CIDB Sediakan Apps Untuk Cari Tukang & Kontraktor Berdaftar, Mudahlah Lepas Ni!
Ada paip leaking? Air cond kat rumah dah tak sejuk? Atau ada saluran tersumbat? Pening kepala juga nak cari tukang kan… Lebih-lebih lagi bila kita baru pindah tempat baru. Rupanya ada satu apps khas untuk kita cari kontraktor yang berdaftar dengan CIDB yang dinamakan Contractor4u.
Melalui sebuah hantaran di Facebook, saudara Akmal Azemi berkongsi pengalaman beliau yang baru berpindah rumah dan menggunakan aplikasi untuk mencari tukang.
Memang lebih mudah, cepat dan selamat jika menggunakan aplikasi ini sebab kualiti kerja memuaskan kerana ia dijamin oleh CIDB.
Jom kita ketahui lebih lanjut tentang aplikasi CIDB Contractor4u melalui posting beliau di bawah ini.
Cara Cari Kontraktor Berdaftar Melalui Apps CIDB Contractor4u
Salam
Gais, korang tahukan aku & keluarga kecil aku ni agak baru pindah rumah baharu kami. Jadi banyak benda yang nak kena selesaikan.
Kebanyakannya aku dah setelkan sebelum Hawa & Al Amin masuk aritu. Keperluan basic macam lampu, kipas, cat dan lain-lain.
Dalam masa tu, sebenarnya aku banyak kena layan karenah kontraktor yang aku upah ni. Biasalah benda baru bagi aku. Asal jiran-jiran cakap okey ja si polan ni buat kerja, aku pun kira okey la kot workmanship dia.
Ternyata SALAH gais (Cukuplah setakat ini). Tapi lepas tu aku dah belajar sikit dan cuba cari jalan agar kontraktor yang aku upah lepas ni boleh diharap & kualiti kerja memuaskan.
Kemudian aku jumpa satu Apps ni. Memang khas untuk kerja-kerja tukang ni gais.
Jadi pada yang sedang mencari kontraktor, aku nasihatkan kalian supaya cari di apps Contractor4u.
Dalam aplikasi tersebut terdapat senarai kontraktor-kontraktor yang dijamin oleh CIDB Malaysia dalam bidang-bidang kerja yang berkaitan.
CIDB Malaysia Tu Apa?
CIDB tu ringkasan pada Construction Industry Development Board atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.
Ia merupakan sebuah entiti yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan 1994 (Akta 520) untuk mengawal selia, membangun & memudahkan industri pembinaan di Malaysia.
Jadi kalian boleh dapatkan temujanji dengan kontraktor pilihan yang berada berhampiran kawasan kalian dengan apps ni. Senang kan?
Ini lebih menjaminkan kontraktor yang bakal kalian lantik tu terbaik dan risiko kerja & kontraktor lari tidak wujud.
Kalian boleh download aplikasi Contractor4u di Playstore seperti link di bawah; https://play.google.com/store/apps/details…
Kita boleh buat carian berdekatan lokasi rumah kita.
Siap boleh bandingkan harga lagi…
Kalau kontraktor masih buat hal, boleh buat report guna app ni, nanti kontaktor tu akan di senarai-hitamkan. (Tapi kalau korang yang sengaja report sebab nak khianat, korang pulak akan di-ban dari guna app ni!)
Baca juga: Tarikh Akhir Permohonan i-Lestari 31 Mac 2021. Ini Cara Apply Online
Info Tambahan
Melalui perkongsian saudara Akmal Azemi ini, kami dah semak dan kumpulkan beberapa info tambahan tentang aplikasi CIDB Contractor4U.
Berikut adalah beberapa perkara lagi tentang aplikasi CIDB Contractor4U yang mungkin dapat membantu kita membuat carian atau menjadi penyedia perkhidmatan pertukangan.
1. Apakah Aplikasi CIDB Contractor4U?
CIDB Malaysia telah mengambil inisiatif untuk membangunkan aplikasi tersebut untuk kemudahan pemilik premis kediaman dan perniagaan mendapatkan perkhidmatan kontraktor tempatan berdaftar bagi kerja pendingin hawa, kerja perpaipan dalam bangunan, kerja elektrikal kerja jubin, kerja cat, kerja ubahsuai dan kerja lanskap.
Ini sekaligus meningkatkan kebolehcapaian masyarakat bagi mendapatkan khidmat para kontraktor tempatan.
Kontraktor tempatan yang berdaftar di dalam gred G1 & G2 di dalam bidang pengkhususan tersebut, setelah diluluskan keahlian mereka sebagai penyedia perkhidmatan di dalam aplikasi ini dapat memenuhi permintaan daripada pengguna.
2. Apakah jenis perkhidmatan yang disediakan?
Perkhidmatan untuk kerja pendingin hawa, kerja elektrikal, kerja perpaipan dalam bangunan, kerja cat, kerja jubin, kerja ubahsuai dan kerja lanskap.
3. Lokasi / Kawasan manakah yang boleh menggunakan aplikasi ini ?
Perkhidmatan aplikasi ini adalah meliputi seluruh negara di mana pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan kontraktor untuk kerja-kerja tersebut yang berhampiran dengan mereka.
Tiada penetapan harga perkhidmatan yang diberikan. Pelanggan dan kontraktor diberi kebebasan untuk merundingkan harga muktamad perkhidmatan tersebut.
4. Syarat permohonan menjadi ahli (untuk kontraktor)
Jika anda salah seorang kontraktor dan berminat untuk menyertakan perkhidmatan anda melalui aplikasi ini, berikut adalah syarat-syaratnya:
- Firma kontraktor berdaftar gred G1 & G2 dan Perakuan Pendaftaran Kontraktor masih sah ketika membuat permohonan keahlian.
- Bagi tred kerja elektrikal mesti berdaftar pengkhususan E04 & bagi tred kerja perpaipan mesti berdaftar pengkhususan B10 di dalam Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor.
- Pemilik/Pengarah firma dan personel teknikal (telah diisytihar di dalam CIMS) wajib memiliki Sijil Kecekapan Kemahiran CIDB / yang setaraf untuk tred pendingin hawa (Tahap 2), kerja jubin (Tahap 1), kerja cat (Tahap 2) dan kerja lanskap (Tahap 2).
- Bagi tred kerja ubahsuai, pemilik/pengarah firma dan personel teknikal (telah diisytihar di dalam CIMS) wajib memiliki Sijil Kecekapan Pengurusan (SKP) Modul Ubahsuai Bangunan.
- Terbuka kepada firma kontraktor sedia ada & baharu.
- Tidak berada dalam senarai tindakan tatatertib oleh CIDB Malaysia.
- Pemilik / pengarah firma tiada rekod jenayah.
- Yuran keahlian aplikasi untuk 12 bulan pertama adalah percuma. Untuk pembaharuan keahlian 12 bulan berikutnya, fi keahlian RM100.00 akan dikenakan.
Baca juga: Portal MalaysiaBiz: Cara Daftar Perniagaan, Renew & Mohon Lesen Online
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari
- Portal Rasmi : http://contractor4u.cidb.gov.my/
- Facebook CIDB: https://m.facebook.com/CIDBOfficial/
- Laman sesawang rasmi CIDB: https://www.cidb.gov.my/
- Posting asal Facebook Akmal Azemi