Portal MalaysiaBiz: Cara Daftar Perniagaan, Renew & Mohon Lesen Online

Kerajaan memperkenalkan portal MalaysiaBiz sebagai pusat sehenti bagi memudahkan pendaftaran perniagaan dan permohonan lesen dalam talian secara efisien.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, 6 badan pendaftar perniagaan serta 11 Pihak Berkuasa Melesen (PBM) menjadi rakan strategik portal tersebut iaitu:

6 Badan Pendaftar tersebut adalah:

  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
  • Lembaga Arkitek Malaysia
  • Lembaga Jurutera Malaysia
  • Lembaga Juruukur Tanah Malaysia
  • Lembaga Juruukur Bahan Malaysia

Pihak Berkuasa Melesen (PBM) antaranya adalah:

  • Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  • KPKT
  • Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH)
  • DBKL
  • MBPJ
  • MBPP
  • CIDB
  • Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)
  • MPSJ
  • Majlis Perbandaran Kuantan

Dalam pelancaran tersebut, PM Muhyiddin menyeru usahawan kecil dan sederhana daftar dan mohon lesen perniagaan melalui portal MalaysiaBiz.

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang Portal MalaysiaBiz https://malaysiabiz.gov.my/, perkhidmatan yang ditawarkan serta cara membuat permohonan perlesenan dan pendaftaran perniagaan.

Apakah Portal MalaysiaBiz?

MAMPU, Jabatan Perdana Menteri selaku peneraju dalam pemodenan penyampaian perkhidmatan awam telah membangunkan Portal MalaysiaBiz dengan kerjasama SME Corp (Sebuah Agensi di bawah MEDAC) dan rakan strategik bersama Badan Pendaftar Perniagaan dan Pihak Berkuasa Melesen sebagai gerbang setempat bagi pendaftaran dan pelesenan perniagaan secara dalam talian.

Pelancaran Portal MalaysiaBiz telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia pada 7 Disember 2020.

Portal ini dapat membantu pengguna memulakan perniagaan dengan mudah.

Melalui MalaysiaBiz Portal, pengguna boleh mendapatkan pendaftaran perniagaan dan maklumat pelesenan daripada agensi berkaitan dan memohon dalam talian melalui gerbang tunggal.

Maklumat Pendaftaran Perniagaan

Portal MalaysiaBiz menyediakan maklumat mengenai lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh pelbagai peringkat agensi kerajaan dari pihak berkuasa persekutuan, negeri dan tempatan.

Anda boleh mendapatkan maklumat pendaftaran perniagaan berikut:

i.Perbandingan Antara Entiti Perniagaan
ii.Keperluan untuk Penubuhan Syarikat; dan
iii.Syarat Pendaftaran untuk Majikan / Pekerja.

Perkhidmatan Pendaftaran Perniagaan & Permohonan Lesen

Terdapat lima jenis perkhidmatan di bawah pendaftaran perniagaan dan permohonan lesen yang ditawarkan oleh Portal MalaysiaBiz:

i.Permohonan baharu;
ii.Pembaharuan;
iii.Pindaan dan pembetulan;
iv.Pembatalan; dan
v.Cetakan sijil / resit dan lain-lain

NOTA: Tempoh kelulusan bergantung kepada piagam pelanggan agensi.

Cara Daftar Pengguna MalaysiaBiz

Untuk menggunakan perkhidmatan dalam Portal MalaysiaBiz, sila daftar sebagai pengguna dengan langkah berikut:

  1. Pengguna perlu berdaftar dengan portal GOSG terlebih dahulu sebelum log masuk ke MalaysiaBiz.
  2. Layari URL portal MalaysiaBiz adalah https://malaysiabiz.gov.my
  3. Klik Daftar / Daftar Akaun MalaysiaBiz.
  4. Lengkapkan maklumat pendaftaran dan klik butang Hantar.
  5. Satu activate link dihantar ke emel pengguna. Klik butang ‘Klik di dini untuk mengaktifkan akaun anda’.
  6. Sila cipta dan sahkan kata laluan baru.
  7. Masukkan teks pengesahan dan klik butang SUBMIT.
  8. Sistem secara automatik memaparkan laman Log Masuk, klik pada ikon Kata Laluan.
  9. Laman log masuk kata laluan dipaparkan.
  10. Masukkan Nombor Kad Pengenalan/Emel dan klik SETERUSNYA.
  11. Masukkan kata laluan dan klik LOG MASUK.
  12. Notifikasi ‘Selamat Datang ke portal MyGovernment’ dipaparkan bermakna anda berjaya Log Masuk.

Baca juga: Cara Apply Kerja Kerajaan Melalui Portal SPA9. Mudah Je

Cara Pendaftaran Perniagaan

Bagi pengguna yang ingin membuat pendaftaran perniagaan, carian boleh dilakukan
di laman utama MalaysiaBiz dengan 3 cara berikut, iaitu:

  • Cara 1 – Klik menu Perkhidmatan > Pendaftaran Perniagaan.
  • Cara 2 – Klik butang Pendaftaran Perniagaan.
  • Cara 3 – Klik ikon Daftar Perniagaan.

