Dr Kongsikan 6 Makanan Kurangkan Batuk Berkahak, Sesuai Untuk Anak!
6 MAKANAN SESUAI UNTUK KURANGKAN BATUK BERKAHAK ANAK-ANAK
Dalam musim perayaan ini, dengar kata ramai yang mula tak sihat. Anak-anak kecil pula makin kerap yang batuk, selesema dan demam.
Selalunya kita dengar kalau batuk berkahak ni, kena elakkan makan ais dan benda yang sejuk-sejuk.
Tapi, mungkin masih ramai yang tertanya-tanya, apakah jenis makanan yang elok untuk kurangkan batuk berkahak ni?
Jom kami kongsikan ilmu menarik hasil hantaran menarik oleh Dr Mazliana Mazlan di Facebook.
6 Makanan Kurangkan Batuk Berkahak, Sesuai Untuk Anak!
Makanan boleh jadi ejen pencair kahak tau.
Ramai tanya, makanan apa yang baik untuk anak makan bila batuk berkahak.
Yang paling utama, makanan ultra proses penggalak kahak kita kena cuba elakkan sebaiknya.
Singgang ikan dan sup ayam, antara makanan yang wajib saya buat bila anak tak sihat. Banyak bahan ramuan pemusnah kahak kita boleh letak dalam makanan macam ni.
Saya kongsi 6 jenis makanan yang boleh kurangkan kahak dari anak-anak.
# 1 : Ikan
- Kandungan omega 3 bantu kurangkan radang dalam badan anak.
# 2 : Bebawang
- Allium dalam bebawang sebagai antiradang untuk kurangkan penghasilan kahak.
# 3 : Makanan tinggi fiber
- Buah dan sayur. Labu, sayur hijau, nenas, pear. Makanan tinggi fiber bantu cairkan kahak.
# 4 : Capsicum
- Dalam capsicum, ada capsaicin. Unsur kimia yang bantu kurangkan kahak.
# 5 : Air
- Wajib jadi kawan baik anak bila batuk. Air yang cukup, akan bantu pecah dan cairkan kahak anak. Air kelapa pun boleh.
# 6 : Sup
Makanan bersup dengan bahan ramuan tinggi nutrisi dan bahan ramuan yang boleh kurangkan kahak. Makanan utama yang perlu kita bagi bila anak tak sihat.
Makanan, bukan ubat.
Tapi, ia boleh bantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul.
Kita cuba sama-sama ya. Banyakkan real food untuk anak, dan jauhkan sebaiknya makanan tinggi proses dari anak-anak.
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Follow saya di sini jugak k.
Sumber: Facebook Dr Mazliana Mazlan
Baca juga: