Kad Kredit Maybank: Cara Mohon Maybank Shopee Visa Platinum Credit Card

Kad Kredit Maybank: Cara Mohon Maybank Shopee Visa Platinum Credit Card | Sekiranya anda gemar membeli belah secara dalam talian melalui platform Shopee, anda boleh dapatkan pelbagai ganjaran menarik jika memiliki Maybank Shopee Visa Platinum Credit Card. 

Nak tahu bagaimana cara memohon? Jom baca perkongsian di bawah. 

Maybank Shopee Visa Platinum Credit Card 

Kad Kredit Maybank: Cara Mohon Maybank Shopee Visa Platinum Credit Card

Maybank Shopee Visa Platinum Credit Card adalah merupakan salah satu kad kredit Maybank yang ditawarkan untuk memudahkan pengguna melakukan pelbagai transaksi serta mendapat bermacam jenis ganjaran. 

Kad kredit ini sangat sesuai untuk individu yang gemar membeli belah secara atas talian (online) menerusi Shopee.

Maybank Shopee Visa Platinum Credit Card menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan TreatPoints. 

Pulangan Shopee Coin dan TreatPoints ini bukan sahaja untuk perbelanjaan di Shopee tetapi juga untuk perbelanjaan lain menggunakan kad ini, antaranya ialah perbelanjaan makan, transaksi menggunakan payWave, perbelanjaan pelajaran, insurans dan pelbagai lagi.

Menarikkan?

Cara Mohon Kad Kredit Maybank – Maybank Shopee Visa Platinum Credit Card

Untuk memohon, anda boleh lakukannya secara dalam talian sahaja melalui aplikasi MAE atau Maybank2u. 

Sila rujuk langkah-langkah di bawah ini: 

A. Melalui web Maybank2u

Langkah 1: Layari laman web rasmi Maybank2u di pautan berikut: www.maybank2u.com.my 

Langkah 2 : Klik ‘MOHON PRODUK DALAM TALIAN’ di penjuru kanan sebelah atas.

Langkah 3 : Pilih ‘Kad Kredit’, pilih Kad Kredit yang anda ingin mohon dan klik ‘MOHON 

SEKARANG’ – pilih Maybank Shopee Visa Platinum Credit Card.

Langkah 4 : Isikan butiran peribadi anda dan ikut arahan pada skrin untuk melengkapkan permohonan anda. 

B. Melalui aplikasi MAE

Langkah 1 : Buka aplikasi Mae > Klik ‘Mohon’

Langkah 2 : Pergi ke tab ‘KAD’ dan klik ‘Kad Kredit’

Langkah 3 : Ikut arahan pada skrin untuk melengkapkan permohonan anda. 

Kelebihan Maybank Shopee Visa Platinum Credit Card

Berikut ialah antara kelebihan memiliki Maybank Shopee Visa Platinum Credit Card: (rujuk gambar)

Syarat Kelayakan Memohon Kad Kredit Maybank – Maybank Shopee Visa Platinum Credit Card

Rujuk syarat kelayakan untuk memohon kad kredit Maybank Shopee Visa Platinum di bawah:

  • Rakyat Malaysia dan ekspatriat dengan pendapatan tahunan minimum RM24,000
  • Pemegang kad utama: mereka yang berumur antara 21 hingga 65 tahun
  • Pemegang kad tambahan: berumur 18 tahun hingga 65 tahun

Dokumen Diperlukan

A. Jika anda seorang pekerja bergaji:

  • Salinan NRIC (kedua-dua belah pihak) atau Pasport
  • Slip gaji 3 bulan terkini
  • Aktiviti akaun simpanan/penyata akaun semasa 6 bulan terkini

B. Jika anda bekerja sendiri:

  • Salinan NRIC (kedua-dua belah pihak) atau Pasport
  • Nyata Cukai Pendapatan (Borang B/Borang EA terkini)
  • Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan/Lesen Perdagangan/ Borang 9, Borang 24, Borang 49
  • Penyata Bank syarikat/peribadi 6 bulan terkini

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut, sila layari Laman Web Rasmi Maybank di pautan berikut: 

NOTA: Tambah ilmu dan rancang kewangan anda dengan bantuan buku Bergaji & Pokai melalui Shopee.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: