in

Rumput Helikopter / Pendul Untuk Kucing Sakit Parvo, Demam, Selesema

ADVERTISEMENT

Pernahkah anda dengar tentang rumput helikopter atau rumput pendul?

Rumput ini dikatakan sangat baik untuk dijadikan penawar kucing yang sakit.

Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang rumput ini dan cara menggunakannya.

Penawar Kucing Sakit Menggunakan Rumput Helikopter / Pendul

Rumput ini pernah viral dulu. Sekarang viral semula.

ADVERTISEMENT

Nama rumput ni, RUMPUT PENDUL.

Kalau ada kucing yang sakit Parvo, Selsema atau demam, boleh berikan air rebusan rumput ni pada kucing tersebut.

Kucing yang hilang selera makan atau tanak makan langsung pun boleh diberikan air rebusan rumput ni.

Rumput ni tumbuh meliar di kawasan lapang yang tanahnya agak lembab. Ia tidak akan tumbuh dicelah pohon besar. Ia suka tempat terang dengan cahaya matahari.

CARA-CARA BUAT AIR REBUSAN RUMPUT HELIKOPTER / PENDUL

  1. Cabut rumput ini bersama akarnya.
  2. Bersihkan tanah dari akar dan daun.
  3. Patahkan sikit-sikit masukkan daun, batang dan akar kedalam bekas dan rebus dengan api yang sederhana hingga agak mendidih. Jangan guna api besar, khasiatnya akan hilang.
  4. Bila kandungan air sudah jadi separuh, matikan api dan sejukkan pada suhu bilik.
  5. Bila sudah sejuk, bagi 10mil hingga 20mil pada kucing yang sakit pagi dan malam.

Selebihnya boleh disimpan di dalam peti sejuk. Tapi janganlah lebih dua minggu. Hilang khasiatnya. Kena cari rumput baru dan buat.

(Sumber: D’Cat D Hati)

Baca juga:

Pengalaman Kucing Parvo

Sekadar berkongsi ilmu..
Minggu lepas, minggu paling teruk bagi saya bila anak2 bulus kena parvo. Tak tahu punca dari mana. Saya ada lebih kurang 30 ekor termasuk anak kucing bawah 2 bulan umur.

Mula2 mati sekor anak kecik umo sbulan. Lepas c kecik mati tu, yang lain mula monyok, tak nak mkn, mulut berair, najis berlendir. Pada awalnya tak tahu, lepas tu bawa lah ke vet utk cek up.

Dokter kata positif parvo. Masa tu saya lambat asingkan dorg. Ada 5 ekor yg dah kritikal dan mati pada esok harinya serentak. Saya dah mula bingung, tak tahu nak buat apa. Beribu saya habis utk ubat saja. Vet pun saya pergi. Orang rekemen vet dan ubat situ sini, saya pergi beli. Yang tinggal pada masa tu, ada lagi 6 ekor tgh struggle lembik 4 hari tak mkn langsung walaupon saya paksa. Air pon saya suap utk tenaga.

Saya dah tawakal dan habis ikhtiar. Cuba google utk cari takut2 ada ubat kampung yg saya boleh cuba. Tiba2 saya jumpa rumput ni kat google, pastu saya stalk lagi group2 pecinta kucing utk kepastian. Saya fikir nak cuba sebab rumput ni ada kat kawasan saya.

Saya cuba follow resipi dari pengguna facebook yg share. Dah siap air rabusan tu, saya sejukkan dan suap kat anak2 yg hampir nazak. Saya guna picagari(syringe) pancut sikit2 dlm mulut, dan saya guna tisu juga utk basahkan muka dan bibir anak2 saya yg dah nmpak nazak slepas 3,4 hari tak mkn mnum.

YaAllah, kuasa Allah dan kuasa dalam air rumput ni amat menakjubkan. Tak smpai 15menet lps suap air ni, mata anak2 saya tiba2 jd bulat, nmpak tenaga lain mcam.

Yg pelik tu, bgn merangkak gi tempat air dgn sndri. Dorg mula masuk dlam bilik air, dan cari bekas air utk mnum. Saya trus amek mangkok, isi air bersih. Dorg minum air dgn laju sekali, seolah2 trasa haus sngt2.

Saya teruskan suap air rebusan rumput ni dan campurkan dgn [email protected] Dlam waktu singkat, lebih kurang stgh hari, saya campurkan air rebusan rumput ni dalam kibble mereka. Dah ckup lembut, saya bagi.

Dorg mkn laju. Esoknya tu trus nmpak aktif.

Hanya Allah saja yg tau saya pada masa tu, rasa nak sujud tanda syukur. Kenapa saya tak buat dr awal? Mesti anak saya yg mati tu sempat saya selamatkan.

Walaupon rasa terkilan anak da mati 5, tp saya ttp juga rasa gembira, sbb yg lain2 dah sihat penuh ta smpai 4 hari.

Sini saya nak share kan resepi pokok rumput ni, dan kalau nak tau, ini lah rupa rumput helikopter tu.

rumput helikopter


Skrg saya suka masak dgn ayam rebus, saya basuh bersih, masukkan satu pokok trus dlm rebusan ayam mereka. Mereka mkan dgn pkok2 skali.

CARA BUAT AIR REBUSAN & WETFOOD KUCING

Utk air rebusan:

  • Satu cekak pokok penuh skali dgn akar, direbus bersama air dlm 500ml.
  • Rebus smpai air agak2 kurang dlm 1,2inci dr jari.
  • Boleh terus suap atau campur begitu saja dlm air mnum anak2.
  • Kalau anak2 yg dah hampir takde tenaga, bancuhkan satu sudu kecil gula dlm 10-15ml air rebusan. Suap antara 5-10ml dlm syringe. Suap lah brapa kali pun, selang 1-2jam.

Utk wetfood masak sndri:

Masukkan juga secekak pokok penuh dlm rebusan ayam atau apa2 wetfood homemade, sbgai sayur. Rebus sehingga pokok jd lembut dan senang anak2 nak kunyah ( macam dalam gambar yg saya tunjuk)
Boleh juga racik halus2 daun utk tabur mentah dlm wetfood yg dbeli.
Pokok ni takde apa2 kesan sampingan. Boleh diminum/makan atau suap bila2 masa dan tak kira kuantity. Elok utk deman, selsema dan tenaga dorg

rumput helikopter

Ps/ ini adalah cara saya sndri. Nak buat cara lain pun boleh. Takde apa2 pantang larang. Ini adalah ubat dan suppliment yg paling bagus utk masalah anak2 bulus. Multipurpose org ckp.
Selamat mencuba ya kawan2. Saya ikhlas kongsi utk bantu.

Kalau ada sesiapa yg perlukan pokok ni, boleh dtg ambil kat area kampung saya. Kampung kondok, nilai negeri sembilan.

Saya tak jual, saya bg je. Ambil lah bnyk2 pun tak apa.
Terima kasih.

(Sumber: Vee Salim via Group Pencintan Kucing)

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

tinggalkan anak dalam kereta

Tinggalkan Anak Sendirian Dalam Kereta Adalah Satu Kesalahan – PDRM

[VIDEO] Anak Lemas Dalam Kolam Rumah, CPR Ibu Selamatkan Nyawa