidak benar perlu diisi semula

sppim

**PERINGATAN**
PASTIKAN ANDA MENYIMPAN NO RUJUKAN ( BNO )

LANGKAH 7

Senarai semak. Wajib sediakan dokumen sebelum di hantar ke pejabat agama.

sppim

Baca juga: Elak Penyewa Tak Bayar, Ini Cara Daftar Nama Penyewa Di Bil TNB Online

MAKLUMAT TAMBAHAN / PANDUAN PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH ONLINE

  1. Permohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika:
  • Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Johor dan Selangor.
  • Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM.
  • Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.

2. Permohonan Borang Nikah Online (BNO) perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau perempuan.

3. Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran berkahwin dimana status permohonan di dalam BNO adalah lulus.

4. Sebelum mengisi BNO, pastikan anda mempunyai maklumat perkahwinan dan maklumat wali.

5. Permohonan BNO hendaklah dibuat dalam tempoh 3 bulan (90 hari) sebelum tarikh cadangan pernikahan. Sekiranya melebihi 3 bulan (90 hari) secara automatik permohonan akan terbatal.

6. Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan BNO dan email selepas permohonan dibuat bagi tujuan semakan atau pengemaskini.

7. Pengemaskinian permohonan BNO hanya boleh dibuat selagi pemohonan lelaki belum diproses oleh PAID.

8. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada pihak PAID.

9. Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen sokongan sebagaimana di dalam senarai semak BNO bersama dengan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh pemohon, wali (bagi pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan.

10. Pastikan pemohon mengetahui kariah tempat tinggal/bermastautin. Bagi pasangan dari negeri selain dari Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Johor dan Selangor boleh pilih mana-mana kariah yang berhampiran dan ia tidak memberi kesan kepada sistem ini.

11. Pastikan status pemohon lelaki (Bujang, Beristeri, Duda) dan perempuan (Dara, Janda, Balu Thayyib) adalah betul.

12. Pastikan maklumat warganegara dan negara asal dikemaskini sekiranya pemohon atau pasangan bukan warganegara.

13. Pastikan alamat surat menyurat tepat dimana ini akan menentukan Pejabat Agama Islam Daerah yang berbidangkuasa dalam mengeluarkan Kebenaran Berkahwin.

14. Maklumat Ujian Saringan HIV tidak perlu diisi kerana Borang Pemakluman Ujian Sariingan HIV hanya boleh dicetak selepas permohonan online selesai diisi. Maklumat ujian boleh dikemaskini selepas pemeriksaan dijalankan.

Okey sekian. moga bermanfaat buat bakal-bakal pengantin sekalian.

Baca juga: Ujian Saringan HIV Praperkahwinan : Borang, Klinik & Prosedur

Sebarang permasalahan boleh berhubung terus dengan talian hotline SPPIM atau boleh hadir ke pejabat agama terdekat.

(Kredit: Kursus Pra Perkahwinan @ Linda Jaafar)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: