Cara Buat Rayuan Haji Online 2022 Di THiJARI. Lagi Mudah & Cepat!

rayuan haji online thijari

Berita baik bagi pendaftar Haji dan pemegang Akaun Tabung Haji, kini anda boleh membuat rayuan Haji online mulai 19 April 2022.

Fungsi ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya oleh Tabung Haji pada 22 Disember bertujuan memudahkan bakal Haji untuk membuat proses rayuan.

Jika anda belum ada Akaun Tabung Haji Online (THiJARI), pastikan anda mendaftar terlebih dahulu dan meneruskan proses ini dengan mudah.

Di sini kami kongsikan langkahnya.

blank

Cara Daftar THiJARI Online

Pendeposit perlu memastikan mereka telah mengemaskini semua maklumat ahli (termasuk maklumat nombor telefon bimbit) di kaunter TH.

Nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Pendeposit TH diminta memastikan nombor telefon bimbit yang betul bagi mengelakkan masalah semasa proses log in sistem THiJARI.

Bagi mereka yang telah mengemaskini maklumat, capaian ke perkhidmatan ini boleh dibuat melalui www.thijari.com.my tanpa perlu ke kaunter TH.

3 langkah mudah bagi menggunakan THiJARI:

  1. Dapatkan capaian melalui www.thijari.com.my (telefon pintar/komputer/laptop dan lain-lain).
  2. Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
  3. Seterusnya, pendeposit perlu memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Pendeposit diminta memasukkan maklumat peribadi. Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI.

Rujuk langkah daftar Tabung Haji online step-by-step di sini: THiJARI: Cara Daftar Tabung Haji Online Tanpa Ke Kaunter

Cara Daftar Haji Online

Bagi yang belum tahu, anda boleh mendaftar Haji secara individu atau berkumpulan menggunakan aplikasi atau laman web THiJARI di www.thijari.com.my.

Jumlah simpanan minimum yang diperlukan untuk mendaftar haji adalah sebanyak RM1,300.00 sahaja.

Pendaftaran haji boleh dibuat secara online dengan melayari laman web THiJARI di pautan https://www.thijari.com.my atau melalui aplikasi mobile THiJARI.

Cara Buat Rayuan Haji Online Di THiJARI

Rayuan haji 1443H/2022M akan dibuka mulai Selasa, 19 April 2022.

Rayuan haji online boleh dibuat melalui laman web rasmi www.thijari.com.my

Langkah membuat rayuan adalah seperti berikut:

  • Langkah 1: Klik Perkhidmatan Haji
  • Langkah 2: Klik Rayuan Haji
  • Langkah 3: Klik Rayuan Permohonan Haji
  • Langkah 4: Baca Garis Panduan
  • Langkah 5: Klik ‘Saya Faham’
  • Langkah 6: Sila Pilih Kategori Rayuan Haji
  • Langkah 7: Masukkan No Akaun & No Kad Pengenalan
  • Langkah 8: Klik Ya / Tidak (Perakuan Istito’ah)
  • Langkah 9: Klik ‘Hantar’
  • Langkah 10: Muat Turun Surat Akuan

Selesai!

Sila rujuk video di bawah oleh Lembaga Tabung Haji.

Anda boleh membuat Semak Status Rayuan Haji Online setelah ianya diproses oleh Pihak Lembaga Tabung Haji.

Baca juga: Panduan Membaca Doa Qunut Dalam Solat Witir (Selepas Selesai Terawih)

Tempoh Rayuan Dibuka

Rayuan haji dibuka bermula 19 April 2022 sehingga 18 Mei 2022.

Muat Turun Aplikasi THiJARI

Untuk memudahkan urusan, sila muat turun aplikasi THiJARI melalui:

Maklumat Lanjut

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut berkaitanRayuan Haji Online melalui Aplikasi THiJARI, sila kunjungi Pejabat Cawangan TH yang berdekatan atau hubungi:

Tabung Haji Contact Centre (THCC)

Telefon : +603 – 6207 1919
Faks : +603 – 7728 4959
Emel : [email protected]

SMS : TH < jarak > sebarang pertanyaan dan hantarkan ke 33990
*setiap jawapan akan dicaj RM0.50

Waktu Operasi : 8:00 pagi – 6:30 petang 
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)