Cara Order llao llao Untuk ‘First Timer’ (Saiz, Menu Toppping & Harga)

CARA ORDER LLAO LLAO, PILIHAN TOPPING DAN HARGA TERKINI

“Eh, nampak macam sedap pulak llao llao ni, teringin nak rasa. Tapi risau pulak tak reti nak pilih menu tu. Nak menyebutnya pun tak reti. Manalah tahu tiba-tiba kena caj mahal kan. Macam mana nak order llao llao ni sebenarnya ye?”

Mungkin ramai antara kita selalu nampak kedai ni dalam mall. Nampak sedap…. Teringat dengan Tutti Frutti dulu. Tapi mungkin masih ramai yang belum pernah beli dan cuba makan.

Tapi berbeza dengan Tutti Frutti, llao llao ni dikira ikut harga saiz cawan dan bukannya ikut timbangan. Jadi kita boleh anggarkan awal-awal harganya ikut bajet kita sendiri.

Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang jenama frozen yogurt yang istimewa ini cara nak order llao llao dengan mudah.

Apa Itu llao llao?

Ok mungkin ada yang tertanya-tanya : llao llao ni aiskrim ke?

Bagi yang belum tahu, Llao Llao ni sebenarnya ialah frozen yogurt.

Lebih tepat lagi, ia diperbuat daripada yogurt yang terhasil daripada susu skim.

Berbeza dengan aiskrim biasa, yogurt ini mempunyai suhu yang kurang sejuk tetapi tak mudah cair.

Llao Llao berasal dari Sepanyol dan terkenal di Eropah sebelum membuka outlet di seluruh dunia. Sebutan yang betul bagi namanya ialah ‘yau yau’.

Keunikan Rasa Llao Llao

Ok, berbeza dengan aiskrim, anda kena tahu bahawa rasa yang perlu anda expect ialah ‘masam’ sebab yogurt dah sah-sahlah masam kan?

Jadi, janganlah pula expect rasa manis macam aiskrim sundae vanila tu ya.

Tapi, anda jangan risau sebab llao llao ini didatangkan dengan pelbagai jenis topping.

Kalau anda tak suka masam, ia boleh dikombinasikan dengan gabungan sauce yang manis contohnya caramel, biscoff, ovomaltine dan sebagainya.

Kalau ambil topping buah-buahan, biasanya agak masam kecuali rock melon, anggur atau nangka.

Walaubagaimanapun, terpulang pada selera dan citarasa masing-masing jugalah kan?

Cara Order Llao Llao & Harga Terkini

Baik, kalau dah terliur. Jom kami kongsikan cara nak order llao llao untuk ‘first timer’ supaya anda tak nervous bila ke kaunter nanti.

  1. Pergi kat kaunter pilih saiz yang anda nak. Ada 5 saiz
    • Petitllau – 1 topping (RM7.45)
    • Small – 1 topping (RM12.45)
    • Medium – 3 toppings (RM12.45)
    • Large – 3 toppings (RM19.45)
    • Sanum 3 fruits, 2 crunches, 1 sauce – (RM18.45)
  2. Lepas pilih saiz, dia akan suruh kita pilih topping. Selalu saya ambil yang Medium or Large dapat 3 toppings.
    Topping tu korang nak add on lagi pun boleh tambah RM1.50.
  3. Topping dia ada 3 jenis iaitu – crunches, fruits, sauce.
    • CRUNCHES – Crunches ni ada biskut, m&m etc. saya selalu ambil caramelize biscoff.
    • FRUITS – Buah ada macam2 jenis anggur, strawberi, mango, kiwi, dragonfruit & banyakkk lagi. Pilih la mana korang berkenan.
    • SAUCE – Haaa yang paling best pasal llaollao ni sebab sauce dia. Sauce dia paling saya suka ovalmatine, hazelnut & chocorock. Kalau korang first time nak beli, recommended try 3 sauce ni. Saya tak pernah try sauce lain sebab tiap kali beli asyik beli ovalmaltine je sebab sedap sangat hahaha.
  4. Lepas settle semua then bayar la haha dah boleh makan! Yummy!!
harga llao llao

3 Jenis Topping : Crunch, Fruit & Sauce

Seperti yang dinyatakan tadi, topping llao llao dia ada 3 jenis iaitu – crunches, fruits, sauce.

  • CRUNCHES – Crunches ni ada biskut, m&m, oreo, famous amos, dll.
  • FRUITS – Buah ada macam-macam jenis anggur, strawberi, mango, kiwi, dragonfruit & banyak lagi.
  • SAUCE – Banyak jenis sauce istimewa di llao llao. Antara yang recommended ; ovalmatine, hazelnut & chocorock. Kalau korang first time nak beli, recommended try 3 sauce ni.

*Topping tu korang nak add on lagi pun boleh tambah RM1.50.

Kalau tak tahu nak pilih topping jenis apa, boleh tengok kat sini – top 3 recommendation untuk crunch, fruits & sauce. Tak payah pening kepala. Pilih je yang favourites dalam poster dekat bawah ni!

topping harga llaollao malaysia

Oh ya, sekarang ni musim PKP kalau susah nak pergi ke kedai, boleh juga order delivery tau.

Sama ada beli di apps GrabFood atau FoodPanda.

Sekarang ni dah mudah kan?

harga topping llaollao malaysia order llao llao

Promosi llaollao

Setiap hari Rabu, llao llao ada promosi ya!

Dari pukul 1 PM sampai 7 PM sahaja! – 11% off (1st & 4th week of the month) – 22% off (2nd & 5th week of the month) – 33% off (3rd week of the month)

Untuk info lanjut dan promosi terkini llao llao, sila rujuk :

Twitter llao llao Malaysia: @myllaollao

Facebook : https://www.facebook.com/llaollaoMalaysia/

Baca juga: Cara Order Starbucks Sedap & Harga Berpatutan. (Menu Custom Drink Viral)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: