Sekolah Dibuka Semula, Namun Dipenuhi Tikus Dalam Kelas
SEKOLAH LAMA DITUTUP, AKHIRNYA KELAS DIPENUHI DENGAN TIKUS
Akibat terlalu lama sesi persekolahan ditangguhkan, sebuah sekolah di selatan California Selatan , Amerika Syarikat telah menangguhkan hari pertama pembukaan sekolah tersebut akibat terdapat tikus yang memenuhi ruangan kelas pembelajaran di sekolah itu.
Hal ini diadu sendiri oleh guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut. Bukan itu sahaja, mereka juga turut menjumpai najis tikus dan juga beberapa kerosakan di kelas-kelas di Schurr High School di Montebello, lapor portal antarabangsa People.
“Ini merupakan situasi yang tidak selamat kerana boleh mengganggu keselamatan guru-guru dan murid-murid,
“Lebih malang lagi, beberapa kelas di Schurr High School ini dipenuhi tikus sejak ditinggalkan beberapa bulan yang lalu,” Terang seorang guru di Al Cuevat.
Baca juga: Wanita Maut, Rebah Depan Bank Didapati Positif COVID-19
Jelas guru tersebut lagi, dia dan beberapa orang guru lain cuba untuk mengawal keadaan tersebut dengan menghalau tikus-tikus yang berkeliaran. Namun, tindakan tersebut hanya sia-sia kerana terdapat banyak tikus yang memenuhi ruangan kawasan sekolah tersebut.
Menurut jurucakap pihak berkuasa kesihatan sementara, Dr Mark Skvarna, beliau menjangkkan sekolah itu bakal dibuka semula selepas 15 hari bagi memastikan tikus-tikus yang mendiami ruangan tersebut dapat dihapuskan.
Menurutnya, para pelajar sepatutnya kembali ke sekolah pada minggu ini setelah lebih setahun tidak hadir ke sekolah bermula pandemik Covid-19 ini bermula pada bulan Mac 2020 yang lalu.
Tegasnya, pihak berkuasa daerah tersebut seharusnya mengambil berat berkaitan dengan hal ini dan perlu memastikan bahawa permasalahan tikus ini dapat diselesaikan sebelum menjelang tahun 2022.
Namun ada juga media yang menceritakan bahawa sekolah tersebut berhadapan dengan ststus muflis jika masih belum dibuka.
Presiden guru Montebello, David Navar menjelaskan bahawa, kehadiran tikus telah menjadi isu yang besar dan serius di sekolah tersebut.
“Ini adalah sebuah tragedi dan malapetaka yang berlaku kepada pelajar kami sehingga mereka terpaksa merugikan masa pembelajaran mereka, jelasnya.
Sumber: People
Baca juga: Video ‘Gurauan’ Ibu Ayah Bagi Anak Hisap Vape Undang Kerisauan