Doktor Kongsi 10 ‘Petua’ Penting Elakkan Jangkitan COVID 19 Ketika Berkongsi Kereta
PETUA MENGURANGKAN RISIKO COVID 19 APABILA ANDA BERKONGSI KERETA
Anda mempunyai risiko untuk mendapat Covid-19 di dalam kereta jika ada penumpang lain yang membawa virus.
Virus boleh hadir di dalam droplet yang keluar dari pernafasan, pertuturan, batuk dan bersin dari seseorang yang dijangkiti.
Droplet yang besar akan jatuh ke permukaan, tetapi droplet yang kecil dan aerosol akan berterbangan di udara sehingga 1 jam.
Berikut adalah beberapa petua bagaimana anda boleh mengurangkan risiko dijangkiti Covid-19 apabila berkongsi kereta (hasil kajian penyelidik di Universiti Swansea):
- Memakai topeng muka tidak memberi jaminan 100% anda tidak dijangkiti tetapi sangat bermanfaat. Pembawa virus yang memakai topeng muka dapat mengurangkan penyebaran partikel virus sebanyak 90% dan jika anda juga memakai mask, maka tentu kadar jangkitan dapat dikurangkan dengan banyak. Memakai faceshield ataupun pelitup muka (face cover) dapat menurunkan lagi kadar penyebaran partikel virus dan jangkitan. Jadi anda ada hak untuk menyarankan penumpang lain memakai topeng muka.
- Jarakkan kedudukan anda dengan penumpang lain. Duduk pada kedudukan sejauh yg mungkin dari penumpang lain. Jangan kongsi kenderaan dengan ramai penumpang.
- Cuci tangan anda sebelum dan selepas menumpang kereta dan jika itu adalah kereta anda, cuci permukaan dan bahagian2 yang dipegang oleh penumpang termasuk handle dan tali pinggang keledar.
- Kajian menunjukkan membuka tingkap selama 10 saat sekali sekala dapat mengurangkan pengumpulan partikel virus sebanyak 97%. Apabila tingkap kereta dibuka, akan berlaku perbezaan tekanan di dalam dan luar kereta sehingga partikel di dalam kereta akan disedut keluar.
- Memandu kereta secara perlahan memberi peluang yang lebih besar kepada partikel virus untuk berkumpul, jadi jika anda memandu kurang daripada 30 km/jam, adalah lebih baik membuka kesemua tingkap. Pemanduan yang perlahan juga menyebabkan perbezaan tekanan luar dan dalam lebih kecil, jadi kesan sedutan lebih rendah. Tetapi perlu ingat bahawa membuka kesemua tingkap boleh pula membawa mudarat lain iaitu pencemaran luar yang masuk.
- Jika anda memandu kenderaan lebih laju, tidak perlu membuka kesemua tingkap. Sudah memadai jika sekali sekala anda membuka dua tingkap yang bertentangan, contoh satu di depan kanan dan satu di belakang kiri. Ini dilakukan setiap 10-15 minit, selama 10 saat, ataupun semasa mana2 penumpang bersin dan batuk.
- Duduk di kerusi depan kereta mempunyai risiko jangkitan yang lebih rendah kerana arah pergerakan udara dari depan ke belakang akan mengumpulkan partikel di bahagian belakang kereta. Jika penumpang terpaksa duduk di belakang, pilih tempat duduk yang bertentangan dengan tingkap yang dibuka.
- Di samping kaedah-kaedah di atas, jika anda atau/dan penumpang lain sudah mengambil vaksin Covid-19, risiko jangkitan tentu sangat minima.
- Tidak berkongsi kereta dengan orang yang anda tidak kenali lebih-lebih lagi jika anda berada di tempat yang virus ini sudah merebak di dalam komuniti. Jika anda terpaksa juga, sebaik2nya pakai topeng muka berlapis ataupun digabungkan denga faceshield. Berdoalah semoga tidak ada penumpang lain yang membawa virus.
- CDC juga mencadangkan jika anda perlu amalkan “car pooling’, lakukan bersama orang yang sama dan lebih digalakkan tidak memasang penghawa dingin sebaliknya menggunakan aliran angin sahaja ataupun tingkap sentiasa dibuka.
*Sumber: Dato Dr Rushdan Noor
NOTA: Artikel asal adalah daripada page Medical Mythbusters Malaysia yang telah disiarkan dan dikongsikan di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Baca juga: Senarai Pulse Oximeter Lulus KKM / MDA. Awas, Jangan Beli Yang Tiruan!