Tips Hilangkan Jerawat & Jeragat Guna Tepung Beras, Beras Pulut

KHASIAT TEPUNG BERAS & BERAS PULUT JADI PETUA KECUTKAN JERAWAT DAN PUDARKAN JERAGAT TANPA BOCORKAN POKET

Baru-baru ni muka mala breakout teruk sebab alahan makan seafood dan terlalu lama make up tak ditanggalkan.

Jadi saya buat masker dari bahan dapur je. Yang penting bahan ni semulajadi dan kita tahu cara buat memang selamat.

Yelah sebab kita buat sendiri kan.

3 hari sapu dimuka. Jerawat memang makin kecut dan tak ada lagi yang berlumba-lumba nak tumbuh.

Petua Hilangkan Jerawat Dengan Tepung Beras & Beras Pulut

Petua ni boleh putihkan dan haluskan kulit muka. Boleh juga untuk scrub badan sekali.

Berikut dikongsikan cara-caranya.

Bahan Diperlukan :

  • Beras pulut 5 sudu makan
  • Tepung beras 2 sudu makan
  • Perahan lemon 1/2 biji
  • Sedikit air
Khasiat beras pulut tepung

Cara membuat Masker Tepung Beras & Beras Pulut

  1. Basuh beras dan rendam sekejap. Toskan. Dan goreng tanpa minyak untuk keringkan beras.
  2. Blend beras pulut hingga halus.
  3. Masukkan tepung pulut dan air gaul hingga sebati.
  4. Masukkan perahan lemon kedalam bancuhan tadi.
Masker tepung beras

Baca juga:

Cara Menggunakan Masker

  1. Sapu pes masker ke atas muka dan ratakan. Tunggu hingga kering. Kemudian bilas dengan air bersih. Semasa membilas tu boleh gosokkan dengan lembut muka untuk tanggalkan sel kulit mati.
  2. Kalau guna di badan, sapu di seluruh bahagian badan. Tunggu hingga kering. Bilas dan gosok kuat sikit. Masker ni boleh dijadikan scrub untuk tanggalkan daki di kulit badan.

Amalkan petua ni 3 kali seminggu.

Memang muka dan badan akan bersih dan putih.

Tak perlu dah beli masker dan scrub dari luar.

Kebaikan Beras Pulut Untuk Kulit

  • Mencerahkan kulit
  • Menggebukan kulit
  • Menghilangkan jerawat dan jeragat

Kebaikan Lemon Untuk Kulit

  • Tinggi ascorbic acid untuk cerahkan kulit
  • Buang sel kulit mati
  • Buang sel kulit gelap
  • Menggalakkan pembaharuan sel
  • Merangsang penghasilan collagen
  • Sunblock semulajadi

Jom putih mulus bebas jerawat dan jeragat.
Selamat mencuba!

Kredit sumber:
Mala Mansor

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: