Ibu Hamil, Elakkan 2 Produk Ubat Ubat Batuk & Lozenge Ini – Dr Imelda

UBAT BATUK DAN SAKIT TEKAK UNTUK IBU HAMIL / MENGANDUNG & MENYUSU BAYI

Akhir-akhir ini memang musim batuk dan selesema – Ramai yang mula sakit tekak, batuk, demam dan selsema, termasuklah anak-anak dan ibu hamil.

Mungkin ada antara kita yang mengalami simptom ringan akan membeli ubat batuk biasa di farmasi. Bagi yang sakit tekak pula, telan gula-gula lozenge untuk melegakan rasa perit.

Tahukah anda, Dr telah menasihatkan ibu hamil supaya mengelakkan 2 produk ubat batuk dan lozenge ini bagi ibu hamil tau!

Perkara ini dikongsikan melalui sosial media Dr Imelda sendiri. Tapi, apa produk tu, dan kenapa ia perlu dielakkan?

Jadi bagi yang tengah hamil / mengandung tu, jom kita baca sepenuhnya saranan Dr Imelda Balchin ini.

Ibu Hamil, Elakkan 2 Produk Ubat Ubat Batuk & Lozenge Ini – Dr Imelda

Ramai patients saya, ibu hamil yang dah terjangkit virus wabak ni hantaq kat saya wasap, boleh kaa ambil ubat batuk PROSPAN dan boleh kaa telan lozenge DIFFLAM. Depa kata, depa dah pi beli dah dan dah telan dah, baru laa teringat nak tanya saya.

Mai nak habaq. TOKSAH. TOKSAH AMBIL.
Kalau dah terbeli, pi bagi kat orang lain yang tak mengandung dan tak menyusukan anak.

UBAT BATUK PROSPAN:

LOZENGE DIFFLAM

ubat batuk sakit tekak ibu mengandung

Kenapa Perlu Dielakkan?

Pengeluar kedua-dua ubat batuk dan lozenge ni, dah buat kenyataan, belum ada kajian perubatan yang membuktikan ia selamat di ambil oleh ibu hamil atau ibu yang menyusukan bayi. Jadi depa sendiri dah bagi nasihat janganlah ambil.

Kalau dah tertelan, toksah bimbang, sebab tiada juga bukti ia memudaratkan sebab tiada kajian. Jadi, toksah laa ambil lagi dan pi bagi kat orang lain yang tidak hamil dan tidak menyusukan bayi.

Untuk pengetahuan anda semua, kedua-dua ini bukan pun boleh menyembuhkan jangkitan virus. Ia hanya boleh melegakan symptom batuk dan sakit tekak. Ia tidak mencepatkan kesembuhan. Tak payah ambil pun takpa.

Apa yang sebenarnya menyembuhkan anda ialah sistem immune badan anda, tetapi anda mesti memberi masa untuk badan anda sembuh sendiri.

Sekiranya anda batuk sebab ada jangkitan bakteria, antibiotik boleh digunakan untuk membantu badan anda melawan bakteria. Tetapi jika anda batuk sebab ada jangkitan virus, tak guna ambil antibiotik sebab ia tak boleh lawan virus.

Pengecualiannya ialah jika jangkitan virus itu telah melemahkan badan anda dan menyebabkan anda dapat pula jangkitan bakteria. Inilah dinamakan viral infection with superimposed bacterial infection. Doktor yang memeriksa anda akan memberi nasihat untuk pesakit yang tiada superimposed bacterial infection tak payah lah ambil antibiotik.

CADANGAN UBAT YANG SESUAI UNTUK IBU HAMIL & MENYUSU BAYI:

Kalau ibu hamil atau ibu yang menyusukan bayi mahukan sesuatu untuk melegakan symptom saya cadangkan strepsils lozenge, yang selamat.

Boleh juga ambil ubat Mucolix atau Bromhexine jika ada kahak dan tekak yang tidak selesa.

Tapi, janganlah ambil ubat batuk berherba, itu semua pun tiada kajian membuktikan keselamatannya untuk bayi anda.

Petua Melegakan Batuk Dan Sakit Tekak Tanpa Ubat Untuk Ibu Hamil & Menyusukan Bayi

Hari ini saya nak bagi satu petua natural remedy tanpa ubat untuk melegakan batuk dan sakit tekak untuk ibu hamil dan ibu yang menyusukan bayi, dan juga kepada followers lain yang mahukan kaedah natural remedy.

Ambil satu sudu madu bersama dua atau tiga sudu perahan lemon dan kacau ke dalam satu gelas air suam dan minum. Sangat melegakan! Inilah caranya Pak Mart dan saya selalu buat jika dapat batuk selsema. Memang best.

ubat batuk ibu mengandung

Anak-anak kami dari kecil sampai Besar jika ada batuk selsema, kami beri mereka air suam bersama honey dan lemon.

Tetapi, perlu ingat satu saja larangan, jangan bagi madu kepada bayi sebelum usia 1 tahun, sebab sudah ada kajian yang menunjukkan di dalam 10% madu, terdapat spora botulinum yang boleh memudaratkan bayi.

Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda.

Dr Imelda Balchin
Pakar Obstetrics & Gynaecology
Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine
Masters in Public Health

Sumber: Facebook Dr Imelda Balchin

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: