Cara Tempah Temujanji Saringan Pra Perkahwinan Di MySejahtera

blank

Cara Permohonan Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan secara online di MySejahtera berkuatkuasa 1 Januari 2023

Mulai 1 Januari 2023, Sistem Janji Temu Online Klinik Kesihatan KKM kini menyediakan perkhidmatan tempahan temujanji melalui aplikasi MySejahtera.

Ujian saringan HIV pra-perkahwinan boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan di Malaysia.

Tujuan utama ujian ini adalah bagi membolehkan individu mengetahui status HIV masing-masing, terutamanya di kalangan yang berisiko samada telah dijangkiti HIV atau sebaliknya dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar bagi mencegah transmisi penyakit ini kepada orang lain.

Mana-mana individu yang telah dijangkiti ini akan diberikan pendidikan kesihatan, kaunseling, rawatan dan sebagainya bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa dipelihara.

Baca juga: Cara Semak Wang Tak Dituntut Online Di Jabatan Akauntan Negara (eGUMIS)

blank

Cara Membuat Tempahan Slot Temujanji Ujian Saringan Pra Perkahwinan Online Melalui MySejahtera

Cara-cara membuat tempahan slot temujanji klinik menggunakan aplikasi MySejahtera boleh dirujuk melalui langkah-langkah di bawah.

  1. Muat turun dan login ke aplikasi MySejahtera
  2. Pergi ke menu ‘Appointment’ / ‘Temujanji’
  3. Pilih individu yang ingin hadir ke klinik.
  4. Pilih perkhidmatan yang ditawarkan.
  5. Pilih lokasi Klinik Kesihatan.
  6. Tetapkan tarikh janji temu selewat-lewatnya 24 jam sebelum tarikh yang dipilih.
  7. Isikan butiran diri anda selengkapnya mengikut ruang yang disediakan.
  8. Sila sahkan maklumat sebelum tekan butang ‘Hantar’.
  9. Pastikan hadir mengikut waktu janji temu yang ditetapkan.
blank
saringan pra perkahwinan mysejahtera
saringan pra perkahwinan mysejahtera

Prosedur Ujian Saringan HIV Pra perkahwinan Di Klinik Kesihatan Kerajaan

  • Bakal pengantin hendaklah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran serta  melengkapkan borang permohonan ujian Saringan HIV pra-perkahwinan yang boleh didapati di kaunter klinik kesihatan.
  • Ujian saringan HIV menggunakan kaedah ujian pantas (Rapid test) akan dilakukan oleh anggota klinik
  • Keputusan ujian saringan HIV dengan kaedah ujian pantas (Rapid test) boleh diketahui dalam masa 5 hingga 20 minit (bergantung kepada jenis kit yang digunakan). Keputusan  ujian saringan HIV akan dimaklumkan kepada bakal pengantin.

Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) TIDAK REAKTIF:

  • Bakal pengantin akan dimaklumkan tentang keputusan tersebut.
  • Bakal pengantin tidak perlu melalui kaunseling kecuali bagi mereka yang didapati berisiko untuk dijangkiti HIV.
  • Bagi bakal pengantin yang mempunyai risiko beliau diberi kaunseling dan perlu diberi temujanji untuk mengulangi semula ujian saringan HIV di Klinik Kesihatan dalam tempoh 3 – 6 bulan.

Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) REAKTIF:

  • Bakal pengantin akan diberi kaunseling serta ujian  pengesahan (confirmatory test) akan dilakukan dengan mengambil 5 ml darah. Keputusan ujian pengesahan HIV pada kebiasaannya akan mengambil masa selama 2 minggu. Oleh yang demikian bakal pengantin akan diberi temujanji untuk datang semula ke Klinik Kesihatan, dalam tempoh 2 – 3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling.
  • Keputusan ujian pengesahan dan kaunseling akan diberikan kepada bakal pengantin.
  • Keputusan ujian adalah samada bakal pengantin disahkan HIV positif (telah dijangkiti) atau negatif.

Baca juga: THiJARI: Cara Buat Rayuan Haji Online. Lagi Mudah & Cepat!

Dokumen Yang Perlu Dibawa

  • Kad Pengenalan / Pasport

Bakal pengantin boleh memuat turun borang ujian saringan dari pautan di bawah ini:

http://jknselangor.moh.gov.my/images/2020/borang/saringanhiv.pdf

ujian saringan hiv praperkahwinan

NOTA: Borang ini perlu diisi dalam 2 salinan dan dibawa ke Klinik Kesihatan semasa menjalani Ujian Saringan HIV Praperkahwinan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkaitan Ujian Saringan HIV Praperkahwinan, sila rujuk di Pejabat Agama Islam Negeri masing-masing dan Klinik Kesihatan terdekat anda.