Langkah Mendaftar Perniagaan di Portal Malaysia Biz

  1. Pengguna tentukan jenis pendaftaran perniagaan, yang terdiri daripada:
    • Entiti Perniagaan – Pendaftaran perniagaan dengan SSM atau SKM.
    • Badan Profesional – Pendaftaran perniagaan profesional dengan agensi kawal selia profesional (Contoh: LJBM, LAM, LJM dan LJTM).
  2. Klik dropdown Pilih Agensi dan pilih agensi daripada senarai.
  3. Klik dropdown Tentukan jenis perniagaan anda dan pilih jenis perniagaan yang ingin didaftarkan.
  4. Klik butang Cari.
  5. Laman hasil carian dipaparkan.
  6. Klik butang Cetak Senarai Pendaftaran untuk mencetak senarai pendaftaran.
  7. Pengguna yang ingin membuat carian semula, klik butang Kembali ke Carian.
  8. Klik ikon info untuk melihat maklumat perniagaan.
  9. Klik butang Tambah ke MySelection untuk pilih pendaftaran perniagaan. Pendaftaran perniagaan berada di MySelection (1).
malaysiabiz-daftar

Cara Mohon Perlesenan Di Portal MalaysiaBiz

Bagi pengguna yang ingin membuat permohonan pelesenan perniagaan, carian
bagi lesen yang berkaitan boleh dilakukan di laman utama MalaysiaBiz dengan 3 cara
berikut, iaitu:

  • Cara 1 – Klik menu Perkhidmatan > Pelesenan Perniagaan.
  • Cara 2 – Klik butang Pelesenan Perniagaan.
  • Cara 3 – Klik ikon Mohon Lesen Perniagaan.

Pengguna boleh memohon lesen perniagaan dengan memilih lesen-lesen yang
berkaitan menggunakan kaedah-kaedah seperti berikut:

  • Add to MySelection – bagi pengguna yang ingin memilih dan menambah lesen perniagaan berikut (sila rujuk nama dan maklumat lesen dengan teliti).
  • Link to Agency – pautan bagi lesen berikut akan disambungkan ke laman web agensi dan pengguna perlu membuat permohonan di sistem agensi.
  • Over the Counter – urusan berlaku di kaunter kerana pautan lesen tersebut tiada sistem borang online.
  • Download Form – urusan berlaku secara luar talian dan pengguna perlu memuat turun
malaysiabiz-lesen

Manual Pengguna

Manual ini akan membantu anda menggunakan Portal MalaysiaBiz dengan cepat dan mudah.

Ia mengandungi fungsi-fungsi berikut:

  1. Permohonan Lesen Baru
  2. Semak Status Lesen
  3. Permohonan Pembaharuan Lesen
  4. Permohonan Pindaan Lesen
  5. Permohonan Pembatalan Lesen
  6. Permohonan Cetak Semula Lesen
  7. Dashboard Pengguna
  8. Log Masuk ID
  9. Log Keluar MalaysiaBiz

Muat turun manual pengguna MalaysiaBiz

Muat turun manual pengguna BLESS 1.0

Muat turun manual pengguna BLESS 2.0

Muat turun manual pengguna LAM

Muat turun manual pengguna LJBM

Muat turun manual pengguna LJTM

Muat turun manual pengguna MBPP

Muat turun manual pengguna MPK

Muat turun manual pengguna KPKT

Muat turun manual pengguna SKM

Muat turun manual pengguna DOF

Muat turun manual pengguna DBKL

Muat turun manual pengguna MPKJ

Muat turun manual pengguna MPSJ

Muat turun manual pengguna MBPJ

Muat turun manual pengguna LJM

Muat turun manual pengguna SSM EZBIZ

Muat turun manual pengguna SSM MYBIZ-DATA

Muat turun manual pengguna JKKP

Muat turun manual pengguna CIDB

Baca juga: Cara Isi Borang 17A (Khas 2021): Kekalkan Caruman KWSP 11% Dari 9%

Maklumat Lanjut

Portal MalaysiaBiz menyediakan perkhidmatan meja bantuan untuk anda mengemukakan pertanyaan (termasuk cadangan atau komen) berdasarkan topik umum berkaitan portal ini, topik-topik Pendaftaran, Pelesenan, pembayaran, teknikal, MyBiz-Data atau EzBiz.

Sila salurkan pertanyaan anda melalui Borang Pertanyaan.

Semak Status Pertanyaan.

ATAU

Sila hubungi nombor telefon berikut +603-8000 8000

Untuk maklumat lanjut, layari laman web: https://malaysiabiz.gov.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: