12 Jenis Makanan Yang Tidak Boleh Disimpan Dalam Peti Sejuk. Kenapa?
Bolehkah semua makanan disimpan di dalam peti sejuk? Jawapannya tidak.
Ada beberapa jenis makanan yang perlu disimpan pada suhu normal untuk menjaga nutrisnya. Berikut adalah jenis-jenis makanan yang tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk dan sebab-sebabnya. Take note tau.
1. Buah tomato
Buah tomato kaya dengan nutrisi antioksidan, vitamin c dan kalium. Buah tomato sebaiknya perlu disimpan pada suhu normal sahaja. Namun lebih baik lagi jika terus dimakan kerana suhu sejuk peti sejuk mampu mempengaruhi tekstur dan rasa buah tomato.
2. Kentang
Menurut Public Helath England, isi kentang akan cepat berubah menjadi gula jika disimpan di dalam peti sejuk. Ketika dimasak, gula ini akan berubah menjadi akrilamida seterusnya boleh menjadi punca kita mendapat penyakit kanser. Sebaiknya, simpan kentang di ruangan suhu normal dan tidak terdedah kepada cahaya matahari. Hal ini kerana bagi mengelakkan kentang berubah menjadi warna hijau.
3. Serbuk kopi
Peti sejuk bukanlah tempah yang sesuai untuk menyimpan serbuk kopi kerana rasa kopi boleh dipengaruhi makanan lain yang berada di dalam peti sejuk. Sebaiknya serbuk kopi disimpan pada suhu biasa supaya kualiti serbuk kopi dapat dijaga.
4. Buah pisang
Simpan pisang pada suhu normal untuk pisang menjadi matang. Proses pematangan pisang akan menjadi terbantut dan berubah menjadi warna coklat jika disimpan di dalam peti sejuk. Gas etilena yang ada pada buah pisang juga akan membuatkan buah lain disekitarnya menjadi kusam.
Baca juga: Guna Tuala ‘Good Morning’, Wanita Kongsi Tips Simpan Sayur Segar Berbulan Lamanya
5. Mentega atau marjerin
Kementerian Pertanian Amerika Syarikat menyarankan agar mentega dan margerin disimpan pada suhu biasa supaya lebih mudah digunakan. Namun, gunakan mentega dan margerin dengan kadar segegar agar tidak berbau dan bertukar menjadi minyak.
6. Rempah dan herba
Basil, rosemary, dan thyme lebih cepat kering dan kehilangan rasa jika disimpan di dalam peti sejuk. Lebih baik simpan rempah dan herba di dalam bekas berkedap dan tempatkan di tempat kering dan tidak terdedah kepada cahaya matahari suapaya lebih terjaga kualitinya.
7. Roti
Ramai yang beranggapan bahawa menyimpan roti di dalam peti sejuk dapat mengelakkan roti berkulat. Namun sebenarnya, menyimpan roti di dalam peti sejuk boleh menghilangkan rasa dan membuatkan roti menjadi kering. Selain itu, molekul yang terdapat dalam roti akan cepat hilang pada suhu yang sejuk dan menyebabkan roti akan cepat menjadi basi. Sebaiknya, segera habiskan roti anda ya. Jangan simpan-simpan.
8. Bawang bombay
Simpan bawang bombay di tempat yang kering pada suhu normal dan jauh daripada sinaran matahari. Jika disimpan di dalam peti sejuk, kesegaran bawang bombay akan berkurang dan tidak berkhasiat. Segera guna jika anda telah memotong bawang bombay tersebut.
9. Bawang putih
Bawang putih perlu disimpan di tempat kering pada suhu biasa. Jika hendak menyimpan bawang putih di dalam peti sejuk, masukkan bawang putih ke dalam minyak masak bagi mengelakkan botulisme.
10. Madu
Simpan madu dalam bekas yang bertutup rapat di tempat kering dan tidak terkena cahaya matahari. Jika disimpan di dalam peti sejuk, madu boleh menjadi keras dan susah untuk digunakan.
11. Peanut butter
Jika peanut butter belum dibuka, sebaiknya simpan sahaja di tempat kering pada suhu normal. Namun jika sudah dibuka, sebaiknya simpan peanut butter di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kualiti dan nutrisinya.
12. Sos tomato
Menurut Food Marketing Institute dan Cornell University Institute of Food Science, jika belum dibuka, sos tomato biasanya akan bertahan selama satu tahun. Jika sudah dibuka, sos tomato akan bertahan selama 3 bulan pada suhu normal di tempat kering dan 6 bulan jika disimpan di dalam peti sejuk.
Inilah beberapa jenis makanan yang tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk. Namun, jika buah-buahan tersebut telah dikupas atau dipotong, sebaiknya simpan di dalam peti sejuk supaya buah tersebut dapat diawet.
Selain daripada merosakkan rasa dan tekstur, ada beberapa jenis makanan yang boleh menjadi ‘racun’ selepas disimpan di dalam peti sejuk. Jadi, simpan makanan yang kami senaraikan di atas ini di tempat kering pada suhu normal ya.
Baca juga: Tips Memilih Periuk. Ini Jenama Terbaik Pilihan Popular