Cara Turunkan Kolesterol: Ikuti 5 Tips Berguna Ini!

Cara Turunkan Kolesterol ~ Tahukah anda, kadar kolesterol yang tinggi boleh memicu pelbagai penyakit yang berbahaya kepada kesihatan seperti penyakit jantung, strok dan sebagainya. 

Penjagaan kesihatan terutamanya dari segi gaya hidup dan pemakanan adalah amat penting untuk memastikan kadar kolesterol anda dalam keadaan terkawal agar kesihatan anda terjamin. 

Berikut dikongsikan 5 tips berguna cara turunkan kolesterol yang anda boleh jadikan rujukan untuk memastikan kadar kolesterol anda dalam keadaan yang baik. 

BACA JUGA: Tips Hilangkan Jerawat & Jeragat Guna Tepung Beras, Beras Pulut

Apa Itu Kolesterol

Cara Turunkan Kolesterol: Ikuti 5 Tips Berguna Ini!

Kolesterol adalah merupakan salah satu komponen penting yang terdapat dalam darah. Badan kita memerlukan kolesterol untuk membina sel yang sihat, vitamin, dan pelbagai jenis hormon.

Walaubagaimanapun, kadar kolesterol yang berlebihan boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung.

Terdapat dua jenis kolesterol iaitu: 

  • Kolesterol yang tidak baik iaitu lipoprotein berketumpatan rendah (low density lipoprotein; LDL)
  • Kolesterol yang baik iaitu lipoprotein berketumpatan tinggi (high density lipoprotein; HDL)

Kenapa Perlu Turunkan Kolestrol & Kesan Jika Kolesterol Tinggi

Kadar kolesterol berlebihan boleh menyebabkan pengumpulan kolesterol tidak baik dan mendapan lain pada dinding arteri (aterosklerosis). Mendapan (plak) ini boleh mengurangkan aliran darah melalui arteri yang boleh menyebabkan komplikasi, seperti:

  • Sakit dada. Jika arteri yang membekalkan darah kepada jantung anda (arteri koronari) terjejas, anda mungkin mengalami sakit dada (angina) dan gejala lain penyakit arteri koronari.
  • Serangan jantung. Jika plak koyak atau pecah, bekuan darah boleh terbentuk di tapak pecah plak — menyekat aliran darah atau pecah dan menyumbat arteri ke hilir. Jika aliran darah ke bahagian jantung anda terhenti, anda akan mengalami serangan jantung.
  • Strok. Sama seperti serangan jantung, strok berlaku apabila bekuan darah menghalang aliran darah ke bahagian otak anda.

Simptom

Kadar kolesterol yang tinggi biasanya tidak mempunyai gejala. Ujian darah adalah satu-satunya cara untuk mengesannya. 

BACA JUGA: Waktu Operasi Baru Klinik Kesihatan KKM Terkini 2023

Petua & Tips Turunkan Kolesterol Dengan Berkesan

1. Jaga Pemakanan

Pemakanan adalah salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kadar kolesterol yang tinggi. Oleh itu, pastikan anda menjaga pemakanan anda sekiranya ingin menurunkan kadar kolesterol. 

Hadkan pengambilan makanan mengandungi lemak berlebihan seperti makanan bergoreng, makanan segera dan seumpamanya.

Elakkan juga pengambilan makanan atau minuman yang bergula dan alkohol. Amalkan pemakanan yang sihat seperti diet rendah garam dan tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya. 

Cara Turunkan Kolesterol: Ikuti 5 Tips Berguna Ini!
Sumber: WebMD

Makanan tinggi serat bukan saja baik untuk pencernaan, tetapi juga menjadi salah satu cara menurunkan kolesterol dengan efektif. Serat dapat membantu mengurangi penyerapan kolesterol dalam usus dan secara tidak langsung kolesterol di dalam darah pun menurun. 

Sentiasa periksa label makanan atau minuman sebelum anda mengambilnya bagi membantu anda mengetahui kandungan makanan/minuman tersebut. 

2. Berhenti Merokok/Vape

Merokok atau vape sememangnya membahayakan kesihatan. Terdapat pelbagai komplikasi kesihatan yang boleh disebabkan oleh kandungan rokok atau vape.

Tabiat merokok/vape bukan sahaja membahayakan kesihatan diri sendiri namun turut membahayakan kesihatan orang sekeliling. 

Merokok atau vape boleh merendahkan kolesterol yang baik (HDL) dan secara tidak langsung meningkatkan lagi risiko penyakit jantung koronari dan lain-lain. 

3. Rajin Bersenam

Mulakan gaya hidup sihat untuk menurunkan dan mengawal paras kolesterol anda. Luangkan masa untuk bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Amalkan berjalan kaki setiap hari. Anda boleh mulakan secara perlahan-lahan terlebih dahulu dan lakukan secara konsisten. 

Cara Turunkan Kolesterol: Ikuti 5 Tips Berguna Ini!

Bersenam dapat membantu menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah serta mengurangkan  risiko penyakit jantung. American Heart Association (AHA) menyarankan untuk melakukan aktiviti berintensiti sederhana hingga intensiti tinggi selama 150 minit setiap minggu.

4. Turunkan Berat Badan

Satu lagi tips berkesan untuk menurunkan kolesterol dalam badan ialah dengan kekalkan berat badan ideal. Berat badan yang berlebihan akan meningkatkan kolesterol yang tidak baik (LDL) dan menurunkan kolesterol yang baik (HDL).

Sehubungan dengan itu, usahakan untuk turunkan berat badan anda sekiranya indeks jisim tubuh (body mass index; BMI) anda berada dalam kategori berlebihan. Dengan itu, ia dapat membantu untuk menurunkan paras kolesterol ke tahap yang lebih baik. 

5. Makan Ubat!

Untuk mengetahui kadar kolesterol, anda boleh lakukan pemeriksaan di mana-mana klinik kesihatan kerajaan mahupun swasta secara berkala. Sekiranya doktor mendapati kolesterol anda berada di tahap yang membimbangkan, anda pasti akan dibekalkan dengan ubat tertentu untuk membantu menurunkan paras kolesterol. 

Pastikan anda mengambil ubat mengikut cadangan dan preskripsi doktor. Jangan sesekali mengabaikan ubat-ubatan yang diberikan dengan pelbagai alasan. Pengambilan ubat dapat membantu mengurangkan pelbagai risiko komplikasi kesihatan yang disebabkan oleh kadar kolesterol yang tinggi seperti masalah jantung atau strok.

Selain memakan ubat, pastikan juga anda mengikuti 4 tips lain di atas untuk membantu anda mengawal paras kolesterol. 

Kesimpulan 

Amalkan gaya hidup sihat bermula sekarang kerana tiada jalan pintas untuk menurunkan kolesterol dalam tubuh. 

Jagalah kesihatan diri anda sebaik mungkin untuk kekal sihat dan cergas walaupun sudah semakin berusia!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: