Lokasi Panggung Wayang Kanak-kanak: GSC Play+, TGV Family, MBO Kecil
Lokasi Panggung Wayang Kanak-kanak: GSC Play+, TGV Family, MBO Kecil~ Membawa anak-anak terutama yang masih kecil untuk menonton filem di panggung wayang ada kalanya menimbulkan rasa serba salah dan kerisauan dalam kalangan ibu bapa. Seperti yang kita maklum, panggung wayang adalah tempat umum dan anak-anak tidak boleh berbuat bising kerana mengganggu ketenteraman awam.
Namun usah risau. Kini terdapat panggung wayang yang mesra kanak-kanak untuk memudahkan para ibu bapa membawa anak-anak mereka. Filem yang ditayangkan pula memang hanya rating U atau PG-13 sahaja. Nak tahu lokasi panggung wayang kanak-kanak yang sememangnya khusus untuk keselesaan para pengunjung?
Jom teruskan membaca.
BACA JUGA: Permohonan Bantuan Kanak-kanak & Keluarga (BKK JKM) RM1000
Lokasi Panggung Wayang Kanak-kanak
Untuk pengetahuan anda, setakat ini hanya 3 syarikat pawagam yang menyediakan panggungkhas untuk kanak-kanak iaitu GSC, TGV, DADI dan MBO.
1. MBO KECIL
MBO KECIL ialah dewan panggung wayang kanak-kanak pertama di Malaysia. Di sini, kanak-kanak dibenarkan berlari-lari, bermain dan membuat bising tanpa risau dimarahi.
Dewan panggung wayang ini dilengkapi dengan beberapa ciri khas untuk memudahkan kanak-kanak menikmati masa mereka di sini serta bagi mewujudkan persekitaran yang bebas kebimbangan untuk ibu bapa mereka.
Sebagai contoh, lampu di dalam dewan dibuka pada kecerahan minimum supaya kanak-kanak tidak merasa takut dan juga bagi memudahkan ibu bapa mengawasi mereka. Selain itu, audio juga dikekalkan pada tahap rendah kerana sesetengah kanak-kanak mungkin tidak selesa dengan kesan bunyi nada tinggi. Disini juga ada disediakan taman permainan untuk kanak-kanak. Anak bermain, ibu ayah boleh tengok movie.
Ada 2 jenis seat iaitu Kecil Family Bed dan juga Kecil Bean. Anda boleh beli tempat duduk ikut kesesuaian anda.
Berikut merupakan antara lokasi panggung wayang kanak-kanak untuk MBO KECIL:
- MBO Cinemas The Starling Mall Damansara Uptown
- MBO Cinemas Tropicana Gardens Mall KD
- MBO Cinemas AEON Mall Bandar Dato’ Onn JB
- MBO Cinemas Atria Shopping Gallery
- MBO Cinemas Subang Parade
- MBO Cinemas Square One Batu Pahat
- MBO Cinemas AEON Midtown Falim Ipoh
- MBO Cinemas Kuantan City Mall
2. TGV For Kids
TGV For Kids adalah merupakan panggung wayang kanak-kanak dengan konsep baharu yang dilengkapi dengan bilik permainan bersebelahan supaya anak-anak anda dapat melepaskan semua tenaga mereka sebelum (dan semasa!) tayangan filem.
Bilik permainan termasuk lantai empuk, banyak meja dan kerusi bersaiz kanak-kanak, buku dan mainan kanak-kanak, kertas mewarna dengan pensil warna, bilik menukar lampin dan tandas mesra kanak-kanak.
Terdapat juga rehat rehat separuh masa untuk setiap tayangan di Dewan Mesra Keluarga, membolehkan anak-anak anda berehat tandas yang amat diperlukan sebelum kembali menonton filem!
Untuk TGV, mereka ada menyediakan 3 jenis panggung atau hall untuk kanak-kanak iaitu Family Friendly, Junior dan Family Friendly Session.
a) Family Friendly
Antara hall yang sesuai untuk kanak-kanak yang ingin cuba pertama kali menonton di pawagam.
b) Junior
Junior hall ini pulak sesuai untuk kanak-kanak yang suka bermain kerana ada permainan disediakan bersama taman permainan. Kanak-kanak boleh bermain untuk 30 minit awal sebelum tayangan filem dimulakan. Setakat ini, hanya di TGV 1 Utama sahaja yang menyediakan hall Junior.
c) Family Friendly Session
Untuk hall ini ianya lebih fokus untuk ibubapa yang ingin menonton bersama anak-anak. Secara asasnya, masih sama seperti hall Family Friendly tetapi lebih fokus kepada tontonan sahaja.
Berikut merupakan antara lokasi panggung wayang kanak-kanak untuk TGV For Kids:
- TGV 1 Utama
- TGV Central i-City
- TGV Toppen Johor Bahru
- TGV Tasek Central
- TGV Bintulu Boulevard
3. GSC Play Plus
GSC PlayPlus memang direka khas sebagai tempat hiburan kepada kanak-kanak sambil menikmati tayangan filem. Anak-anak boleh main dan ibubapa boleh tengok movie dalam masa sama.
Berikut merupakan antara lokasi panggung wayang kanak-kanak untuk GSC Play Plus:
- GSC IOI Mall, Puchong
- GSC 3 Damansara
- GSC Tropicana Gardens Mall
- GSC The Mall, Mid Valley Southkey
- GSC Starling Mall
- GSC Subang Parade
- GSC Falim Ipoh
- GSC Kuantan City Mall
- GSC Bandar Dato’ Onn Jaafar
- GSC Square One Batu Pahat
4. Dadi Cinemas Lil Star
Dadi Cinemas Lil Star juga menyediakan kawasan kanak-kanak bermain dan ada kerusi khusus untuk si kecil. Hanya 2 lokasi sahaja bagi panggung wayang ini iaitu di:
- Dadi DaMen Mall
- Dadi Pavilion Kuala Lumpur
BACA JUGA: Permohonan Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (KEMAS) 2023
Kesimpulan
Untuk sebarang lanjut atau pertanyaan, anda boleh rujuk panggung wayang berhampiran anda masing-masing ya.