Guna Tuala ‘Good Morning’, Wanita Kongsi Tips Simpan Sayur Segar Berbulan Lamanya
TIPS SIMPAN SAYUR DAN BAHAN DAPUR SUPAYA TAHAN LAMA
Ramai antara kita yang perlu simpan stok dalam musim PKP ni untuk mengurangkan pergerakan ke sana ke sini.
Sayur terutamanya antara bahan dapur yang paling cepat layu dan rosak.
Walaupun beli sekali banyak, ramai yang tak tahu teknik dan terus simpan dalam peti sejuk begitu saja.
Sebenarnya ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan supaya ia tahan lebih lama. Paling senang boleh guna tuala Good Morning je. Tahan sampai berbulan katanya!
Baca juga: Viral Tentang Bahaya Non-Stick Pan, Ahli Kimia Ini Jelaskan Fakta Sebenar
Jom tengok tips simpan sayur dan bahan dapur seperti yang dikongsikan oleh Cik Puan Lily di bawah:
Sebenarnya sayur-sayur dekat dalam gambar di bawah ni dah disimpan berbulan pun. Tapi masih segar.
Cili memang mudah rosak kan.
Sayur daun pun tahan lama kalau guna teknik ni.
Beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengekalkan sayur supaya sentiasa segar dan tahan lama.
- Letak kain kering dalam plastic zip lock. (Tuala Good Morning senang).
- Kalau rajin potong-potong sayur tu lagi bagus. Jangan basuh lagi. (Sis is malas).
- Lepastu, nak tindan-tindan ke, nk perosok-perosok ke dalam peti sejuk tu terpulang. Sangat jimat ruang.
- Ikan, daging, ayam pun sis buat mcm ni cuma takde letak kain. Kat rumah ni lagi la segala jenis mat neka ikan sungai ada. Ikan sungai kan payah nak dpt. Nak kena simpan dalam waktu yang lama buat stok. Ikan sebelum musim banjir pun ade lagi tu ha. Masih segar dan manis.
P/s: kain tu nampak buruk sebab saya dah bertahun-tahun guna (tapi bersih). Lepas tu, plastik zip lock tu nak jimat dah banyak kali basuh dan jemur, sebab tu nampak macam buruk.
Tepulanglah ikut cara masing-masing, ini sekadar perkongsian berdasarkan pengalaman.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
*Sumber : Cik Puan Lily
Baca juga: Cara Berkesan Atasi Masalah Tahi Cicak Tepi Tingkap, Guna 3 Bahan Ni Je!